Riddah merupakan perbuatan keluar dari agama Islam oleh orang Islam yang mukkalaf. Orang yang melakukan Riddah dinamakan Murtad.
Sebab berlaku Riddah:
Taubat orang Murtad:
Sebelum melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat. Lalu jika dia bertaubat, maka gugurlah hukuman mati ke atasnya.
Jika tidak mahu bertaubat, maka dia dikenakan hukuman mati. Para ulama' tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap orang murtad:
Akibat Riddah:
Sebab berlaku Riddah:
- Rosak keyakinan hati
- Mengucap perkataan-perkataan kufur
- Melakukan perbuatan-perbuatan kufur
Perbuatan riddah dikira sah apabila:
- Tidak memperakui Allah s.w.t adalah Tuhannya dan Rasulullah adalah utusan Allah.
- Tidak mempercayai tentang wujudnya Hari Kiamat.
- Tidak mempercayai Qada' dan Qadar
- Tidak mempercayai kewujudan malaikat
- Tidak mengakui kesahihan Al-Quran
- Menentang perintah Allah seperti solat 5 waktu, mengerjakan Haji, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat, dan lain-lain
- Mengerjakan ritual atau penyembahan agama lain.
Syarat-syarat Riddah:
- Yang melakukan Riddah adalah orang Islam.
- Orang dewasa
- Berfikiran waras. Kanak-kanak dan orang gila yang murtad tidak dikira sah, oleh sebab itu mereka tidak dikenakan hukuman had, namun bagi kanak-kanak yang murtad perlu dikenakan hukuman ta'zir bagi mencegahnya untuk menjadi murtad lagi.
- Perbuatan Riddah itu dilakukan dengan sengaja. Perbuatan Riddah yang tidak sengaja akibat dipaksa atau terlupa adalah tidak sah dan orang yang melakukannya tidak bersalah, seperti kisah Keluarga Yasir.
- Perbuatan Riddah itu meyakinkan dan tidak meragukan sama sekali. Mempunyai bukti-bukti yang terang dengan pengakuan atau dengan persaksian yang adil saksama. Tidak boleh tuduh melulu.
Uqubah (Hukuman) bagi orang murtad
- Orang yang murtad adalah HALAL DARAHNYA dan WAJIB dikenakan hukuman MATI.
"Barang siapa yang menukarkan agamanya (keluar dari Islam), maka hendaklah dia dibunuh" (Bukhari 2/280, Abu Daud (4351), At Tirmizi (145), Nasaie (7/104), Ahmad (1/282),)
- Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Tidak halal darah bagi seseorang muslim melainkan kerana salah satu daripada 3 perkara; kafir sesudah beriman (murtad), berzina sesudah ihshan(muhshan), dan membunuh jiwa seseorang" (hadith Muttafaq 'Alaih, Riwayat Bukhari, Muslim)*muhshan- orang yang telah menikmati hubungan seks di alam perkahwinan sama ada masih berpasangan, bercerai atau kematian pasangan*
- Cara membunuh orang yang murtad ialah dengan memenggal lehernya menggunakan pedang berdasarkan hadith berikut;
"Muaz bin Jabal datang menemui Abu Musa Al-Asy'ari di Yaman, tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki. Muaz berkata,"Apa ini?". Abu Musa menjawab," Seorang lelaki Yahudi yang memeluk Islam kemudian dia kembali menjadi Yahudi, dan kami menghendakinya kembali kepada Islam semenjak dua bulan. Kata Muaz," Demi Allah, aku tidak akan duduk sebelum kamu penggal lehernya", lalu orang itu pun dipenggal lehernya. Berkatalah Muaz,"Allah dan RasulNya memutuskan bahawa barangsiapa yang murtad dari agamanya hendaklah kamu bunuh akan dia". (diriwayatkan Ahmad)
Taubat orang Murtad:
Sebelum melaksanakan hukuman mati, seorang murtad disuruh bertaubat. Lalu jika dia bertaubat, maka gugurlah hukuman mati ke atasnya.
Jika tidak mahu bertaubat, maka dia dikenakan hukuman mati. Para ulama' tidak sependapat dalam hukum Istitabah (menyuruh taubat) terhadap orang murtad:
- Sebahagian besar para fuqaha berpendapat bahawa hukum menyuruh orang bertaubat sebelum di bunuh adalah wajib. Golongan yang berpendapat sedemikian ialah, mazhab Maliki, Hambali, As-Syafi'e, Syi'ah Zaidiah, At-Thauri, dan Al-Auza'i.
- Abu Hanifah dan pendapat lain dari di atas berpendapat hukum istitabah itu hanyalah sunat.
- Golongan mazhab Zahairi pula berpendapat, bahawa istitabah bukanlah satu kewajipan dan bukan juga satu halangan.
- Al-Hasan Al-Bashri, Thawus dan lain-lain berpendapat bahawa orang murtad itu wajib dibunuh dengan segera dan tidak perlu diberi tempoh untuk bertaubat. Pendapat ini bertentangan dengan dalil-dalil yang sah.
Berkenaan dengan tempoh bertaubat pula, para ulama' berselisih pendapat. Ada yang mengatakan 3 hari, sebulan, dan ada yang mengatakan lebih daripada itu. Tempoh bertaubat sebenarnya tidak mempunyai dalil yang sah membataskan tempoh itu. Semuanya berdasarkan ijtihad hakim.
Akibat Riddah:
- Hubungan perkahwinan terputus. Salah seorang daripada pasangan tersebut telah murtad. Pemutusan ikatan perkahwinan kerana riddah dikira sebagai Fasakh.
- Kehilangan hak perwalian. Tidak boleh menjadi wali kepada orang Islam dalam apa jua bidang.
- Kehilangan hak harta pusaka. Menurut hukum, kedudukan orang murtad adalah lebih rendah daripada kafir biasa, maka ia hilang hak menerima pusaka keluarganya.
- Kehilangan hak persaksian. Orang Islam yang hendak menjadi saksi mestilah orang Islam yang adil. Orang Islam yang fasik tidak diterima sebagai saksi. Orang kafir tidak boleh menjadi saksi walaupun kafir Zimmi, kecuali dalam perkara orang Islam yang hendak meninggal dunia dalam perjalanan apabila tidak ada orang Islam.
- Kehilangan hak dalam pimpinan dan jawatan. Jika orang murtad itu telah menjadi pemimpin orang Islam, maka secara hukum telah kehilangan peranannya dan tidak lagi berhak memimpin orang Islam.
No comments:
Post a Comment