Pengertian Qazaf:
- Qazaf bermaksud tuduhan zina. Tuduhan zina adalah sangat besar dosanya. Ia tidak termasuk dalam hukuman Hudud, tetapi termasuk dalam Ta'zir.
- Qazaf hendaklah dengan perkataan yang jelas dan terang iaitu dengan menggunakan perkataan zina dan menafikan anak yang dilahirkan atau sedang dikandung isterinya atau menggunakan perkataan yang serupa dengan zina dalam bahasa lain.
- Menurut pendapat ulama', tuduhan mestilah secara terbuka,tuduhan secara tertutup tidak termasuk dalam qazaf.
- Namun dalam al-Quran dan Hadith telah menyebut tentang qazaf secara umum, jadi qazaf secara terbuka, tertutup, bertulis dan sebagainya dikira sebagai qazaf menurut pandangan sebilangan besar Jumhur Ulama'.
Syarat-Syarat Perlaksanaan:
(a) Orang yang menuduh:
- Berfikiran waras
- Dewasa
- Tuduhan dilakukan secara terang-terangan dan sengaja, bukan dipaksa.
(b) Orang yang dituduh:
- Berfikiran waras
- Dewasa. Kebanyakan pendapat ulama' membataskan umur yang dituduh bagi lelaki ialah 10 tahun manakala perempuan ialah 7 atau 9 tahun.
- Orang Islam
- Merdeka. Hamba tidak dikenakan hukum Had
- Orang yang dituduh tidak membuat zina sebelum dan sesudah dituduh.
Sabit Kesalahan Qazaf:
Kesalahan Qazaf menjadi sabit melalui salah satu dari dua cara:
- Pengakuan penuduh sendiri dan gagal mendatangkan 4 orang saksi
- Persaksian dua orang lelaki yang adil.
Uqubah ke Atas Kesalahan Qazaf:
- 80 hukuman cemeti
- Hilang hak persaksian kerana tergolong dalam kumpulan fasiq. Haknya akan pulis selepas bertaubat dan beramal soleh.
Perlaksanaan hukuman ini dilakukan oleh hakim atas tuntutan yang tertuduh sendiri atau walinya.
Gugurnya Hukuman:
Penuduh akan terlepas daripada hukuman Had sekiranya dapat mengemukakan 4 orang saksi yang adil, atau tertuduh mengaku bahawa dia sememangnya telah melakukan zina.
Li'an:
- Qazaf juga dilakukan oleh suami terhadap isterinya tanpa persaksian oleh 4 orang saksi dan isteri mengaku tidak bersalah.
- Apabila suami menuduh isterinya berzina dan menafikan anak yang dikandung isterinya dan ia tidak mempunyai 4 orang saksi, maka dia dibebaskan dari dikenakan hukuman had qazaf dan diberi peluang untuk bersumpah sebanyak 4 kali bahawa isterinya benar-benar berzina, dan pada kali kelima dia bersumpah : Jika aku berbohong maka aku akan mendapat laknat dari Allah
- Isteri pula diberi hak untuk membela diri dengan bersumpah sebanyak 4 kali bahawa suaminya berbohong dan untuk kali kelima dia bersumpah,: Jika suamiku benar dengan pertuduhannya, maka aku akan mendapat kemurkaan Allah.
- Hal ini yang dinamakan sebagai Li'an.
No comments:
Post a Comment