10 May 2012

Pengalaman Interview

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku nak cerita sikit la pengalaman aku masa interview hari tu. Aku tak tau nak cerita ke tak. Tapi, cerita saja lah.. hehe..

Pada 2 Mei 2012, aku dikehendaki menghadiri temuduga bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) di Universiti Sains Malaysia (USM). Masa aku dapat tahu aku kena pergi interview tu, aku fikir banyak kali jugak la. Bukan sebab apa, just course tu saja. Parents aku lagi la tak setuju. Tapi hari tu, depa hantaq aku jugak. Aku fikir balik, kalau aku tak pergi interview tu, nanti kalau kata aku dapat course lain kat USM tapi aku tak pi interview, aku kena reject. Jadi aku pun pergi la.

Dah sampai di USM, tersesat pulak! yelaa.. nak cari Pusat Pengajian Seni. Tanya orang tu, tanya orang ni, last2 jumpa jugak. Masa aku tengah mendaftar, aku perasan nama-nama yang ada kat situ memang sikit sangat. Masa turn aku daftar, aku adalah orang yang ke-5! haha. memang terbaekk. Lepas daftar, kami ikut staf yang bertugas untuk pergi ke tempat temuduga. Masa tu, kami semua ada dalam 8-9 orang macam tu. Kami pun duduk di kerusi yang disediakan di luar dewan. Aku sempat kenal dengan dua orang budak (actually depa tu kakak la). Depa ni memang dah ada diploma perfileman di Politeknik. So, aku ni rasa macam kerdil saja. Hanya ada STPM. Tapi aku buat cool saja.

Tibalah masa untuk memanggil calon. Nama yang pertama dipanggil. Chinese. (aku tak ingat nama). Tapi tak ada siapa yang menyahut, maksudnya tak ada orang yang duduk kat situ sekali dengan kami. Tak tau pi mana. Then, panggil nama yang kedua. Budak lelaki, Melayu. Kami yang lain memang getaq tak tau nak habaq laa.. haha.. Dalam 15 minit kot, lepas tu dia pun keluar. Muka macam cuak, tapi dok ghenyih-ghenyih. Pastu dia cakap,"Habislah korang.. diorang psiko la korang nanti". Haha.. ayat nak bagi getaq orang lain la tu.. tapi memang ketaq gak la.. hehehe..

Nama seterusnya, budak Chinese, perempuan. Pakaian dia ala2 KPOP boys. macam pengkid sikit, tapi smart. Kemudian lepas chinese ni, budak lelaki Melayu pulak. Yang aku tak boleh belah dengan depa ni, depa dua orang ni masuk dengan muka selamba cuak, keluaq pun macam tu jugak. Masa interview pun senyap saja. Kami tak dengar apa dari luar. Memang misteri.. huhu.. Aku dengan kak-kak tu panggil la depa nak tanya orang kat dalam tu tanya apa, tapi depa selamba buat tak tau kat kami, terus balik. haha.

Tibalah masa nama aku dipanggil. Masuk-masuk dewan tu memang lembik lutut aku. ketaq tak tau nak habaq. Aku disuruh duduk di atas kerusi. Naaahhaaiii, nak bagi tau, punya la jauh kerusi aku dengan meja interviewer. Salah seorang interviewer tu adalah pelakon drama yang popular (especially drama-drama Utagha), Dr. Samat Salleh. Kemudian aku disuruh untuk perkenalkan diri. Aku pun perkenalkan diri aku (dalam suara yang terketar-ketar). Kemudian soalan-soalan tu pulak, aku memang tak expect depa nak tanya.

Interviewer 1 : Pernah baca drama?
Aku              : Pernah..
Interviewer 1 : Drama apa?
Aku              : Errrr... Jangan Bunuh Rama...
(semua interviewer "oooo..." sambil angguk kepala dan excited nak dengaq)
Interviewer 1 : Cuba cerita, mesej drama tu, siapa penulis dia.
Aku               : (alamak! bodoh betul aku sebut drama tu, mana aku ingat sangat!) Errr.. cerita dia pasai pengembaraan Nur Atma I dan Nur Atma II... blablablablabla...
Dr. Samat Salleh: Ok, apa komen kamu tentang drama kita sekarang.
Aku              : Drama sekarang ok, menarik, tapi................blablablablabla (aku merapu sekali lagi)
Dr. Samat Salleh: Siapa pelakon kegemaran kamu?
Aku               : Saya minat veteran.. macam Jalaluddin Hassan, Ahmad Tarmimi, Namron...

Nak ikutkan, banyak lagi depa tanya aku. Tapi aku terlupa sebab sepanjang interview tu, apa yang aku jawab, depa akan gelak. Aku pun tak paham. Sesekali aku rasa macam ujibakat Raja Lawak pun ada. Haha.

They also asked me to dance, sing and act! Aku menari ikut suka aku saja lah. Tarian joget dondang sayang. Entah apa-apa aku buat. Tapi aku tak menyanyi la.. Gila nak nyanyi? Huhu. Tapi part yang tak boleh belah, depa suruh aku berlakon sebagai seorang sarjan atau komander yang tengah marah platun-platun yang malas. Haha. Memang aku koman kaw-kaw la. Aku keluarkan semua suara aku suruh depa masuk baris. And actually, depa memang sporting.. They followed my order! walaupun apa yang aku bagi arahan, satu apa pun depa buat tak betul.. haha.. sambil dok bergelak-gelak dan aku tak sangka aku boleh marah Dr. Samat Salleh tu. Garang kot muka dia sekali tengok. Haha.

Interview aku berlangsung ada la dalam 20-25 minit. Suasana memang ceria, oghang utagha cakap, semua pakat dok ghongkah gelak.. haha.. Habis interview aku, aku nak keluar semua staf yang ada dalam tu semua dok sengih-sengih kat aku. Aku senyum balik dan tunduk hormat kat depa. Aku keluar dari dewan tu, kak-kak yang belum interview aku tadi, dok tanya aku "Hangpa kena menari ka?" "Kena kawad ka?" Aku tanya,"Hangpa dengaq ka?". "Yela, kami dengaq la lagu, suara orang menjerit.. awat depa 3 orang tu tak dengaq apa2 pun?". huhu.. Tak tau aku nak kata, memang misteri.. Huhu.. Lepas sembang-sembang sat, aku blah sebab ada kerja.

Memang ini pertama kali aku interview untuk further studies. Memang seronok, tapi risau jugak kalau aku dapat. Parents aku tak restu. Then kalau aku grad, apa peluang pekerjaan aku? Pelakon? Pengarah? Parents aku takkan redha la.. Walau apa pun, aku dah serah segala apa yang terbaik untuk diri aku kepada ALLAH S.W.T. Aku redha dengan segala ketentuanNya. Aku yakin, Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri aku. Jadi, aku mohon kepada sesiapa yang membaca entri ni, doakan kejayaan aku, ye? Amin....

Wallahualam...




3 comments:

  1. saya dapat course yang sama dengan awak..
    cuak laa nak p interview bila baca cerita awak nii..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dear senior,may i ask,i am very interested in this course,but i worry about the job opportunity after graduate...can you kindly guve me some guide^^

    ReplyDelete