Pengertian Liwat:
Liwat ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki melalui jalan belakang (dubur) dan termasuk juga dengan hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang melalui jalan belakangnya.
Liwat adalah lebih khusus kepada hubungan homoseks walaupun tidak melibatkan jalan belakang.
Hukum Liwat:
Liwat dipandang keji dalam agama Samawi, begitu juga dalam Islam. Ia bermula sejak zaman nabi Luth di mana lelaki melempiaskan nafsu terhadap lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka.
Ijma' ulama' bahawa liwat adalah dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.
Uqubah Terhadap Pesalah Liwat:
(a) Kebanyakan ulama berpendapat bahawa orang yang melakukan liwat wajib dikenakan hukuman mati walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara pendapat seperti berikut:

- Abu Bakar dan Ali berpendapat bahawa orang yang berliwat hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian mayatnya dibakar.
- Umar dan Uthman pesalah hendaklah ditindih dengan tembok atau dinding batu sampai mati.
- Abdullah bin Abbas berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.
(b) Ulama lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwat sama dengan hukuman yang dikenakan kepada pesalah zina.
Syarat-Syarat Perlaksanaan Hukuman:
Syarat-syaratnya adalah sama seperti syarat perlaksanaan hukuman zina, dan juga melibatkan:
- Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras
- Melakukan liwat dengan sengaja, tanpa paksaan.
No comments:
Post a Comment