Pengertian Pencurian:
Pencurian ialah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanan yang wajar.
Ciri-ciri pencuri itu ialah:
Pencuri:
Pencurian ialah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap-senyap dari tempat simpanan yang wajar.
Ciri-ciri pencuri itu ialah:
- Mengambil barang kepunyaan orang lain. Hukuman potong tangan tidak dikenakan kepada pencurian yang melibatkan pengambilan barang dari Baitul Mal, barang syarikat yang mana dia adalah ahli, suami curi barang isteri, dan orang tua mencuri barang kepunyaan anaknya.
- Secara senyap-senyap. Mengambil secara terang-terangan tidak melibatkan hukuman had.
- Barang yang diambil dari tempat yang wajar. Mengambil barang kemas di luar rumah, ambil padi di sawah, ambil haiwan di ladang dinamakan pencurian, namun tidak dikenakan hukuman potong tangan.
- Dengan sengaja. Mengambil barang orang kerana tersalah ambil, terlupa, dipaksa, atau terpaksa kerana lapar tidak dikenakan hukuman potong tangan.
"Umatku tidak dipertanggungjawabkan kerana tersalah, terlupa dan orang-orang yang dipaksakan" (Hadith Riwayat Ibn Majah, Ibn Hibban, Ath-Tabrani, dan Al-Haakim)Syarat-syarat Pencurian:
Pencuri:
- Mukallaf (dewasa dan waras pemikiran).
- Dilakukan dengan sengaja.
- Pencuri tiada hubungan langsung dengan barang-barang yang dicuri.
Barang yang dicuri:
- Halal dari segi hukum
- Barang-barang yang dicuri diletakkan di tempat simpanan yang layak.
- Barang yang dicuri cukup nisabnya. Nisab barangan yang dicuri bernilai 1/4 dinar emas atau 3 dinar perak (9.36 gram emas). atau senilai 1/4 dinar.
Aisyah r.a. berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. memotong tangan pencuri yang mencuri 1/4 dinar ke atas" (Hadith Riwayat Jama'ah Ahli Hadith selain Ibn Majah)
Umar r.a meriwayatkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. memotong tangan pada (pencurian) sebuah perisai yang berharga tiga dirham." (Hadith Riwayat Jama'ah Ahli Hadith)
Dalam riwayat yang lain,Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu potong tangan pencuri melainkan 1/4 dinar ke atas." (Hadith Riwayat Ahmad, Muslim, An Nasai dan Ibn Majah).
Golongan mazhab hanafi berpendapat bahawa nisabnya mestilah lebih daripada 10 dirham.
Pencurian Berkumpulan.
Apabila sekumpulan orang mencuri barang kepunyaan orang lain dan jika dibahagikan masing-masing masih cukup nisab, mereka semua dipotong tangan.
Namun, jika harta tersebut dibahagikan dan masing-masing tidak cukup nisab, dalam hal ini para ulama' berselisih pendapat:
- Golongan Jumhur Ulama berpendapat mereka dipotong tangan kerana mereka mencuri barang yang cukup nisabnya, bukan setelah dibahagi.
- Abu Hanifah pula berpendapat mereka tidak dipotng tangan kerana barang yang dicuri mereka tidak mencukupi nisab apabila dibahagi-bahagikan.
Uqubah ke Atas Kesalahan Pencurian:
- Hukuman potong tangan
- Barang yang dicuri hendaklah dikembalikan
- Menggantungkan tangan yang dipotong di leher pencuri.
Dari Aisyah r.a. "Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sesunggunya akan ku potong tangannya itu". (Hadith Riwayat Ahmad, Ashab Al-Kutub As Sittah)
Gugurnya Hukuman Potong Tangan:
Sekiranya pencuri menarik balik pengakuannya sebelum dikenakan hukuman potong tangan, maka gugurlah hukuman tersebut ke atasnya.
Pencurian yang tidak dikenakan Had:
Pencurian yang tidak dikenakan hukuman had akan dikenakan hukuman Ta'zir iaitu:
- Pencurian dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila
- Pencurian tidak cukup nisab
- Pencurian barang-barang kepunyaan bersama
- Barang-barang yang dicuri tidak sah dimiliki
- Pencurian yang dipaksa atau kerana terlalu lapar
- Pencurian barang oleh orang tua terhadap anaknya.
No comments:
Post a Comment