Ada 5 golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak), iaitu:
- Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan keamanan negeri.
- Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham atau takwil yang keliru tetapi jumlahnya kecil.
- Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az Zubair dan banyak sahabat yang lain serta menghalalkan darah orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang menyertai pergerakan mereka.
- Golongan ahlul Haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.
- Dua golongan umat Islam yang berperang kerana Ashabiah atau kerana merebutkan kekuasaan.
Uqubah ke Atas Buhgah:
- Segolongan ulama' berpendapat pemberontak wajib terus diperangi keran membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.
- Sebahagian ulama' pula berpendapat bahawa pemberontak wajib diperangi terus, namun harus dinasihatkan dan diberi amaran terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment