28 May 2011

BuDi BahaSa bUdaYa kiTa...

ASSALAMUALAIKUM...

'Budi bahasa budaya kita'. Acapkali kita mendengar pepatah ni kan? Kat mana2 saja mesti ada.Budaya ni bukan saja dah jadi budaya orang Melayu, malah bangsa2 lain dan negara2 timur memang sinonim la dengan budaya bertatasusila ni. Tapi, sejauh manakah kita mengamalkan budi bahasa ni dalam hidup kita? Adakah budi bahasa ni perkara yg perlu dipandang enteng, sebab benda ni simple je?

Kadang2 tanpa kita sedari, memang budaya ni dah makin pupus. Puncanya.... entahla nak cakap cam ne. Tapi kalau kita muhasabah diri kita balik la, puncanya dunia kehidupan seharian kita sentiasa dihujani dengan unsur2 Barat. Percaya atau tidak? Yela, Bangun pagi masuk toilet (memerut la) sambil baca newspaper ( x semua orang, tapi kebanyakan orang). Tak ke nampak buruk kalau cam tu? Kalau dalam newspaper tu ada ruangan ilmu, kan tak baik ilmu dalam toilet. Sedangkan sunnah Rasulullah mengajar kita supaya menutup kepala kita dengan kain ketika berada dalam toilet agar ilmu yang ada di dalam otak kita ni sentiasa terpelihara.Selain itu, mandi nak air panas (x tahan sejuk kononnya). Pas tu breakfast, konpem makan roti ngan jem, butter, jus oren. Tengok TV filem2 Barat. Pakaian, tak payah habaq la. Hampir semua orang pakai baju fesyen Barat. Dengar lagu semua lagu Barat (aku la tu).

Memang kita tak kan lari daripada elemen2 Barat ni. Susah la kita nak elak. Tapi semua tu bukan alasan untuk kita lari daripada berbudi bahasa. Walaupun kita kena survive mengikut peredaran zaman, tapi budaya kita yang masyhur tak kan kita nak tinggalkan?

Untuk pengetahuan semua, orang Barat yang datang melancong ke Malaysia ni, mereka lebih tertarik dengan budaya asli kita. Kalau diorang tengok budaya kita ni sama macam diorang jugak (orang barat), diorang dah jemu, der.. seolah-olah diorang tengok budaya diorang sendiri. Diorang cuma nak tengok kelainan yang ada dengan budaya kita. So, tak payah nak bangga sangat dengan budaya depa, ok?

Dalam berbudi bahasa pula, aku ada story sikit. hehe. Aku masih ingat lagi masa tu aku baru Form 5. Aku nak ke library Negeri dengan kawan2 aku. Kami naik bas then kami singgah jap kat rumah sewa aku. Mak aku suruh aku ambik duit sewa. Lepas tu, nak p library kena la naik bas lain. Tatkala bas sampai, kami pun naiklah. Aku tanya la kat driver bas tu tambang nak p library berapa. Dia cakap cam acuh tak acuh, aku dengar macam 3 kupang. Kami pun bayarlah 3 kupang. Pas tu ngan muka penuh sinis dia tengok kami, baru dia cakap betul2 "RM1.30 la..". Kami pun ushar pelik la. Tadi cakap cam orang nak mati, pas tu cakap lain pulak. "Hangpa ni tak reti naik bas ka?" ujarnya lagi sambil memberi jelingan tajam. Aku cakap la yang kami tak dok kat sini, tu pasal la kami tak tau tambang berapa. Kami pun terpaksa lah bayaq RM1.30 tu. Time tu aku jerit kat dalam bas "BUDI BAHASA BUDAYA KITA LA PAK CIK OIII!!!" (tapi jerit dalam hati la).

Kalau pun pak cik bas tu ada masalah, tak payah la nak bawak sampai ke tempat kerja. Bukankah bekerja tu 1 ibadah? Kalau kita anggap kerja kita sebagai bebanan hidup, macam mana kita nak kerja dengan hati yang penuh ikhlas? Bekerja dengan hati yang penuh ikhlas akan membuatkan kita tenang dan lupakan masalah kita tu. Jadi, inilah punca kita tak boleh nak berbudi bahasa dengan orang. Nak senyum kat orang lain pun susah, inikan pula nak ucap 'terima kasih', 'Assalamualaikum', 'datang lagi'. Cuba layan video nih:


Lagi 1 story... Dulu masa aku stay kat rumah flat kat Tenggiri, Seberang Jaya, ada la sorang nyonya tua ni dok kat tingkat bawah rumah aku. Dia ni masalah tekanan jiwa. Selalu ligan budak2 yang selalu buat bising kat flat. 1 hari, masa dia tengah sidai kain, pintu rumah dia tertutup sebab angin kuat dan terkunci. Dia pun gabra gak la sebab dok teringat nasi tengah masak kat dapuq. Dia takut nasi hangit. Punya la dok menjerit sambil dok ketuk2 pintu rumah dia. So, jiran tetangga yang ada kat situ pun tolong la bukakan pintu dengan cara mengopek pintu ala2 pemecah masuk rumah. Then, bila dah boleh bukak, dia cakap "Sat2... hangpa tuggu sat". Pi check nasi dia dulu. Pas tu dia keluaq balik cakap,"Wa... trima kasih bnyk woo... Tenkiu meh!! Tenkiu!! Tuhan saja boleh balas hangpa!! Terima kasih!!", punya seronok la dia masa tu. Cuba kita bayangkan, orang mental macam dia pun boleh ucap terima kasih kat orang dengan sepenuh jiwa. Kalau kita yang normal ni tak berterima kasih kat orang, agak2 kita ni normal ke tak.....???

so, kat sini aku tertarik sangat2 dengan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ni. Nak taw pasai pa? Jom layan sat...


Kurik Kundi
Artist: Siti Nurhaliza
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan


Teratak mahligai bak dipayung teduhnya

Bila budi melingkar anak asuhan

Adat yang lama berbudi berbahasa

Akar kehidupannya



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh... oh... oh...

Pantun lama tinggi kiasannya



Berpantun seloka sambil menari canggung

Serentak melangkah rentak timur diarak

Gurau senda

Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat



Hang dok pi hang dok mai

Lagu tu lagu mana

Pi sini pi sana depa menghela sakan

Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...



Pakat tarik ramai-ramai

Biar ke timur condongnya (tu ka?)



( Perak )

Ada...O...ada E...

Bunyinya tidaklah serupa

Erti tidak berbeza



Betui yong betui sungguh

Betui ape di kate



Selembut tarian hoi...

Nak muda berlotah

Tutur bahasanya



Maghi yop maghilah yong

Maghi kita memikio

Parit dengan kuala

Cakap tidak serupe...(ateh)



Dihitung beratus beratus bilangan

Digali beratus-ratus terpendam

Dilubuk yang mana tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar makin banyak yang terpendam
Disini ibunnya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...


( Negeri Sembilan )

Mana usang diperbarui

Mana lapuk hai dikajangi

Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...(yo lah!)



Yo sungguh yo bonar

Kato sungguh dikato



Muafakat ya tuan

Ibu adat di ondeh tidak dilupa



Tak boghodat

Minum tidak bergula

Tak bobudi

Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh...oh...oh...oh...

Pantun lama tinggi kiasannya


Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei..
Santun lakunya weh merendah suara
Bagai berpayung weh rasa teduhnya


( Kelantan )

Teghtek teghning oghe kito

Hok tu keno jago

Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe



( Sabah )

Membubutlah bayu

Lalu limpas siring semalu

Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku



( Sarawak )

Selembut madah begitu taghi

Sek ada sakit ghasa di hati

Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan



Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan

Nak berkisah kaya tutur bicara

Kalau tinggi untung jadi bintang

Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh... oh... oh...

Pantun lama tinggi kiasannya





Lagu ni memang banyak yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Rangkap ni memang jelas terpancar maksudnya bahawa budi bahasa kita ni memang agung dan kaya. "Kalau tinggi untung jadi bintang, Kalau rendah masih jadi intan" tafsiran aku ialah walaupun kita semua berbeza status dan kedudukan (ada yg tinggi, ada yang rendah) tapi masih ada hormat antara 1 sama lain. Contoh la kan, kalau yang berpangkat kita panggil Tan Sri, Dato', Tuan Haji dan sebagainya. Yang tak ada pangkat cam kita ni digelar oleh orang lain seperti encik, cik, anda, tuan hamba (zaman dulu la) dan sebagainya. Contoh lagi; Pernahkah kita baca dalam surat tawaran kita cmni; "Tahniah, hang telah layak untuk memasuki USM". Tak pernah kan? Yang kita selalu dapat "Tahniah, anda telah berjaya untuk ..." Kan molek gitu. huhu..

Kat sini, aku ingin menggulungkan hujah aku bahawa tak susah kita nak berbudi bahasa pun. Tolong orang lain angkat barang pun dah kira ok. (wahh...dah  macam dalam kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan la.. hehe) Senyum pun dah cukup untuk meredakan tekanan orang lain. Mana la tau kalau2 orang yang kita senyum tu ada masalah, boleh tenangkan hati dia dengan melihat muka suci kita ni. Pahala tu der! huhu... Entri ni pun sebagai 1 peringatan kepada aku jugak. Mana lah tau kadang2 aku pun buat benda yang sama. Jadi tak salah kita saling ingat mengingati antara sesama saudara seISLAM...

Wallahualam...



No comments:

Post a Comment