22 May 2011

Patriotik...?? perlu ke??

ASSALAMUALAIKUM...

Topik ni mungkin dah tak ramai orang perkatakan lagi sekarang ni, terutamanya sapa lagi kalau bukan belia. Ye la... sows bowrink...Kalau yang masih lagi bercakap pasal benda ni pun selalunya orang tua je lah.. huhu... Semakin orang kurang ambil peduli pasal PATRIOTIK, semakin hilanglah semangat cintakan negara. Kenapa hal ini boleh berlaku? Mungkin disebabkan oleh peredaran zaman sekarang ni yang bertambah maju dan moden, orang pun dah tak hiraukan lagi tentang negara masing-masing.

Apa yang dimaksudkan dengan patriotik? Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4, patriotik bermaksud bersifat patriot atau yang kita tahu semangat cintakan negara. Tetapi, sejauh manakah pemahaman kita terhadap sifat patriotik ni? Adakah apabila tiba hari Ulangtahun Kemerdekaan  baru kita nak cakap yang "aku ada semangat patriotik!". Time merdeka je la. Hari2 lain? Adakah kita berdiri dan menghayati lagu Negaraku kalau kita terdengar lagu tu dimainkan? Adakah kita membiarkan saja kalau kita ternampak bendera negara kita jatuh ke atas tanah? Kita semak semula diri kita.

Perlukah semangat patriotik ni? Bagi aku PERLU! sebab:
  1.  sedaq2 la diri kita tinggal kat mana sekarang.  
  2. dah tentulah kita yang kena ada semangat patriotik kat negara kita sendiri. 
  3. Takkan nak bagi kat PATI (pendatang asing tanpa izin) plak.  
  4. Kalau negara kita dijajah semula (Insya Allah) sapa lagi yang nak pertahankan kalau bukan kita? warisan nenek moyang kita pun terpelihara. 
Sedangkan kalau dilihat balik Piagam Madinah yang telah digubal oleh Rasulullah s.a.w. ada menyatakan di dalam prinsip Piagam tersebut:
  • Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara. Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara 
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah 
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara 
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara 
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial. 
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan 
  • Kebebasan beragama 
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian 
Kadang2 aku sedih jugak bila tengok ada generasi sekarang ni langsung tak ada jati diri. Contoh situasi:

SITUASI 1 :
Abu (bukan nama sebenar) telah mendapat tajaan dari JPA untuk menyambung pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan di luar negara. Setelah bertahun-tahun belajar, akhirnya dia lulus dgn cemerlang dan mendapat tawaran bekerja ke negara tersebut. Malangnya, dia tidak pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di tanah air sendiri.

SITUASI 2:
 Leha (bukan nama sebenar) adalah seorang yang gila shopping (shoppaholix la..). Dia sering membelanjakan hampir lebih daripada 1/2 wang perbelanjaannya (termasuk duit biasiswa) kepada barang2 berjenama seperti Guess, Chanel, Body Glove, Levi's dan sebagainya.


 SITUASI 3:
Sood (bukan nama sebenar) dikenali di kalangan rakan2nya sebagai 'shuffler' yang hebat. Suatu ketika, sekolahnya akan mengadakan pertandingan kebudayaan di antara kelas2. Apabila gurunya menyuruhnya mengambil bahagian, dia mengelak kerana berasa malu dan takut untuk mempersembahkan Dikir Barat.

So, cuba kita hayati lagu ni jap... LAYANZ...


 Jadi kat sini aku nak tekankan, patriotik memang perlu ada dalam setiap diri masing2. Benda ni tak ada kena mengena dengan politik ke, racism ke. Sebab banyak negara yang rakyatnya berjiwa patriotik, tambah2 Jepun. Jepun la yg paling dekat , kan? sebelum Maharaja Meiji memerintah  Jepun lagi, semangat nasionalisme memang dah ada dalam diri masing2. Jadi sama2lah kita sentiasa mengabadikan perasaan ini di sanubari agar kita tahu pengorbanan nenek moyang kita dahulu. Kita juga perlulah sedar yang kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita tak berbalah seperti negara2 lain yang sedang bermain darah setiap hari.

Wallahualam....







No comments:

Post a Comment