18 May 2011

Mimpi Aneh... tapi memang pelik..

ASSALAMUALAIKUM....

Entri hari ini nak cerita pasal mimpi... semua orang memang la biasa mengalami mimpi, kan? Bila diceritakan semula, semua orang akan cakap "Tu lah, tidur tak basuh kaki, sebab tu mimpi pelik-pelik", ataupun " Alah, mimpikan mainan tidur. Mainan syaitan semua tu.. Jangan percaya sangatlah". Memang benar yang mimpi mainan tidur, tapi mimpi aku kali ni macam pelik sikit.

Ceritanya begini...
Aku sedang melihat video yang ada dalam laptopku. Pada mulanya, aku tidak mengerti apa yang ada di dalam video tersebut. Berulang-ulang kali aku menontonnya, dan akhirnya aku sudah faham mengenai video tersebut. Rupa-rupanya video itu memaparkan satu adegan di dalam sebuah tempat yang aku tak pasti di mana. Di dalam tempat tersebut terdapat sebuah kawah yang besar dan sedang dipanaskan. Di dalam kawah itu terdapat banyak minyak yang sedang dipanaskan (minyak masak kot). Di sekeliling kawah itu, kelihatan lebih kurang 4-5 orang yang menutup muka mereka dengan 'key' dan beberapa orang yang dalam ketakutan. Dari segi bahasa yang ditutur, aku mengecam bahawa mereka menggunakan bahasa Arab. Tiba-tiba orang yang menutup muka menarik keluar salah seorang yang ketakutan (lelaki). Yang menutup muka mengangkat lelaki tersebut dan melemparkannya dalam kawah tersebut. Mereka sedang 'menggoreng' manusia! Seram aku tengok bila lelaki tersebut meronta-ronta diminta untuk diberi belas kasihan.

Aku sudah tak sanggup lagi nak tengok video itu, lalu aku keluar daripada bilik aku. Entah bila masa pula aku berada di kawasan peperangan di Timur Tengah (macam kat Palestin, Syria or somewhere). Dari satu sudut, aku melihat seorang kanak-kanak (10-11 tahun) berlari dalam ketakutan, tetapi seolah-olah ingin melawan tentera yang mengawal mereka (tentera Israel kot). Untuk mengelakkan dia dikesan, dia segera meniarap dan berpura-pura mati, namun dia tidak sedar bahawa kepalanya memang dekat dengan kaki seorang tentera yang kejam. Antara sengaja atau tidak, tentera tersebut terpijak kepala kanak-kanak tersebut sampai terbenam ke dalam tanah. Nasib baik dia tak mati. Tapi tentera tu sedar dan terus menangkap budak itu dibawa entah ke mana.

Aku menyangka bahawa aku hanya menonton TV pada ketika itu. Jadi aku pun minta 'remote conrol' nak ubah channel. Tapi aku sebenarnya memang berada di tempat tersebut dan ada lah seorang pak Arab bagi remote control sambil cakap Melayu "Nah la, anak Osama" (sounds like nonsense, tapi aku memang mimpi cam tu). Hairan gak aku dia cakap macam tu. Kemudian, datang seorang lagi Pak Arab berkata (dalam bahasa melayu gak) " Macam mana lah mereka boleh dihantar ke sini". Jadi memang aku tak keseorangan. Cuma aku tak tau di mana rakan2 ku yang lain. Aku menjawab pertanyaan Pak Arab tadi dengan cara ala2 Melodrama. " Ya Tuhan ku... Aku tak tahu... mengapa kami, dihantar kesini.." Dua2 Pak Arab (yang muka memang suci giler) tu terkesima dengan jawapan aku tu (sebab suara aku kot... hahaha.. jokes). Tiba2...........!!!! Alarm handset aku bunyi daa...5.40 a.m... Aku pun cepat2 mandi sebab hari ini exam GEO...

Mimpi memang mainan tidur. Aku tak tau lah sama ada mimpi aku ni boleh ditafsir atau tak, tapi bagi aku mungkin ini peringatan kepada aku agar sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara2 Islamku yang sedang bergolak sekarang. Mungkin kita selalu berdoa agar hidup kita diberkati, kita berdoa untuk diri kita sendiri. Namun kita terlupa bahawa masih ada saudara kita yang dalam kesusahan dan kita leka dengan nikmat di dunia... So, aku harap agar setiap umat Islam berdoalah untuk mereka kerana doa itu senjata iman...

Wallahualam...


No comments:

Post a Comment