ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini aku pergi ke sebuah rumah kebajikan orang-orang tua (perempuan) di kawasan Sungai Petani… Aku pergi bukan untuk sukarelawan atau suka2… tapi sebenarnya Opah aku dok kat rumah tu… Mesti ramai yang tertanya2 awat yang Opah aku ada kat sana?? Tak dak sapa2 yang jaga dia ka?? Dan mungkin ada juga yang menyifatkan yang anak2 Opah aku ni ANAK DERHAKA!! Haha.. lileks la der… kalau family aku hantaq dia pi rumah kebajikan pun, at least kami ziarah gak dia tiap2 bulan… hehe.. hanya aku, family aku dan sedara2 aku jerw yang tahu sebab apa dia di sana.. huhu..
Aku selalu pi rumah tu bila Opah aku perlukan sumthing, ataupun lepas melawat adik aku kat sekolah dia, ataupun saja suka2 ziarah.. Mak aku pula suka beli buah tangan sebelum kami pi kat rumah tu… selalunya, rumah tu ceria saja bila ada pelawat yang pi kat rumah tu, termasuklah kami... bagi depa, pelawat yang dok mai kat rumah depa tu macam 1 rahmat Tuhan… depa punya seronok kalau ada orang pi kat rumah depa… Tok2 kat situ pun baik2 juga walaupun 1001 macam pe’el… rumah tu tak ramai sangat.. ada lah dalam tak sampai 10 orang…
Masa aku sampai tadi, ada la sorang tok ni, (Tok Salmah aku panggil dia), dok berdiri kat depan pintu sambil pegang selipar dengan kain lap kaki… kami hairan la, lantas mak aku bertanya;
Mak: Laa.. makcik ni nak pi mana?
Tok Salmah: makcik nak balik…
Mak: makcik nak blek pi mana pulak?? Ni kan rumah makcik…
Tok Salmah: Makcik nak blek la… rumah makcik kat…. (sumwhere.. I dunno), tapi makcik tak dak duit nak balik…
Tok Salmah ni sebenaqnya nyanyuk sikit… Kadang2 tu sepanjang aku dok kat rumah tu, Tok Salmah akan salam dengan aku banyak kali, dok tanya “laa.. bila sampai?? Sat nak pi buat ayaq sat”… ada la dalam 5 kali dia buat cam tu… tapi aku simpati gak la kat dia sebab menurut kata penjaga rumah tu, sejak Tok Salmah ni dok kat situ, anak2 dia kalau jenguk dia, tak berapa layan dia sangat… bukan setakat dia sorang saja, tok2 yang lain pun sama jugak… anak2 tak pi jenguk lansung… kira lepas tangan teruslah kat kebajikan… Opah aku ni kira bernasib baik sebab anak cucu dia mau jugak dok pi jenguk, kan?
Ada sekali tu, abang aku pun balik mai Penang, pi la tengok Opah aku dengan Ma Abah aku… (aku tak pi sbb ada hal lain)… tatkala family aku masuk dalam rumah tu, ada sorang Tok ni terus peluk abang aku… dia punya la dok menangis sambil cakap yang abang aku ni cucu dia.. abang aku pun terkesima lah… mak aku bisik kat abang aku “alaah.. cover la sikit… buat2 kata abang cucu dia”. Abang aku ni pun peluk la balik.. abang aku pun, apa lagi, menangis gak la… hehe… kalau aku pun mau qeyau gak la… cuba kita tengok, betapa rindunya seorang ibu terhadap anak cucu dia… tapi anak sikit pun tak teringat nak telepon mak dia walaupun 5 minit saja… beberapa bulan lepas tu, tok ni dah meninggal dunia (Innalillahi wa inna ilaihi raji’un). Lepas tu, aku tak dengaq berita pasal anak2 tok ni…
Banyak yang aku belajaq bila aku pi kat rumah tu… kesian pun ada bila tengok Tok2 ni dok termenung saja… ada yang dok kira nak balik… ada jugak yang dok tunggu kat pintu tiap2 hari, kot2 la anak2 depa mai jemput depa balik… tapi kesudahannya, memang sedih sebab harapan depa tu hanyalah sekadar mimpi sehingga akhir hayat masing2…
Jadi, kepada sesiapa (termasuk aku) yang masih mempunyai ibu dan bapa, janganlah abaikan depa… sedangkan kandungan 9 bulan tu memang payah dengan si ibu nak bawak kita yang berat dalam perut, si bapa pulak kena melayan dan menjaga si ibu sampai la dah dilahirkan.. bila dah lahir, depa ajaq kita perkataan pertama yang biasanya berbunyi “ma, pa, bu, mi, bi,” (mama, papa, ibu, ummi, abi) .
Seperti dalam firman Allah: Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya denganmenanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hinggaakhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun.Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan.(Luqman 31:14)
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment