9 Jul 2011

TuDuNg?? (part II)

ASSALAMUALAIKUM… ((d-_-b))

Ada pulak part II?? Hehehe… sebenaqnya sebelum tulis entry ni, aku asyik pikiaq 2-3 kali sebab takut2 kalau aku menyinggung perasaan orang lain… Yela, sebab kali ni aku nak fokuskan kepada fesyen tudung sekarang… Jadi kepada kengkawan yang baca benda ni, jangan ambik hati ye? =)

Memang la ni terlalu banyak fesyen tudung… dari satu segi memang baguih sebab wanita2 muslim ada banyak pilihan untuk membeli dan memperfesyenkan tudung… Contohnya Syria, Crumple, fesyen Yuna, Hanatajima dan banyak lagi la (aku pun bukan tau sangat… hehe). Terlalu banyak choice sampai kalau pi kat kedai jual tudung, rasa macam nak beli semua… Jarang la sekarang ni orang nak beli tudung bawal, mata lalat and so on… (kecuali aku ja dok pakai lagi)… Walau apa pun jenis tudung, tak kisah la… Asalkan boleh pakai dan mengikut syariat (walaupun tak banyak tudung sekarang yang ikut syariat).

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Pertama sekali, kita kena berbalik kepada nawaitu kita dalam pemakaian tudung ni. Walau apa pun fesyen sekarang ni yang melanda di persada hijab dunia kita, niat pun penting jugak. Ada sesetengah pihak berkata “orang zaman la ni pakai tudung sebab fesyen, bukan kerana Allah lagi dah”. Mungkin betul bagi sesetengah pihak sahaja. Tak semua yang macam tu, kan? Ada jugak yang aku tengok sesetengah orang ni tak pernah pakai tudung, tapi bila fesyen2 tudung ni melanda, melekat pulak tudung kat atas kepala dia. Syukurlah, sekurang-kurangnya depa dah mula pakai tudung. At least, this is as a first step dalam menutup aurat. Betul tak?? Tapi ingat, nawaitu tetap penting.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku tak pakai tudung sangat. Kira tak ambik kisah sangat pun pasal tudung ni.Mak aku pun tak pernah suruh aku pakai tudung. Masa tu, aku dok kat Seberang Jaya lagi. Yela… nama pun budak2 lagi, kan? Mana la nak ambik kisah sangat. Sampailah masa aku pindah rumah baru aku kat Penaga. Aku perhatikan kawan2 sekelas aku, kalau depa keluaq rumah, mesti pakai tudung. Tak macam aku. Dengan rambut pendek, pakai cap saja, naik beskal BMX… huhu…Mulanya aku ingatkan trend orang Penaga pakai tudung (kalau kat bandaq, tak pakai tudung). Bila aku bandingkan diri aku dengan depa, aku malu jugak la sebab walaupun aku tau perempuan kena jaga aurat, tapi aku tak buat pun. Jadi, aku mula berjinak2 dengan tudung. Aku pinjam tudung mak aku. Aku pakai sebelum keluaq rumah. Dan akhirnya, aku bersyukur kerana ada Hidayah Allah yang tak pernah putus untuk aku berubah.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

Sesetengah pihak suka sangat nak memberi hukum sendiri kepada orang lain. Kalau nampak awek yang pakai tudung tak menutupi dada, mula la nak mengata belakang. Biasanya ni la dialog juri2 tak bertauliah:
Lelaki A: Mak bapak tak ajaq ka tu? Pakai tudung tak serupa pakai tudung.
Lelaki B: Baik tak payah pakai tudung kalau cam tu!
Wanita Z: Ada ka patut pakai tudung cam tu. Dah tau kena tutup ‘bukit’ tu, tak reti2 lagi ka?
Wanita X: Tu la pasai, awat budak2 la ni x jadi macam kita?? Tudung ni kalau boleh nak  labuh lagi ni.
Lelaki Y: Pompuan cam tu, suka sangat buat gangguan seksual kat lelaki. Depa saja nak  tunjuk! Bajet cantek!!!

Aku tulis cam ni tak bermakna aku menyokong awek2 ni pakai tudung yang sedemikian rupa. Tujuan aku, aku nak cabar kepada golongan pengkritik2 ni untuk cari jalan supaya bawak mereka kearah kebenaran. Jangan hanya menjadi juri yang paling top setaraf Adlin, Simon (American Idol) dan lain2, tapi bila nak tegur orang tu, kecut habeh semua yang ada. Nak tegur pun kena lah dengan cara yang berhemah. Jangan main seqebu tak pakai helmet. Kalau aku yang mendengar teguran cam tu, aku lagi buat. Cuba pikiaq balek, kalau orang lain kata cam tu jugak kat adik kita ka, mak kita ka, anak kita ka, sedara- mara kita ka… sakit hati tak?? Berbalaq jugak la perasaan ni kan??

Benarlah kata orang. Mulut orang ni susah nak tutup. Tapi ingat! Bimbingan daripada orang yang celik ilmu kepada orang yang kurang celik ilmu ni adalah jihad. Ajaq orang lain pakai tudung, ajak pi sembahyang kat masjid, ajak mengaji Quran adalah JIHAD. Yang ni baru jihad. Bukannya dok berperang mulut nak kata ‘aku yang betoi, sebab aku ada agama’. Ingat, Allah paling benci orang yang mempunyai ilmu, tetapi tidak disebarkan dengan cara yang sepatutnya.

Cukuplah sampai kat sini kot. Mudah-mudahan dengan apa yang disampaikan dijadikan teladan dan jangan ambik hati sangat kot noohhh??? Mana la tau kalau terasa di hati, aku mintak maaf sekali lagi. Setiap apa yang aku tulis kat blog ni sebenaqnya untuk peringatan kepada diri aku sendiri dan kepada kengkawan aku jugak. Tak dak maksud lain aku sampaikan. Semuanya hanyalah kerana Allah s.w.t.
Wallahualam.   

No comments:

Post a Comment