16 May 2012

First Impression

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

First Impression atau 'tanggapan pertama' sering menjadi keutamaan dalam mengenali peribadi seseorang. Seseorang itu dinilai dari segi penampilan yakni cara dia berpakaian, bersolek dan berhias. Kedua, orang akan menilai dengan gaya bahasa tubuh dan riak muka yang ditunjukkan oleh individu terbabit misalnya cara berjalan, ekspresi wajah serta pergerakan tubuh badan. Seterusnya kemahiran komunikasi iaitu cara kita bercakap, bahasa tubuh, kematangan idea juga dilihat. Hal ini biasa bagi semua orang khususnya ketika sedang ditemuduga, atau 'date'.


Tapi kali ni bukan nak cakap pasal temuduga (bukan pasal temuduga di USM tu). Tetapi ia mengenai first impression terhadap masyarakat di kalangan masyarakat. 

Kita hidup dalam suasana berkomuniti, berbilang kaum dan etnik, pelbagai latar belakang keluarga serta berbagai-bagai kepercayaan agama. Hal ini boleh menyebabkan kadang-kadang kita menilai seseorang dengan fikiran negatif dahulu berbanding positif, tanpa mengambil kira sebab dia adalah begitu. Perkara ini memang normal. Normal sangat! Sampai satu tahap kita sendiri akan mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan kerana terlalu memikirkan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita. Sedikit sebanyak ia mampu mengganggu psikologi kita dan boleh mengalami paranoia.



Adakalanya bagus jika kita mempunyai perasaan paranoia, berfikiran negatif dahulu sebelum kita berkomunikasi dengan seseorang. Maklumlah, zaman sekarang penuh dengan muslihat dunia. Walaupun dunia semakin canggih, namun masih ada yang berkepercayaan kuno. Hanya kita perlu ialah berwaspada apabila berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali demi keselamatan kita. Saya cuma ingin menekankan bahawa kita jangan menilai sesorang dengan terlalu pantas melalui first impressionnya, tanpa kita selidik latar belakangnya.

Contoh situasi:
  • Meon yang berpakaian compang-camping, datang kepada seorang wanita untuk bertanyakan alamat rumah. Namun wanita berusia awal 30-an itu tidak melayan pertanyaan Meon lalu pergi dari situ kerana dia menyangka bahawa Meon adalah penagih dadah yang ingin merompaknya. Sedangkan wanita itu tidak tahu bahawa pakaian Meon compang-camping kerana gara-gara sekumpulan anjing mengejarnya semasa mencari alamat rumah tersebut.
  • Sood sering tidur di dalam kelas setiap kali guru mengajar. Hal ini mengkibatkan ramai guru tidak suka akan sikapnya itu dan menyumpah seranahnya dengan pelbagai pandangan negatif. Walhal malang bagi cikgu kerana dia sering berjaga di waktu malam kerana menjaga ibunya yang sedang sakit teruk.
  • Orang yang berkacamata tebal seperti Kiah sering dianggap bahawa dia adalah seorang yang ulat buku, cintakan ilmu serta bijak dalam akademik. Dia juga berkeyakinan dalam berkomunikasi. Hal ini membuatkan dia mudah mendapat pekerjaan walaupun sering bertukar tempat kerja. Hakikatnya dia sering bertukar tempat kerja kerana majikannya tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran dan malas untuk membuat tugasan. Ternyata dia bukan seorang yang rajin seperti yang dinilai melalui kacamatanya oleh majikan.
  • Esah sering memakai pakaian yang berjenama. Dia sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk membeli pakaian yang mahal dan berkualiti. Rakan-rakannya cukup mengkaguminya kerana dia bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya. Dia juga dianggap sebagai orang yang berada (loaded). Hakikatnya keluarganya masih dalam keadaan kewangan yang tidak stabil serta tidak cukup makan kerana dia banyak meminta wang daripada keluarganya untuk membeli pakaian baru tiap-tiap minggu.


Konklusinya, First Impression memang penting, tapi bukan semua first impression boleh dipercayai. Kadang-kadang kita perlu memahami situasi yang orang lain hadapi. Allah s.w.t. telah mencipta di kalangan kita pelbagai kaum dan budaya, berbeza jantina untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Kita tidak tidak perlu menilai orang lain dengan sifat yang negatif. Biarlah Allah yang menilai kita. Kerana Allah s.w.t. Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jadi janganlah kita mudah berasa kecil hati dan sentap kalau kita disangka buruk. Bersangka baiklah sesama kita, ye? 



P/S: Kalau nak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, elakkan bercakap dengan anak mata bertentangan. Kalau boleh, bercakap dengan melihat paras keningnya dan ke atas. Sebagai langkah berjaga-jaga dari terkena sihir. Pada masa yang sama, tidak akan mengecilkan hati orang yang betul-betul ikhlas, kan? Wallahualam...


No comments:

Post a Comment