Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Aku mungkin jarang update entri aku tentang life aku. Sebab aku tak ada banyak cerita macam orang lain. Sesekali bila aku bersendirian, aku sentiasa terkenangkan peristiwa-peristiwa dalam hidup aku. Jadi aku mulakan kisah perjalanan hidup aku di tingkatan 6.
Aku mendapat tahu bahawa aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 semasa aku masih di dalam kem PLKN. Pada mulanya aku tak mahu meneruskan Tingkatan 6 di SMK Dato' Onn Butterworth (DOB), mungkin sebab terlalu banyak peraturan yang kadang-kadang aku rasa tak masuk dek akal untuk dilaksanakan. Tapi, aku fikirkan semula, aku sudah biasa dengan suasana sekolah tu selama 5 tahun, kalau aku tukar sekolah, takut aku pula yang bermasalah nanti. Jadi aku pun daftar dan hanya mintak borang untuk tukar aliran. Aku tukar dengan mengambil aliran kemanusiaan. Keesokan harinya, aku tak dapat menyertai aktiviti orientasi disebabkan aku masih belum tamat menjalani latihan. Terpaksalah aku pulang ke kem semula.

Selepas sebulan di kem, aku telah tamat latihan. Bermula minggu depan, aku mula bergelar sebagai pelajar Program Persediaan Universiti (PPU) atau pelajar Pra-U. Masih ada rakan-rakan DOB yang lain turut berada di dalam kelas aku. Kelas aku Pra U Alpha.Nak dipendekkan cerita, aku ni memang mengambil masa yang lama untuk beramah mesra dengan rakan-rakan baru aku yang lain. Tapi Alhamdulillah. Mereka seperti boleh menerima aku seadanya untuk dijadikan kawan. Aku tidak lagi memilih kawan seperti mana aku di arus perdana dulu. Aku dah belajar erti kekitaan dan persahabatan semasa di kem, dan aku mula sedar bahawa kawanlah tempat kita untuk meluahkan perasaan, berkongsi dan berhibur di kala kita mempunyai masalah di rumah.
Cikgu-cikgu Tingkatan 6 DOB pun memang sporting dan supporting. Cikgu Azlina dan Cikgu Azzahida cikgu Bahasa Melayu kelas aku. Mereka memang mengambil berat tentang kami. Kami dapat rasakan kasih sayang yang diberi umpama seorang ibu yang sentiasa mendidik anak-anak. Cikgu Sharul Nizam, Cikgu Mohd Ali dan Cikgu Azahar adalah guru yang mengajar subjek Sejarah, subjek kegemaranku. Berintelek, berkarisma, bijak menilai. Sentiasa bagi dorongan dan memberi tips serta petunjuk untuk memilih jalan kehidupan. Terutamanya Cikgu Sharul, selalu promote UPNM. Cikgu Johari dan Cikgu Mahani, guru subjek Pengajian Am. Sentiasa membincangkan isu--isu semasa, membuatkan kami sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Mereka juga peka dengan potensi kami. Miss Yip, guru MUET kami. Tegas, sedikit cerewet, tetapi berwibawa, sentiasa mempunyai wawasan untuk mengubah dan seorang yang pencinta alam. Cikgu Shalihah, antara cikgu yang aku paling hormat dan tabik. Hormat kerana ilmu yang ada padanya. Tak lokek dan tak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami. Sentiasa meminjamkan kami buku-buku ilmiah yang berbahasa Inggeris dengan harapan kami belajar mencari ilmu dengan bahasa asing. Teguran lembut tetapi sinis sering diberikan kepadaku kerana aku selalu 'bermain mata' ketika dalam kelasnya (tidur la).
Rakan-rakan seperjuangan ku, aku rindu dengan telatah, karenah, senyum tawa, semangat dan persahabatan kalian. Aku rindu sangat! Aku cukup rindu semasa kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas. Banyak memori di antara kita. Kenangan di kem perkhemahan, Seminar STPM, lawatan dan yang paling best ialah kita sama-sama terlibat dalam lakonan sketsa. Aku takkan lupa sampai bila-bila persembahan sketsa sempena Hari Guru. Semua watak dan pembantu belakang tadbir memainkan peranan yang cukup hebat. Lucu, spontan, selamba, sporting telah menggamit seluruh dewan DOB. Walaupun kita nakal, banyak guru-guru lain tak suka dengan sikap kita, tapi kita jugak yang dicari untuk menceriakan suasana, kan?
Semenjak aku belajar di tingkatan enam, aku baru sedar bahawa bukan kelulusan, sijil, pangkat, dan taraf kelayakan yang kita mesti kejar. Tetapi tujuan aku ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu dengan penuh keikhlasan. Bukan semata-mata untuk mendapat 4A. Keikhlasan dalam menuntut ilmulah yang menyebabkan aku tidak pernah menyesal blajar di tingkatan 6. Aku tidak pernah menyesal mengambil STPM. Aku tidak menyesal dengan apa juga keputusan peperiksaan aku. Kerana aku redha. Aku redha dengan segala ketentuan yang Allah s.w.t. tetapkan ke atas diriku. Sesungguhnya aku bangga kerana aku bekas pelajar tingkatan enam yang dibimbing oleh guru-guru DOB yan hebat, berilmu dan prihatin. Terima kasih semua, kerana telah mengajar aku nilai persahabatan, ketertinggian ilmu, keperibadian murni. Walaupun aku masih terikat dengan peraturan sekolah dan terkurung dalam uniform setiap hari, namun aku mungkin tidak dapat merasai pengalaman seperti ini di luar selain dari tempat yang bernama SEKOLAH.

No comments:
Post a Comment