22 Apr 2012

Jerslin Super Power!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kali ni saya nak promote satu produk lagi yang Ma saya jual. Nak tahu apa dia?



JERSLIN POWER OIL!!!


Macam Power sangat, kan? Haha. Bukan macam tu. Minyak ni membantu sesiapa yang mempunyai penyakit sama ada penyakit biasa atau kronik untuk pulih. Minyak ni adalah campuran Habatusauda, Minyak Zaitun, Minyak Bunga Matahari dan Minyak Bijan. Minyak-minyak ini mempunyai pelbagai khasiat yang membantu menangani masalah-masalah kesihatan. Minyak-minyak ini juga mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang dapat menghalang pertumbuhan tumor atau kanser.

Hadis diriwayatkan oleh Aisyah R.A. dimana dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya, Habatusauda boleh menyembuhkan semua penyakit kecuali Al-Sam". Saya bertanya "Apa itu Al-Sam?". Dia berkata, "Al-Sam adalah kematian". (Hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mengetahui tentang 1001 penyakit yang dapat dibantu oleh minyak ni ialah:



Nak guna minyak ni, ada cara-caranya. Ikut keperluan penyakit yang kita ada:


Kadang-kadang, saya nampak Ma saya titiskan minyak ni dalam air, kemudian minum. Dia akan buat macam ni bila dia rasa badan dia sakit sangat. Boleh jugak nak buat macam ni. Hehe.

Testimoni-testimoni yang saya sendiri dengar dari pengguna-pengguna minyak ni pun agak positif.
Jiran saya baru melahirkan anak, dan didapati anaknya mengalami demam kuning yang sangat tinggi. Ma saya syorkan guna minyak Jerslin ni dan dia pun sapukan kepada anaknya. Selama seminggu dia amalkan, Alhamdulillah, berkat dari Allah, demam kuning anaknya turun dengan mendadak. Apa lagi, order sokmo lah dia lepas tu. Hehe.

Jiran saya yang sorang lagi pun lebih kurang jugak. Anak yang dia baru lahirkan disahkan oleh doktor menghidapi penyakit Down Syndrome. Kemudian, si ibu cuba amalkan dengan menyapu minyak Jerslin ni ke seluruh badan anaknya. Alhamdulillah, anak dia semakin aktif walaupun menghidapi Down Syndrome.

Bagi yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kering dan sebagainya, boleh jugak cuba minyak ni. Sapu pada kulit yang mengalami masalah setiap hari. Insya Allah, boleh hilang parut dan masalah kulit anda.

Apa yang best dengan minyak ni, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira umur; dari bayi sampailah warga emas. Dah tu, wangi pulak tu. Kalau kita sapu kat badan, kemudian kita keluar bekerja, bersiar-siar, ke kelas dan sebagainya orang lain tak perasan yang kita guna minyak di badan kita. Jadi, senang cerita minyak ni memang terbaeekk!!

Produk Jerslin ni banyak lagi, cuma Ma saya hanya ada stok minyak-minyak ni. Harganya pun memang berpatutan (ikut saiz botol dan kandungan ml-nya):

  • 50 ml - RM45.00 (SM) / RM50.00 (SS)
  • 40 ml - RM35.00 (SM) / RM40.00 (SS)
  • 20 ml - RM25.00 (SM) / RM30.00 (SS)
  • 10 ml - RM15.00 (SM) / RM18.00 (SS)
Sebarang maklumat atau nak order, boleh PM di Facebook saya atau telefon terus di nombor;
 017-4473848 /04-5752022

Apa-apa pun, kita kena berdoa kepada Allah s.w.t. kerana Dia yang mendatangkan penyakit dan Dia juga yang menyembuhkan penyakit. Produk ni hanya sebagai ikhtiar kita untuk mengurangkan kesakitan yang kita alami. Insya Allah, produk ni mujarab dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja. 

No comments:

Post a Comment