8 Jan 2013

Seuntai kata untuk dirasa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Uuuuu... Tajuk entri macam buku Komsas Tingkatan 2 kan? Haha. Aku bukan nak cakap pasal tu la. Dah lama tinggal Sastera-sastera menengah rendah ni, dah tak ingat dah pun.

Aku nak luahkan sikit saja pandangan aku.

"Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"

Ni adalah antara pepatah yang feymes menunjukkan tentang sikap manusia yang suka mewara-warakan sikap orang lain.

Kadang-kadang aku rasa yang aku pun berada di dalam golongan ni (astaghfirullah al azim). Bukan apa, aku dah jumpa macam-macam jenis manusia yang ada sikap dan pe'el yang berlainan. Ada yang baik, ada yang buruk. Semua ni pengaruh daripada cara hidup di rumah, pendidikan ataupun pilihan sendiri untuk menjadi macam tu. Dalam banyak-banyak sikap, aku tertarik untuk menyentuh tentang satu jenis orang ni.

"Aku tengok dia ni memang banyak ilmu. Baik dan berbudi bahasa. Cara pemikiran dia pun lain daripada yang lain. Dia pernah cerita dan explain tentang beberapa hadis dan terjemahan ayat-ayat Quran. TAPI, aku jarang tengok dia solat, mengaji, tak tutup aurat dan buat  apa yang dia cakap."

Ok, ni statement untuk menerangkan sikap "dia". Mesti hangpa pun pernah jumpa dengan orang macam ni kan? Dan reaksi hangpa mesti;

"Eleh, dia tu cakap saja lebih. Bab ugama, fiqh, hadis bagai pandai cakap, TAPI buatnya tak pernah pun. Cakap tak serupa bikin. Orang macam ni pun tak guna jugak, ada ilmu tapi tak amalkan".

Bagi aku, orang yang macam ni pun memang kita tengok macam tak guna. Tak boleh jadi hamba soleh. Tapi aku ambil dari sudut yang positif. Walaupun "dia" macam tu, sekurang-kurangnya dia berilmu. Dia tahu apa yang kita belum tahu. Bagi aku, kalau dia tak amalkan apa yang dia sampaikan, tu urusan dia dengan diri sendiri dan Allah.

Mungkin dia tak mampu nak lakukannya.Tapi kita yang mendengar apa yang disampaikan dia, dan kita mampu lakukan, kenapa kita tak teruskan?

Kenapa kita tak ajak dia buat kebaikan sama-sama dengan kita?

Aku bukan nak kata yang sikap macam ni 100% betul. Yelahh, kita yang sembahyang penuh 5 waktu pun belum tentu boleh masuk syurga dalam kadar yang segera. Bagi aku, orang macam ni masih mempunyai kebaikannya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;

"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

Bagi aku tak payahlah kita nak judge sesiapa. Bukan semua orang perfecto! Nak berdakwah tak perlulah nak tunggu jadi perfecto! Kalau macam tu, memang tak dak lah orang yang nak berdakwah sebab semua orang tak perfecto!

Sampai di sini sajalah leteran aku. Tak banyak, kan? Aku tujukan untuk diri aku jugak ni. Huhu. Jumaat ni last paperrr (gaya Johan rajalawak), yakni Pengantar Seni Teater. Harap-harap boleh jawab kot, noo? Doa-doakan aku sama erk? Wasalam.

5 comments:

  1. Terpulang pada individu itu untuk mencorak dirinya sendiri :)

    ReplyDelete
  2. diri kita nie tak cukup sempurna nak judge orang lain kan :)

    ReplyDelete
  3. betol dik, ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.. cewahh... akak pun nak bersastera jugak.. :)

    ReplyDelete
  4. topik ni antara yg kalau dibahas memang tak akan habis. senang cite sendiri mahu ingatlah. dekatkan segala kebaikan, jauhi segala keburukan. babai :)

    ReplyDelete
  5. Maksud saya di sini, orang yang macam ni perlu diberi peluang untuk berubah,
    kita yang tahu pulak kena ajak diorang buat kebaikan sekali, contohnya "Bhai, jom solat jemaah kat msjid, pastu mngaji, pastu blablablabla..."
    mana tahu satu hari nanti diorang berubah jd lebih baik dari kita... malu kita dengan Allah.. :D

    ReplyDelete