Memang dah lama aku tak hapdet pasai video. Tapi kali ni aku nak tunjuk kat hangpa artis kegemaran aku sekarang. Mungkin aku baru saja kenal Manu Chao ni walaupun dia dah berkecimpung dalam bidang muzik reggae sejak 1984 dengan band dia sendiri. Tapi tahun 1995, dia aktif dalam muzik secara solo.
Dia biasanya bawa lagu dalam banyak bahasa seperti; Perancis, Sepanyol, Arab, Itali, Portugis dan lain-lain. Pada pandangan aku, arrangement lagu dia memang sempoi. Rileks, boleh layan, ada mesej tersendiri. Kalau hangpa tau pasai band atau artis-artis reggae yang lain, boleh la bagi link kat aku. Aku nak try layan.
Sayu hati ini. Tahun ini. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Aku sangat tidak menyangka semuanya berlaku pada tahun ini.
Masa tu aku ada di Pelenggang Cahaya, ada sesi gotong-royong sikit. Ibu aku telefon aku dan dia cakap Opah aku dah tak ada. Aku terkesima sebab dah lama aku tak jumpa dengan opah aku. Kali terakhir aku jumpa dia adalah 4 bulan sebelum dia pergi. Masa tu dia nampak sihat saja. Aku bertolak ke Taiping tengah hari tu jugak dengan saudaraku. Saudara ku cakap, dia memang tak sakit apa. Kencing manis ke, jantung ke, darah tinggi ke, buah pinggang ke, semua tak ada. Cuma kaki dia memang ada masalah sikit. Tak boleh nak berdiri sangat. Mungkin dah tiba masanya.
Aku redha pemergiannya sebab dia pergi pada hari Sayyidul Ayyam. Hari yang baik. Suasana sedikit riuh pada saat jenazah opah nak diangkat ke keranda. Mak Su aku iaitu anak opah aku meronta-ronta tak benarkan sesiapa angkat jenazah. Aku tahu, dialah yang paling setia menjaga opah masa dia masih hidup. Dia masih lagi terkejut dengan semua yang berlaku. Kemudian, dia ditenangkan oleh adik-beradik, jiran-jiran supaya melepaskan arwah pergi. Terketar-ketar badan dia terduduk di atas kerusi. Hampir pitam.
Sekali lagi, aku dikejutkan dengan panggilan ibu aku selepas aku menduduki peperiksaan akhir sem. Masa tu baru habis kertas Analisis Skrip. Ibu aku cakap, Pak Lang aku yang ketika itu masuk wad ICU dah tak sedar, dalam keadaan yang terlalu lemah. Memang ibuku ada menyuruh aku pergi ke Shah Alam untuk ziarah Pak Lang aku, tapi aku melengahkan dengan sebab aku nak exam dan nak fokus untuk ulangkaji. Tapi bila dapat tahu keadaannya dah begitu teruk, aku mula menyalahkan diri sendiri. Aku menganggap bahawa aku ni adalah orang yang pentingkan diri sendiri. Aku menangis semalaman dan bertekad, selesai paper English petang Sabtu tu, aku nak ambil tiket bas pergi ke Shah Alam. Aku dah tak peduli tentang paper aku yang last pada hari Isnin berikutnya.
Aku bertolak ke Shah Alam dengan menaiki bas dalam keadaan yang sangat gundah. Ibu aku kerap menelefonku dan dia bimbang kalau aku tak sempat sampai hospital. Setibanya aku di Shah Alam, aku terus pergi ke hospital Sime Darby dengan adik aku. Aku masuk dalam bilik Pak Lang aku, dan bayangkan matanya ditutup dengan kapas sebab dia tak boleh tutup mata dengan kelopak mata. Aku terus peluk Mak Lang aku. Dia cakap "Akak, terima kasih sanggup mai tengok Pak Lang." Aku memang tersentuh, sedih ya amat. aku dah anggap Pak Lang aku umpama bapa aku yang kedua. Aku sempat bisik kat telinga dia, " Pak Lang, akak mintak ampun kalau akak ada buat silap dengan Pak Lang. Terima kasih sebab bagi semangat kat akak selama ni. Kalau tak kerana Pak Lang, tak mungkin akak berada sampai tahap macam ni".
Aku baca yassin, aku berdoa, aku tawakkal dengan keadaan dia yang sangat tenat. Analisis terakhir, dia didiagnosis menghidap kanser darah. Semua ini terlalu cepat bagi aku sebab baru seminggu dia masuk ICU. Sebelum ni dia disuspek menghidap buah pinggang, tapi kristal yang ada kat buah pinggang dia dah hilang lepas dia berubat cara alternatif Islam. Masa tu dalam 3 bulan dia sakit di hospital.
Aku bermalam di hospital sampai keesokan paginya. Doktor cakap, dia dah tak ada harapan dan minta kami sentiasa berdoa dan teman dia. Dia meninggal pada tengah hari itu. 16 Jun 2013, bersamaan Hari Bapa dia pergi meninggalkan seorang anak lelaki dan isteri. Aku sendiri menyaksikan Pak Lang aku menghembuskan nafas yang terakhir. Ya Allah, tenangnya dan senangnya dia pergi pada bulan yang mulia, bulan Syaaban.
Menurut salah seorang jururawat di situ, belum pernah dia melihat seorang pesakit yang mempunyai ramai pelawat seperti Pak Lang aku sepanjang tempoh dia bekerja di hospital. Malah dia turut tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya Pak Lang ku ini? Dato? Tan Sri? Doktor? Tak. Dia hanya insan biasa. Jururawat tu jugak tak pernah melihat seorang pesakit yang dalam keadaan sangat lemah masih berupaya menunaikan solat fardhu. Itulah Pak Lang aku. Tak pernah tinggal solat dan al-Quran sepanjang hayatnya walau apa jua keadaan sekalipun.
Selepas daripada semua itu, aku sedar bahawa nikmat sebuah kematian itu sebenarnya boleh dirasai. Semuanya bergantung kepada habluminallah hablumminannas. Yang pergi tetap pergi, yang hidup, teruskan mengumpul amalan yang baik. Pemergian dua insan yang amat istimewa ini telah menjentik sanubariku dan menyedarkan aku tentang masa. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. ~Al-Fatihah~
Gila bersarang blog aku ni! Haha. Lama tak hapdet.. Seriously, aku takdak mood nak hapdet sekarang ni.
Dah masuk sem yang kedua di USM ni memang mencabar gila. Aku tak sempat nak hapdet merapu-rapu kat blog aku. Hampir 5 bulan. Bukak sem ni saja, sangat padat kelas, aktiviti dan productions.
Aku rasa sem ni aku teruk sikit la sebab aku banyak ambil subjek teori. Teori ni bukan aku tak suka, cuma kelemahan aku bab ni la. Nak kena membaca, no hal. Tapi nak menghafal, memang tak pass la sangat kan. Tambahan lagi, sem ni penuh dengan aktiviti yang melibatkan fizikal dan emosi.
Nanti pada masa akan datang, aku akan terus hapdet sebab macam banyak pulak aku nak kongsi dengan hangpa semua sepanjang perjalanan hidup aku sem ni.
Biaq la post ni hanya sekadar mengambil syarat memberitahu hangpa bahawa aku masih hidup. Lain masa, aku akan terus hapdet sampai muntah kalau ada kelapangan... Insya Allah...
12 Rabiul Awal adalah hari kelahiran kekasih semua umat Islam yakni Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kelahiran baginda merupakan satu titik permulaan sinar gemilang memancar di seluruh dunia pada tika umat berada dalam kejahilan.
Biasanya kalau setiap kali aku dapat free kalendar tahun baru masihi, aku akan check bila tarikh lahir aku. Setiap tahun! Tak disangka-sangka yang 24 Januari ialah tarikh lahir aku jatuh pada 12 Rabiul Awal 1434.
Lazimnya birthday aku jatuh pada hari atau dekat dengan hari Tahun Baru Cina. Haha.. Dulu masa aku kecik-kecik, bila birthday aku ja (yang kena dengan Chinese New Year), aku mesti dapat ang pau dengan oren dari jiran sebelah rumah aku. Hehe.
Mungkin ada hikmah disebalik hari lahir aku dalam Masihi jatuh pada hari Maulidur Rasul. Selama ni aku lalai, leka. Hari ni betul-betul menyedarkan aku yang aku sekarang dah lalai. Astaghfirullah al azim. Aku bukan sempurna, aku bukan solehah. Dah tiba masa untuk kembali recharge menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Tapi sunnah Rasulullah s.a.w. bukan setakat diamalkan hari ni saja. Mungkin ramai yang masih salah faham dan banyak pendapat mengenai hari memperingati kelahiran Rasul tercinta ni. Walau apapun, bukan setakat hari ni saja kita kena ingat baginda, malah setiap detik kita perlu mengamalkan sunnah baginda selagi mampu. Kasihnya dia kepada kita (yang hidup di akhir zaman) sehingga dalam keadaannya yang sedang menghadapi maut masih menyebut-nyebut umatnya.
Kita tak mungkin dapat membalas jasa baginda yang menyebarkan agama dan ajaran Allah, tapi sebagai umat, kita mesti mengamalkan sunnah, mengambil segala panduannya dan hadiahkan kepada baginda dengan berselawat. Mudah-mudahan, kita semua mendapat syafaat daripadanya... Amin...
P/S: Perasan saja aku ni ingat cuti hari ni sebab birthday aku... Puihh! haha
Banyak isu yang diketengahkan kini terutamanya yang berkaitan dengan mahasiswa. Aku agak terasa lah sebab aku golongan mahasiswi kini (hohoho!)
"Hang nak komen pasai Bawani vs. Mdm Sharifah Zohra ka?"
Of kozez no! Isu ni cuma sebagai catalyst aku untuk memberikan pandangan berkaitan dengan politik dan mahasiswa. Lagipun isu ni dah lama, malas nak ulas panjang-panjang. Kalau ye pun, tak salah kan? Hehehehe..
Salah ke mahasiswa bersuara?
Kerja aku bukan nak nilai siapa salah, siapa betul. Cuma ada beberapa aspek yang kita boleh rumuskan tentang kesalahan seseorang supaya kita tak mengulanginya lagi. Contoh yang kita boleh ambil daripada isu macam ni ialah kelupusan adat ketimuran. Pada pengamatan aku dalam video tersebut mungkin orang menganggap cara Bawani dalam menyampaikan hujah adalah salah sebab dia kelihatan terjerit-jerit dan beremosi. Bagi aku pula, orang India memang macam tu dalam menyampaikan hujah (Wait! I'm not a racist!), depa memang lantang dalam menyampaikan hujah. Seriously! Dulu kelas aku ramai orang India memang macam Bawani kalau buat presentation. Mungkin nampak beremosi sikit cara mereka berdua, tapi tu lah hakikat insan bernama wanita. Bertindak mengikut emosi. So, faham-faham la ye? Jangan nak besarkan sangat isu ni, ok?
Well, bukan setakat kes kat UUM je, tapi sebelum-sebelum ni ada isu ludah la, apa lah. Banyak isu sekarang berkaitan dengan mahasiswa. Well, as for me, I assumed it as positive reactions sebab ia menunjukkan bahawa mahasiswa sekarang tidak lagi 'tidur diulit mimpi' dengan hedonisme semata-mata malah mengambil berat lagi dalam hal-hal semasa.
Dalam bersuara, mahasiswa memang ada hak 100% untuk menyuarakan pendapat, hujah dan idea baru. Cuma apa yang aku nampak, mereka tak ada saluran yang benar-benar membenarkan mereka menyampaikannya. Mungkin ada medium, mungkin tak ada. So, mungkin sebab ni kadang-kadang mahasiswa dianggap tidak terpelajar dalam tatacara menyampaikan idea. Konsikuensinya, mahasiswa melakukan sesuatu yang dianggap 'gila' atau 'bodoh' atau 'merapu meraban' apabila mereka bertindak. I guess so. Huhu.
Lalang lagi banyak daripada belalang
Golongan 'Lalang' memang banyak. Ada lalang spesis sangat halus dan hanya mengikut hembusan angin. Ada lalang yang jenis hidup segan, mati tak mau. Dan ada juga lalang yang 'matikan' dirinya sendiri daripada dimakan oleh belalang. (Ok, metafora yang sangat gayat. Hoho). Tapi tu lah hakikatnya. Golongan ni kadang-kadang lagi bahaya daripada golongan yang memperjuangkan sebab mereka akan menyokong apa jua idea yang dirasakan 'betul' tanpa ada sebab yang kukuh. (phheeuuwwwhh!!)
So, kepada lalang-lalang, jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata belalang saja, tapi lihat dari segi tindakannya. Kalau ikut 'confident' belalang, memang ke lautlah sebagai rumpai laut pulak. Hoho.
Peneraju yang lebih berpengalaman
Sesiapa sahaja yang dianggap lebih berusia pasti telah merasai pahit manis dan asam garam kehidupan yang memadai. Selalu berlaku perselisihan antara pemuda dan pentua. Tapi itu tak bermakna idea baru tak boleh dijana. Mungkin cara berbeza, tapi kalau bergabung demi kebaikan bersama, Insya Allah. Melatoppp kauu macam Adam & Stacy. Haha.
Yang mentah kalau nak masak kena lah rasa pahit dulu, kan? Tapi jangan takut kerana semua itu akan menjadi manis apabila dirasai oleh semua orang. Kalau pasal hormat, yeeahh.. semua perlu saling hormat menghormati. Tak fair bila sebelah pihak saja yang kena hormat. Tak rugi pun, kan? Dapat pahala lagi. Yang penting dare to dream! Macam video ni.
Video ni ex-bos aku bagi link ni. Dia kata aku kena tengok video ni untuk bagi semangat kat aku memandangkan course aku yang agak mencabar dari segi kritikan. Well, at least membantu aku untuk semangat sikit dalam perjuangan demi kebaikan. (gambatehh...gambateh..!! )
P/S: Ini semua pendapat aku sahaja. Bukan nak mencetuskan hasutan atau apa pun Terlebih terkurang minta tegur dengan cara yang paling manis. Ok?
Epica adalah salah satu "symphonic metal band" dari Netherland. Aku memang suka dengan band ni sebab dia punya vokalis; Simone Simons memang power.
Ni antara lagu feveret aku la sebab ada mesej (walaupun lagu ni bukan fresh sangat pun). Depa nak kritik kepemimpinan dunia demokrasi sekarang. Lebih kurang macam tu la kesahnye...
Well, aku tak mau tulis panjang-panjang. Just enjoy the show that I wanna share with uoolllss!! hahaha...
Paper dah habis!!! Holiday time!!! yeepiii!!! (dua-dua tangan dibuka seluas-luasnya).
Dah lama aku tak hapdet segmen ni. Actually banyak video yang aku tengok kat youtube, cuma aku suka share kat FB, lupa nak share dalam blog. Hehe.
Ok, klip video ni memang dah lama dah. Daft Punk, sapa yang tak kenai? Muzik depa memang unik bagi aku. Termasuk dengan klip video ni jugak. Yang best dance step depa ni. masing-masing ikut rhythm yang ada dalam lagu ni. Around the World bagi aku mesej yang nak disampaikan ialah kita terdiri daripada pelbagai warna kulit, asal negara, budaya sebenarnya kita setaraf sebagai manusia.
Uuuuu... Tajuk entri macam buku Komsas Tingkatan 2 kan? Haha. Aku bukan nak cakap pasal tu la. Dah lama tinggal Sastera-sastera menengah rendah ni, dah tak ingat dah pun.
Aku nak luahkan sikit saja pandangan aku.
"Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"
Ni adalah antara pepatah yang feymes menunjukkan tentang sikap manusia yang suka mewara-warakan sikap orang lain.
Kadang-kadang aku rasa yang aku pun berada di dalam golongan ni (astaghfirullah al azim). Bukan apa, aku dah jumpa macam-macam jenis manusia yang ada sikap dan pe'el yang berlainan. Ada yang baik, ada yang buruk. Semua ni pengaruh daripada cara hidup di rumah, pendidikan ataupun pilihan sendiri untuk menjadi macam tu. Dalam banyak-banyak sikap, aku tertarik untuk menyentuh tentang satu jenis orang ni.
"Aku tengok dia ni memang banyak ilmu. Baik dan berbudi bahasa. Cara pemikiran dia pun lain daripada yang lain. Dia pernah cerita dan explain tentang beberapa hadis dan terjemahan ayat-ayat Quran. TAPI, aku jarang tengok dia solat, mengaji, tak tutup aurat dan buat apa yang dia cakap."
Ok, ni statement untuk menerangkan sikap "dia". Mesti hangpa pun pernah jumpa dengan orang macam ni kan? Dan reaksi hangpa mesti;
"Eleh, dia tu cakap saja lebih. Bab ugama, fiqh, hadis bagai pandai cakap, TAPI buatnya tak pernah pun. Cakap tak serupa bikin. Orang macam ni pun tak guna jugak, ada ilmu tapi tak amalkan".
Bagi aku, orang yang macam ni pun memang kita tengok macam tak guna. Tak boleh jadi hamba soleh. Tapi aku ambil dari sudut yang positif. Walaupun "dia" macam tu, sekurang-kurangnya dia berilmu. Dia tahu apa yang kita belum tahu. Bagi aku, kalau dia tak amalkan apa yang dia sampaikan, tu urusan dia dengan diri sendiri dan Allah.
Mungkin dia tak mampu nak lakukannya.Tapi kita yang mendengar apa yang disampaikan dia, dan kita mampu lakukan, kenapa kita tak teruskan?
Kenapa kita tak ajak dia buat kebaikan sama-sama dengan kita?
Aku bukan nak kata yang sikap macam ni 100% betul. Yelahh, kita yang sembahyang penuh 5 waktu pun belum tentu boleh masuk syurga dalam kadar yang segera. Bagi aku, orang macam ni masih mempunyai kebaikannya. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;
"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"
Bagi aku tak payahlah kita nak judge sesiapa. Bukan semua orang perfecto! Nak berdakwah tak perlulah nak tunggu jadi perfecto! Kalau macam tu, memang tak dak lah orang yang nak berdakwah sebab semua orangtak perfecto!
Sampai di sini sajalah leteran aku. Tak banyak, kan? Aku tujukan untuk diri aku jugak ni. Huhu. Jumaat ni last paperrr (gaya Johan rajalawak), yakni Pengantar Seni Teater. Harap-harap boleh jawab kot, noo? Doa-doakan aku sama erk? Wasalam.