16 May 2012

First Impression

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

First Impression atau 'tanggapan pertama' sering menjadi keutamaan dalam mengenali peribadi seseorang. Seseorang itu dinilai dari segi penampilan yakni cara dia berpakaian, bersolek dan berhias. Kedua, orang akan menilai dengan gaya bahasa tubuh dan riak muka yang ditunjukkan oleh individu terbabit misalnya cara berjalan, ekspresi wajah serta pergerakan tubuh badan. Seterusnya kemahiran komunikasi iaitu cara kita bercakap, bahasa tubuh, kematangan idea juga dilihat. Hal ini biasa bagi semua orang khususnya ketika sedang ditemuduga, atau 'date'.


Tapi kali ni bukan nak cakap pasal temuduga (bukan pasal temuduga di USM tu). Tetapi ia mengenai first impression terhadap masyarakat di kalangan masyarakat. 

Kita hidup dalam suasana berkomuniti, berbilang kaum dan etnik, pelbagai latar belakang keluarga serta berbagai-bagai kepercayaan agama. Hal ini boleh menyebabkan kadang-kadang kita menilai seseorang dengan fikiran negatif dahulu berbanding positif, tanpa mengambil kira sebab dia adalah begitu. Perkara ini memang normal. Normal sangat! Sampai satu tahap kita sendiri akan mengalami tekanan perasaan. Tekanan perasaan kerana terlalu memikirkan tanggapan negatif orang lain terhadap diri kita. Sedikit sebanyak ia mampu mengganggu psikologi kita dan boleh mengalami paranoia.



Adakalanya bagus jika kita mempunyai perasaan paranoia, berfikiran negatif dahulu sebelum kita berkomunikasi dengan seseorang. Maklumlah, zaman sekarang penuh dengan muslihat dunia. Walaupun dunia semakin canggih, namun masih ada yang berkepercayaan kuno. Hanya kita perlu ialah berwaspada apabila berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali demi keselamatan kita. Saya cuma ingin menekankan bahawa kita jangan menilai sesorang dengan terlalu pantas melalui first impressionnya, tanpa kita selidik latar belakangnya.

Contoh situasi:
  • Meon yang berpakaian compang-camping, datang kepada seorang wanita untuk bertanyakan alamat rumah. Namun wanita berusia awal 30-an itu tidak melayan pertanyaan Meon lalu pergi dari situ kerana dia menyangka bahawa Meon adalah penagih dadah yang ingin merompaknya. Sedangkan wanita itu tidak tahu bahawa pakaian Meon compang-camping kerana gara-gara sekumpulan anjing mengejarnya semasa mencari alamat rumah tersebut.
  • Sood sering tidur di dalam kelas setiap kali guru mengajar. Hal ini mengkibatkan ramai guru tidak suka akan sikapnya itu dan menyumpah seranahnya dengan pelbagai pandangan negatif. Walhal malang bagi cikgu kerana dia sering berjaga di waktu malam kerana menjaga ibunya yang sedang sakit teruk.
  • Orang yang berkacamata tebal seperti Kiah sering dianggap bahawa dia adalah seorang yang ulat buku, cintakan ilmu serta bijak dalam akademik. Dia juga berkeyakinan dalam berkomunikasi. Hal ini membuatkan dia mudah mendapat pekerjaan walaupun sering bertukar tempat kerja. Hakikatnya dia sering bertukar tempat kerja kerana majikannya tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran dan malas untuk membuat tugasan. Ternyata dia bukan seorang yang rajin seperti yang dinilai melalui kacamatanya oleh majikan.
  • Esah sering memakai pakaian yang berjenama. Dia sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk membeli pakaian yang mahal dan berkualiti. Rakan-rakannya cukup mengkaguminya kerana dia bijak memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badannya. Dia juga dianggap sebagai orang yang berada (loaded). Hakikatnya keluarganya masih dalam keadaan kewangan yang tidak stabil serta tidak cukup makan kerana dia banyak meminta wang daripada keluarganya untuk membeli pakaian baru tiap-tiap minggu.


Konklusinya, First Impression memang penting, tapi bukan semua first impression boleh dipercayai. Kadang-kadang kita perlu memahami situasi yang orang lain hadapi. Allah s.w.t. telah mencipta di kalangan kita pelbagai kaum dan budaya, berbeza jantina untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Kita tidak tidak perlu menilai orang lain dengan sifat yang negatif. Biarlah Allah yang menilai kita. Kerana Allah s.w.t. Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Jadi janganlah kita mudah berasa kecil hati dan sentap kalau kita disangka buruk. Bersangka baiklah sesama kita, ye? 



P/S: Kalau nak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, elakkan bercakap dengan anak mata bertentangan. Kalau boleh, bercakap dengan melihat paras keningnya dan ke atas. Sebagai langkah berjaga-jaga dari terkena sihir. Pada masa yang sama, tidak akan mengecilkan hati orang yang betul-betul ikhlas, kan? Wallahualam...


13 May 2012

Giffarine

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Seperti biasa, ada lagi produk yang saya nak promote. Produk ni mungkin ramai yang belum tahu, tapi keberkesanan produk ni memang terbaekk! Produk Giffarine ini bukan semata-mata produk kosmetik tetapi juga merangkumi produk kesihatan, perapian badan dan rambut.


  •  Crytalline Foundation Stick

Foundation Stick atau bedak asas ini memang saya rekomen kerana ia berfungsi untuk menutup liang roma, bekas parut jerawat dan jeragat dengan mudah. Ia juga mudah dipakai dan memberi kesegaran kepada kulit dan tahan lama. Terdapat pelbagai pilihan warna yang sesuai dengan kulit wanita Asia.

RM 30.00

  • Active Young Acne Pressed Powder

Saya pakai pressed powder ni kerana sesuai dengan kulit saya yang berjerawat. Tekstur halus dan lembut ini dicipta bagi kulit yang berjerawat dan telah mengurangkan jerawat saya. Mengandungi Triclosan  dan Allantoin dan mempunyai 2 jenis tona warna.

  • Compact Foundation Oil-Control

Compact powder ini dirumus khas untuk kulit yang berminyak. Dengan bahan penyerap minyak ia mengurangkan masalah kulit berminyak dan menambahkan keserian wajah. Kulit juga akan terasa segar dan tahan lama sepanjang hari.
RM 20.70 (Active Young Acne)
RM 31.30 (Oil-Control)


  • Sis Magic Lip

Lipstick ini memang sesuai digunakan oleh sesiapa yang sukakan warna bibir yang neutral. Apabila memakainya warna bibir akan bertukar menjadi 'mild pink' dan membuatkan bibir kelihatan licin dan sihat tanpa rasa bergris.


RM 11.50

  • Active Young Honey Acne Cleanser

Pencuci muka ni diperkaya dengan madu asli, berkesan untuk melembapkan kulit dan membersih wajah secara mendalam. Triclosan pula dapat menghindarkan bakteria dan lebihan minyak. Sesuai digunakan untuk kulit berminyak dan berjerawat macam saya. Insya Allah.


RM 9.80

  • Aquara Essence Spray

Semburan mineral dengan campuran mineral kompleks dan estrak bunga lili ini membantu menyeimbangkan kulit, mengurangkan kesan dedahan kulit anda pada pencemaran sekeliling dan sinaran UV. Ia memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan supaya terasa segar dan bersih sepanjang hari. Juga boleh digunakan setelah selesai solekan bagi mengekalkan solekan sepanjang hari.


RM 18.90

Ok lah. Setakat ni saja dulu saya promote. Insya Allah, kalau ada kelapangan, saya promote lagi barang-barang lain yang ada dalam produk ni. Memang produk ni terbaekk! Kalau ada yang nak pesan, boleh saja. Just PM me. atau no ni: 017.447.3848...ok?












11 May 2012

MyCard Iblis

Nama Penuh: IBLIS LAKNATULLAH
Tarikh Lahir: SEJAK ENGGAN SUJUD KEPADA NABI ADAM A.S SETELAH DIPERINTAH ALLAH
Status: FASIQ KELAS PERTAMA
Agama: KUFUR
Alamat: HATI ORANG YANG LALAI
Daerah: HATI MANUSIA YANG TIADA USAHA MENGINGATI ALLAH
Arah Haluan: TIADA
Alamat Tetap: NERAKA JAHANAM
Isteri Di Dunia: PARA WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT




Ingatlah, kita sememangnya manusia yang tidak sempurna dan tidak akan sempurna, melainkan iman masih di dada. Adakalanya iman kita naik memuncak, adakalanya iman kita turun mendadak. Walaubagaimana pun, jangan sampai lenyap dari lubuk hati aqidah kita, tersesar jauh dari landasan syariah, berpaling dari kiblat ummah yang sama, membelakangkan Quran dan Sunnah. Syaitan dan Iblis sentiasa membisik kata-kata syurga dunia agar kita terhumban di neraka jahanam bersama-samanya.

Ya, Allah. Kau lindungilah kami dari segala bisikan syaitan serta gangguan jin yang menyesatkan. Peliharalah hati kami supaya kami terus beristiqamah terhadap Mu, Ya Allahu Rabbi. Lindungilah diri kami dari perkara-perkara yang engkau murka supaya kami mendapat keberkatan dari Mu dan Kekasih Mu di dunia dan di akhirat. Amin...





Permulaan Dunia Baru..~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku mungkin jarang update entri aku tentang life aku. Sebab aku tak ada banyak cerita macam orang lain. Sesekali bila aku bersendirian, aku sentiasa terkenangkan peristiwa-peristiwa dalam hidup aku. Jadi aku mulakan kisah perjalanan hidup aku di tingkatan 6.


Aku mendapat tahu bahawa aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Tingkatan 6 semasa aku masih di dalam kem PLKN. Pada mulanya aku tak mahu meneruskan Tingkatan 6 di SMK Dato' Onn Butterworth (DOB), mungkin sebab terlalu banyak peraturan yang kadang-kadang aku rasa tak masuk dek akal untuk dilaksanakan. Tapi, aku fikirkan semula, aku sudah biasa dengan suasana sekolah tu selama 5 tahun, kalau aku tukar sekolah, takut aku pula yang bermasalah nanti. Jadi aku pun daftar dan hanya mintak borang untuk tukar aliran. Aku tukar dengan mengambil aliran kemanusiaan. Keesokan harinya, aku tak dapat menyertai aktiviti orientasi disebabkan aku masih belum tamat menjalani latihan. Terpaksalah aku pulang ke kem semula.

Selepas sebulan di kem, aku telah tamat latihan. Bermula minggu depan, aku mula bergelar sebagai pelajar Program Persediaan Universiti (PPU) atau pelajar Pra-U. Masih ada rakan-rakan DOB yang lain turut berada di dalam kelas aku. Kelas aku Pra U Alpha.Nak dipendekkan cerita, aku ni memang mengambil masa yang lama untuk beramah mesra dengan rakan-rakan baru aku yang lain. Tapi Alhamdulillah. Mereka seperti boleh menerima aku seadanya untuk dijadikan kawan. Aku tidak lagi memilih kawan seperti mana aku di arus perdana dulu. Aku dah belajar erti kekitaan dan persahabatan semasa di kem, dan aku mula sedar bahawa kawanlah tempat kita untuk meluahkan perasaan, berkongsi dan berhibur di kala kita mempunyai masalah di rumah.

Cikgu-cikgu Tingkatan 6 DOB pun memang sporting dan supporting. Cikgu Azlina dan Cikgu Azzahida cikgu Bahasa Melayu kelas aku. Mereka memang mengambil berat tentang kami. Kami dapat rasakan kasih sayang yang diberi umpama seorang ibu yang sentiasa mendidik anak-anak. Cikgu Sharul Nizam, Cikgu Mohd Ali dan Cikgu Azahar adalah guru yang mengajar subjek Sejarah, subjek kegemaranku. Berintelek, berkarisma, bijak menilai. Sentiasa bagi dorongan dan memberi tips serta petunjuk untuk memilih jalan kehidupan. Terutamanya Cikgu Sharul, selalu promote UPNM. Cikgu Johari dan Cikgu Mahani, guru subjek Pengajian Am. Sentiasa membincangkan isu--isu semasa, membuatkan kami sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Mereka juga peka dengan potensi kami. Miss Yip, guru MUET kami. Tegas, sedikit cerewet, tetapi berwibawa, sentiasa mempunyai wawasan untuk mengubah dan seorang yang pencinta alam. Cikgu Shalihah, antara cikgu yang aku paling hormat dan tabik. Hormat kerana ilmu yang ada padanya. Tak lokek dan tak pernah jemu mencurahkan ilmu kepada kami. Sentiasa meminjamkan kami buku-buku ilmiah yang berbahasa Inggeris dengan harapan kami belajar mencari ilmu dengan bahasa asing. Teguran lembut tetapi sinis sering diberikan kepadaku kerana aku selalu 'bermain mata' ketika dalam kelasnya (tidur la).

Rakan-rakan seperjuangan ku, aku rindu dengan telatah, karenah, senyum tawa, semangat dan persahabatan kalian. Aku rindu sangat! Aku cukup rindu semasa kita terlibat dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas. Banyak memori di antara kita. Kenangan di kem perkhemahan, Seminar STPM, lawatan dan yang paling best ialah kita sama-sama terlibat dalam lakonan sketsa. Aku takkan lupa sampai bila-bila persembahan sketsa sempena Hari Guru. Semua watak dan pembantu belakang tadbir memainkan peranan yang cukup hebat. Lucu, spontan, selamba, sporting telah menggamit seluruh dewan DOB. Walaupun kita nakal, banyak guru-guru lain tak suka dengan sikap kita, tapi kita jugak yang dicari untuk menceriakan suasana, kan?

Semenjak aku belajar di tingkatan enam, aku baru sedar bahawa bukan kelulusan, sijil, pangkat, dan taraf kelayakan yang kita  mesti kejar. Tetapi tujuan aku ke sekolah adalah untuk menuntut ilmu dengan penuh keikhlasan. Bukan semata-mata untuk mendapat 4A. Keikhlasan dalam menuntut ilmulah yang menyebabkan aku tidak pernah menyesal blajar di tingkatan 6. Aku tidak pernah menyesal mengambil STPM. Aku tidak menyesal dengan apa juga keputusan peperiksaan aku. Kerana aku redha. Aku redha dengan segala ketentuan yang Allah s.w.t. tetapkan ke atas diriku. Sesungguhnya aku bangga kerana aku bekas pelajar tingkatan enam yang dibimbing oleh guru-guru DOB yan hebat, berilmu dan prihatin. Terima kasih semua, kerana telah mengajar aku nilai persahabatan, ketertinggian ilmu, keperibadian murni. Walaupun aku masih terikat dengan peraturan sekolah dan terkurung dalam uniform setiap hari, namun aku mungkin tidak dapat merasai pengalaman seperti ini di luar selain dari tempat yang bernama SEKOLAH.











10 May 2012

Pengalaman Interview

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Aku nak cerita sikit la pengalaman aku masa interview hari tu. Aku tak tau nak cerita ke tak. Tapi, cerita saja lah.. hehe..

Pada 2 Mei 2012, aku dikehendaki menghadiri temuduga bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) di Universiti Sains Malaysia (USM). Masa aku dapat tahu aku kena pergi interview tu, aku fikir banyak kali jugak la. Bukan sebab apa, just course tu saja. Parents aku lagi la tak setuju. Tapi hari tu, depa hantaq aku jugak. Aku fikir balik, kalau aku tak pergi interview tu, nanti kalau kata aku dapat course lain kat USM tapi aku tak pi interview, aku kena reject. Jadi aku pun pergi la.

Dah sampai di USM, tersesat pulak! yelaa.. nak cari Pusat Pengajian Seni. Tanya orang tu, tanya orang ni, last2 jumpa jugak. Masa aku tengah mendaftar, aku perasan nama-nama yang ada kat situ memang sikit sangat. Masa turn aku daftar, aku adalah orang yang ke-5! haha. memang terbaekk. Lepas daftar, kami ikut staf yang bertugas untuk pergi ke tempat temuduga. Masa tu, kami semua ada dalam 8-9 orang macam tu. Kami pun duduk di kerusi yang disediakan di luar dewan. Aku sempat kenal dengan dua orang budak (actually depa tu kakak la). Depa ni memang dah ada diploma perfileman di Politeknik. So, aku ni rasa macam kerdil saja. Hanya ada STPM. Tapi aku buat cool saja.

Tibalah masa untuk memanggil calon. Nama yang pertama dipanggil. Chinese. (aku tak ingat nama). Tapi tak ada siapa yang menyahut, maksudnya tak ada orang yang duduk kat situ sekali dengan kami. Tak tau pi mana. Then, panggil nama yang kedua. Budak lelaki, Melayu. Kami yang lain memang getaq tak tau nak habaq laa.. haha.. Dalam 15 minit kot, lepas tu dia pun keluar. Muka macam cuak, tapi dok ghenyih-ghenyih. Pastu dia cakap,"Habislah korang.. diorang psiko la korang nanti". Haha.. ayat nak bagi getaq orang lain la tu.. tapi memang ketaq gak la.. hehehe..

Nama seterusnya, budak Chinese, perempuan. Pakaian dia ala2 KPOP boys. macam pengkid sikit, tapi smart. Kemudian lepas chinese ni, budak lelaki Melayu pulak. Yang aku tak boleh belah dengan depa ni, depa dua orang ni masuk dengan muka selamba cuak, keluaq pun macam tu jugak. Masa interview pun senyap saja. Kami tak dengar apa dari luar. Memang misteri.. huhu.. Aku dengan kak-kak tu panggil la depa nak tanya orang kat dalam tu tanya apa, tapi depa selamba buat tak tau kat kami, terus balik. haha.

Tibalah masa nama aku dipanggil. Masuk-masuk dewan tu memang lembik lutut aku. ketaq tak tau nak habaq. Aku disuruh duduk di atas kerusi. Naaahhaaiii, nak bagi tau, punya la jauh kerusi aku dengan meja interviewer. Salah seorang interviewer tu adalah pelakon drama yang popular (especially drama-drama Utagha), Dr. Samat Salleh. Kemudian aku disuruh untuk perkenalkan diri. Aku pun perkenalkan diri aku (dalam suara yang terketar-ketar). Kemudian soalan-soalan tu pulak, aku memang tak expect depa nak tanya.

Interviewer 1 : Pernah baca drama?
Aku              : Pernah..
Interviewer 1 : Drama apa?
Aku              : Errrr... Jangan Bunuh Rama...
(semua interviewer "oooo..." sambil angguk kepala dan excited nak dengaq)
Interviewer 1 : Cuba cerita, mesej drama tu, siapa penulis dia.
Aku               : (alamak! bodoh betul aku sebut drama tu, mana aku ingat sangat!) Errr.. cerita dia pasai pengembaraan Nur Atma I dan Nur Atma II... blablablablabla...
Dr. Samat Salleh: Ok, apa komen kamu tentang drama kita sekarang.
Aku              : Drama sekarang ok, menarik, tapi................blablablablabla (aku merapu sekali lagi)
Dr. Samat Salleh: Siapa pelakon kegemaran kamu?
Aku               : Saya minat veteran.. macam Jalaluddin Hassan, Ahmad Tarmimi, Namron...

Nak ikutkan, banyak lagi depa tanya aku. Tapi aku terlupa sebab sepanjang interview tu, apa yang aku jawab, depa akan gelak. Aku pun tak paham. Sesekali aku rasa macam ujibakat Raja Lawak pun ada. Haha.

They also asked me to dance, sing and act! Aku menari ikut suka aku saja lah. Tarian joget dondang sayang. Entah apa-apa aku buat. Tapi aku tak menyanyi la.. Gila nak nyanyi? Huhu. Tapi part yang tak boleh belah, depa suruh aku berlakon sebagai seorang sarjan atau komander yang tengah marah platun-platun yang malas. Haha. Memang aku koman kaw-kaw la. Aku keluarkan semua suara aku suruh depa masuk baris. And actually, depa memang sporting.. They followed my order! walaupun apa yang aku bagi arahan, satu apa pun depa buat tak betul.. haha.. sambil dok bergelak-gelak dan aku tak sangka aku boleh marah Dr. Samat Salleh tu. Garang kot muka dia sekali tengok. Haha.

Interview aku berlangsung ada la dalam 20-25 minit. Suasana memang ceria, oghang utagha cakap, semua pakat dok ghongkah gelak.. haha.. Habis interview aku, aku nak keluar semua staf yang ada dalam tu semua dok sengih-sengih kat aku. Aku senyum balik dan tunduk hormat kat depa. Aku keluar dari dewan tu, kak-kak yang belum interview aku tadi, dok tanya aku "Hangpa kena menari ka?" "Kena kawad ka?" Aku tanya,"Hangpa dengaq ka?". "Yela, kami dengaq la lagu, suara orang menjerit.. awat depa 3 orang tu tak dengaq apa2 pun?". huhu.. Tak tau aku nak kata, memang misteri.. Huhu.. Lepas sembang-sembang sat, aku blah sebab ada kerja.

Memang ini pertama kali aku interview untuk further studies. Memang seronok, tapi risau jugak kalau aku dapat. Parents aku tak restu. Then kalau aku grad, apa peluang pekerjaan aku? Pelakon? Pengarah? Parents aku takkan redha la.. Walau apa pun, aku dah serah segala apa yang terbaik untuk diri aku kepada ALLAH S.W.T. Aku redha dengan segala ketentuanNya. Aku yakin, Allah dah tetapkan yang terbaik buat diri aku. Jadi, aku mohon kepada sesiapa yang membaca entri ni, doakan kejayaan aku, ye? Amin....

Wallahualam...