10 Jun 2012

Demam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berita tergempar!

Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 2/3 penduduk di sini sedang menghidap penyakit misteri. Pakar-pakar kesihatan di Malaysia kini sedang sibuk mendiagnosis simptom-simptom yang dihidapi pesakit bagi mengesan punca dan cara mengubati serta pencegahan dari penyakit misteri ini. Antara simptom yang dihidapi pesakit ialah insomnia, diarrhea, kerap membuang air, selera makan bertambah, faitgue di waktu siang, serta batuk yang berterusan.

Setelah menjalankan beberapa kajian klinikal, akhirnya para saintis menemui jawapan bagi penyakit misteri ini. Pesakit mengalami insomnia kerana sering berjaga di waktu malam. Selain itu pesakit juga tidak menjaga amalan pemakanan sehingga menyebabkan cirit-birit (diarrhea) dan kerap membuang air. Pesakit juga sering mengalami batuk yang berterusan akibat daripada getaran di kotak suara yang terlalu kuat yang dihasilkan dengan cara menjerit sekuat hati. Penyakit misteri ini dikenali sebagai 'Demam Bola'. Simptom-simptom ini mula tersebar di kalangan penduduk Malaysia terutamanya kepada lelaki sejak Liga UEFA EURO 2012 muncul baru-baru ini.

Haha. Failed lah aku kalau aku buat artikel surat khabar kalau macam ni. Memang tak ada bakat langsung! Hoho.

Tak ada kaitan pun semua ni dengan entri aku kali ni. Saja aku kasi warm up sikit. Jadi kepada sesiapa yang baca opening entry ni yang dah mula mengangkat laptop untuk dibaling, dipijak dan bagi balik broadband member sebab sakit hati dengan entri ni diharap anda jangan bertindak sedemikian. Hoho. Rileks, bhai.

Kali ni bila dah tiba musim Bola EURO, biasalah. Ramai yang tergedik-gedik nak pi kedai mamak, berebut TV dengan Mak yang nak tengok Hindustan, order piza 3 kotak large, dan sama waktu dengannya semata-mata nak tengok dan sokong team kegemaran masing-masing. Macam nak tengok World Cup pulak.

Tapi diakuilah, (omputih la cakap), Liga EURO ni adalah perlawanan bolasepak kedua terbaik selepas World Cup. Jadi memang tak salah la kalau nak cakap yang kadang-kadang orang yang jarang minat bola ni tak boleh bezakan yang mana EURO, yang mana World Cup. Hoho.

Liga UEFA EURO adalah liga perlawanan bolasepak di antara negara-negara Eropah di bawah UEFA (Union of Europe Football Assiociation). Sebenarnya aku jarang nak bangun tengah malam nak tengok bola. Bukan sebab aku ni perempuan sebab tu aku tak minat bola. Tapi aku ni jenis suka tengok penghujung-penghujung. Bila Final saja baru aku tengok. Hahaha. Senang kerja aku. Tak payah nak bangun tiap-tiap malam semata-mata nak tengok bola.

Bila sebut tentang negara-negara Eropah, aku sebenarnya excited nak tahu tentang negara-negara Eropah. Yelah, nak tahu sejarah, budaya dan sebagainya. Tapi tak bermakna aku adore dan obsess dengan Eropah. No No No No No No... Bukan...

Dalam banyak-banyak benda aku suka pasal Eropah adalah music folk atau country dari negara Eropah. Selain itu, aku pun suka dan berminat nak belajar (jika ada peluang) untuk mempelajari bahasa mereka. Tapi sebelum tu, aku pun nak jugak belajar bahasa Al-Quran kita, kan? Yang tu wajib bagi aku untuk belajar. Tapi tak salah, kan kalau aku nak belajar sikit-sikit bahasa Eropah. Tak fasih sangat pun aku tak kisah asalkan aku tahu sikit-sikit maksudnya.

Maka terbitlah 1 idea untuk aku buat 1 Labels di mana contentnya adalah video-video atau lagu-lagu yang aku minat. So, tak payah lah nanti aku nak susah-susah nak search kat YouTube bila aku nak dengar atau tengok video favorite aku. Ada jugaklah lagu-lagu folks from Europe macam Russia, Italy, Germany, Finland, Spain dan sama waktu dengannya. Hehe.

Citarasa aku ni pelik. Mungkin label ni tak ramai stalkers yang nak hadap nak baca sebab bukan taste depa. Tapi, ada aku kisah? Ini blog Suka Hati Larh...! so, suka hati aku larh! Haha. (sorry, termelodramatik sikit) Huhuhu.

Walaupun terdapat beberapa negara Eropah kini mengalami kemelut dan krisis seperti Greece, sejarah hitam yang dicipta di Russia (penguasaan Soviet), Nazi di Jerman, dan sebagainya aku anggap perkara ini bukanlah halangan kepada kita untuk meneroka dan menjelajah ke seluruh dunia Eropah. Kejadian buruk yang terjadi bukanlah alasan kita untuk tidak terus menjelajah, meneroka dan belajar, kan?

"Jika aku kuat dan pintar seperti Ibn Battuta dan aku hidup di zaman beliau, alangkah bagus kalau aku turut berpeluang menjelajah sepertinya". Inilah kata hati aku setiap kali aku melihat peta dunia. (Aku selalu tenung peta dunia sebab itu adalah antara hobi aku).


Yang ini sajalah kot aku nak berleter. Sat gi aku berletiaq lagi panjang, satu kerja apa pun aku tak buat. Hehe. Ok lah, kepada yang berminat nak ushar Labels akan datang ni, dipersilakan dengan tangan yang terbuka luas umpama nak peluk Gunung Jerai. Kepada yang tak nak, silakan baca leteran aku yang akan aku tulis di masa akan datang, Insya Allah.

2 comments:

  1. haahhahh dan dipercayai juga... penyakit itu menular di kalangan lelaki berbanding perempuan... :p

    ReplyDelete