25 Jun 2012

Kita dan Maya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sekarang ni memang mudah sangat nak berhubung dengan orang yang jauh dari kita. Selain itu, nak dapatkan kenalan baru, menyiap dan menghantar hasil kerja dan menjemput rakan-rakan ke majlis bersejarah kita pun senang.  Erti kata lain, banyak sangat metod yang kita boleh ambil untuk berhubung dengan orang lain.

"Aku ada Friendster."

"Aku ada YM."

"Ana biasa guna Twitter."

"Apa-apa hal, ko mesej aku kat Facebook."

"Erm... dia biasa guna handphone cikai je, tak ada emel."

"Hang kan ada Tagged."

"Nanti I follow blog you, ok?"


Woww! Banyak gila cara kita nak contact dengan orang sekarang ni. Benarlah kata pepatah Melayu Moden. 'Dunia di hujung jari', bhai...!

Tetapi ada beberapa perkara yang kita perlu titikberatkan (ambik port) dalam cara kita menggunakan metod komunikasi, terutamanya melalui gelombang internet.

1. Pendedahan maklumat diri

Biasanya, apabila kita mula membuat atau menyertai sesebuah laman sosial, perkara pertama yang diperlukan adalah maklumat diri. Bagi aku, kita tak perlulah menyertakan details yang terlalu detailed seolah-olah kita nak satu dunia kenal kita, tahu kita ni wujud, tahu yang kita ni baik, tahu yang kita ni ada Facebook!(ok, agak keterlaluan)

"Takkan semua benda tak boleh tulis. Habis tu, macam mana member-member lama nak kenal kita?"

Tak salah nak dedahkan maklumat diri kita. Maksud aku sebahagian saja. Setakat nama dan gender pun dah ok. Tak payah lah sampai kubur arwah tokwan pun nak bagi tahu kat mana. Tak pasal-pasal orang lain buat ritual kat situ pulak. (Maaf, contoh yang melampau. Tapi ada!)

2. Gambar

Ok, aku tahu hangpa memang cantik, memang handsome, body semua cun-cun. Tapi tak bermakna semua tu hangpa kena tonjolkan kat dalam laman sosial masing-masing. Kalau boleh, DP pun jangan letak gambar sebenar kita.

"Lagi lah orang tak dapat cam kita.Hhhmmmmm...."

Bukan tak boleh, tapi ni prinsip aku lah. Aku tak suka letak gambar sebenar aku sebab orang lain senang saja nak download gambar kita, pastu simpan kat depa senyap-senyap. Aku cukup pantang orang buat macam tu. Bagi aku, perbuatan macam tu seolah-olah mencabuli hak asasi manusia. Aku letak juga gambar aku, tapi aku private kan. Hanya beberapa orang kenalan aku saja yang aku tak private.

Lagi pun aku takut jugak KALAU ada orang nak buat tahana dengan benda-benda syirik.

Tok Bomoh: Hah, mano dio gamba orang yang ekau nak santaukan, tu?
Musyrik      : Jap ye, tok. Saya nak bukak Facebook. Tok ada FB, kan? Haaa.. Tok add la dia, confirm dia approve. Nanti senang lah kerja tok.
Tok Bomoh: Err... Tok tak do FB-FB semua ni haa.. Tok ado Skype yoo..
Musyrik      : ...............?

Kalau anda rasa anda nak letak jugak, letak lah. Aku bukan nak ambik port pun. Cuma tolong jangan upload gambar-gambar yang mendedahkan aurat, kegedikan dan keeditan gambar yang melampau seolah-olah anda tidak bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t.. Kalau dah sampai gambar baru bangun tidur dan kat dalam jamban pun nak upload memang sah! Anda photogedik (bukan photogenic).

Dah banyak kes aku jumpa orang yang lahanat ni suka ambil gambar-gambar perempuan teutamanya. Kemudian buat fake account atau jual kat dalam blog-blog dengan menyebarkan fitnah serta melucahkan gambar (macam superimpose). Walaupun kita sekarang pandai nak detect yang mana fake atau ori, tapi bayangkan kalau kita yang terlibat (nauzubillah min zalik) memang malu tahap tembok German.

Jadi, aku tak mahu si pelaku tahana tu tambah dosa, aku ambik inisiatif untuk memprivatekan gambar. Ingat, penjenayah takkan buat jenayah selagi kita tak bagi peluang kepada mereka untuk buat jenayah.

3. Chatting

Apabila kita memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali, biasalah. Memperkenalkan diri  masing-masing lah yang selalu kita buat. Tapi ooopppss! Jangan lupa! Jangan bagi detail tentang diri kita terlalu banyak seperti tinggal kat mana, kerja kat mana, emel dan nombor telefon serta yang sama waktu dengannya. Tipu sikit-sikit tu boleh lah. Sekadar nak hilangkan rasa boring kita saja ke.  Atau ingin mencari acquaintances. Banyak kes penipuan berlaku disebabkan pengguna tak pandai menyimpan rahsia yang paling peribadi dan mendedahkan segala maklumat yang ada. Lastly, masuk surat khabar, televisyen dan radio umum kat semua kata yang kita dah kena tipu.

Jangan juga mudah terpedaya dengan segala janji manis orang yang baru dikenali dalam internet. Waima gambar muka dia punyalah suci, mulus dan bersih, jangan disangka tak ada bulu di hati legamnya. Kita mana tahu kan. Nama pun kenalan maya. Belum tentu juga gambar yang dia letak adalah gambar sebenar dia.

Aku bukan suruh jadi paranoid, tapi hati-hati. Kalau boleh orang yang kita tak kenal langsung, tak ada mutual friend dan bukan schoolmate/colleague jangan approve. Risau juga jika beliau adalah seorang hackers, perogol bersiri atau pembunuh upahan. (uiks... macam cerita komik)



4. Post

Berkenaan post, status, Tweet dan seumpamanya biarlah perkara yang baik. Perkara yang baik ni banyak kalau nak post. Jangan sebarkan fitnah, menyentuh perkara-perkara yang mencabul sensitiviti perkauman dan agama serta lain-lain.

Nak post menu makan tengah hari hangpa ka, ikut suka lah. (tapi kesian kat orang yang tengah puasa sunat. Hehe.) Post perkara-perkara yang mengingatkan orang lain untuk melakukan kebaikan, menyampaikan fakta yang sahih, atau terjemahan Al-Quran dan Hadith sahih. Bukankah molek gitu.

Jangan update status yang akan menyebabkan orang memandang serong terhadap anda.

"Kurang hasam ko pompuan! Ko tu dah la $%*&*^, pastu ada hati nak rampas boypren orang! Dasar *@!*(&%$!!!... Blablablabla....."

Status berkenaan akan menyebabkan orang yang membacanya menganggap penulis status adalah seorang yang kaki maki, tiada budi bahasa serta.... Err... capoi? Gedik..? Mungkin...

"Titew menchix nan owg yg clalue tipoo titew. dye ckp yunk dye nk stia cmpy ble2. tapi cdeyh cngt yg die upe2nyew dh adew owg len... :-'("

Well.... yang second tu kalau aku ternampak kat news feed aku, memang aku log off automatically, lipat laptop dan keluar rumah, pergi duduk di tepi sungai sambil kaki sebelah kiri aku masuk dalam air sungai dengan harapan biawak-biawak kat situ nampak kemenyampahan aku sehingga membuatkan hati biawak-biawak tu tersentuh lalu tak jadi nak gigit kaki aku. (Fuuhhh.. melampau!)

gambar hiasan saja.. Troll!!!

5. Online Business.

Banyak juga perniagaan yang dijalankan dalam internet. Apa sahaja jenis perniagaan seperti pakaian, kasut, spare part motor, suppliment, kosmetik, ubat-ubatan dan sebagainya. Laman sosial di internet amat membantu mereka yang tidak bekerja mendapat pendapatan dari perniagaan yang hanya dijalankan di rumah sahaja.

Sebagai pengguna atau pelanggan, pertama sekali kita harus siasat latar belakang individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut untuk memastikan barang yang dijual adalah wujud, berkualiti serta diiktiraf perniagaannya. Jangan mudah tertipu dengan harga dan jenama barang yang dijual.


Kedua, elakkan dari membeli atau menempah barang yang harganya di luar kemampuan kita. Kalau perniagaannya sah, agak berbaloilah kalau kita sentiasa mengikat perut untuk mengumpul duit sebab susah bagi kita untuk mendapatkannya. Jika perniagaannya adalah tidak sah dan peniaga adalah maha pembohong, sia-sia sahaja duit yang kita simpan untuk beli barang tu, kan? 


Ketiga, dalam urusan jual beli, kita perlu titikberatkan rukun jual beli mengikut anjuran Islam;
a) Kena ada penjual dan pembeli (mengikut syarat)
b) Kena ada barang yang dijual (mengikut syarat)
c) Perlu ada harga barang tersebut (mengikut syarat)
d) Lafaz ijab dan qabul oleh penjual dan pembeli (mengikut syarat)


Tak susah pun kalau kita ikut cara Islam sebab Islam adalah cara hidup kita. Hehe.



6. Log Out!


Ramai juga yang kurang ambil port tentang melog out akaun masing-masing. Kadang-kadang kita terlupa, dan kadang-kadang memang sengaja kita tak nak log out sebab malas nak masukkan password bila nak online balik.


Tapi harus diingat bahawa BAHAYA akan menerjah anda apabila akaun tak di log out! Pertama, senang bagi roomate kita nak hack akaun dengan mengepost benda-benda yang tak sepatutnya atau bukan menunjukkan diri kita yang sebenar. Jangan percaya sangat dengan kawan-kawan yang macam ni. Walaupun sekadar gurauan tapi kalau dah sentuh isu sensitif boleh menyebabkan follower atau friend yang kurang rapat dengan kita dah salah anggap. Tak pasal-pasal, kita yang kena remove. 


Kedua, bukan roomate, bukan classmate, bukan family tapi orang asing yang pakar hack-mengehack ni. Macam mana nak hack? Wallahua'lam. Aku pun tak tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan online menggunakan komputer yang digunakan oleh orang awam yakni contoh macam kat Cyber Cafe, makmal komputer sekolah dan seumpamanya. Tahu dah, hangpa jenis malas nak log out, baik jangan online guna komputer yang orang  lain pun guna jugak. Kalau dapat kat orang yang pemurah yang tolong hangpa log outkan, tak apa lah. Kalau yang jenis bukan pemurah, maunye dia tukar password asal, lagi sengal. 

Rasanya sampai sini sajalah aku nak berleter. Semua ni pendapat aku semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Boleh lah dijadikan sedikit-sebanyak panduan kepada semua orang. Insya Allah.

P/S: Sayangilah akaun laman sosial masing-masing. Sayangi diri anda lebih lagi!

4 comments:

  1. yeah, macam-macam kita leh buat ngan maya... tetiba teringat kat kakak angkat saya... nama dia maya... ahakz...

    ReplyDelete
  2. blog dan fesbuk sy xde gmbr... belum bersedia nak kongsi dgn semua... hehe... biasalah, bila dah dunia hujung jari, macam2 boleh jadik...

    ReplyDelete
  3. Gaya saya, profile picture letak je. Tapi semua gamba tu privatekan la. Tapi yang kena tag tu agak tak larat la nak buang. Laki ramai dah buat camni.
    Anyhow, kemudaratan tu hanya datang dari keizinan Allah. So, banyakkanlah mendinding diri dengan amalan-amalan yang hebat lagi gempak. Mintak dengan Allah supaya kita tak terjebak ngan fitnah bomoh ni.

    ReplyDelete