25 Dec 2011

Musim PLKN Datang Lagi!!!!


Assalamualaikum… sorry dah lama tak update blog… almaklumlah, sibuk dengan STPM sampai terlupa nak update blog dan terlupa password..!! Fortunately, dapat gak enter setelah beberapa kali trial… Kepada yang pernah membaca blog ni, I’m very2 appreciate lah sebab bagi aku blog aku ni macam boring sikit… hehehe… Well, today aku nak story2 sikit pasal PLKN… Aku dah lama nak tulis pasal PLKN, tapi aku pikir, lebih  elok kalau aku tulis waktu sekarang ni, sebab dah nak dekat dengan tarikh lapor diri bakal-bakal pelatih baru!!! Kepada bakal pelatih baru, tahniah aku ucapkan kerana anda adalah orang yang layak menyertai dan menerima banyak manfaat untuk masa hadapan. Bersyukurlah sebab ramai lagi yang nak join PLKN, tapi tak terpilih. Namun begitu, anda berkelayakan… (wah, skema ayat.. hehehe) Ahhaaa..!! for your information, aku pun sebenarnya bekas pelatih PLKN!! Hehe…

9 sebab utama budak-budak tak nak pergi PLKN


1. Buang masa (sebab nak bekerja, buat lesen, etc...)
2. Jauh dari family, bopren, gepren...
3. Tak tahan lasak
4.Tak cukup makan
5.Kulit yang putih mulus nanti jadi hangit
6.Tak ada kawan
7.Tak boleh ONLINE!!!
8. Rasa tak bebas
9.Takut cacat

Masa aku mula-mula dapat PLKN pun aku rasa macam ni jugak. Tapi aku anggap aku perlu latihkan diri aku untuk hidup susah supaya aku senang di kemudian hari. Jangan manjakan sangat diri tu, kalau tak kita tak boleh nak hadapi dunia baru, I mean kat IPT, Work place and so on.... Tapi jangan risau lah, after PLKN you can feel differences in yourselves even a pieces... Apa yang budak-budak takutkan hangpa tak akan jadi kenyataan. hehe..


Alkisah…
Aku merupakan bekas pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 7 2010(K2S72010) di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang. Masa mula-mula aku dapat tahu yang aku terpilih untuk menyertai PLKN, macam-macam perasaan aku. Rasa macam tak mau pergi, nak pergi, sedih, boring, nak enjoy, happy dan sebagainya. Tapi aku pergi gak lah sebab aku tak ada alasan untuk lari dari PLKN. Aku lapor diri di Dewan Millenium, Kepala Batas then aku bertolak ke Balik Pulau.Kami dibahagi kumpulan atau skuadron yang terdiri daripada Hornet, Fulchrum, Sukhoi dan Blackhawk dan aku terpilih untuk masuk ke dalam skuadron Sukhoi. Budak perempuan dipanggil ‘Wirawati’ dan yang lelaki dipanggil ‘Wira’. Jurulatih-jurulatih pula digelar sebagai ‘Cikgu’. Kami dapat baju-baju free tu pada waktu petang selepas pendaftaran. Yang best kami kena bawa baju tidur, dan keperluan-keperluan lain untuk ke kem, yang lain semua pihak kem bagi. Dah la aku tak ada kawan perempuan yang sama sekolah dengan aku, nasib baik aku kenal dengan seorang minah ni, aku panggil Ida. Adalah jugak aku nak buat kawan sebelum aku kenal dengan semua ahli skuadron aku.. huhu..

Banyak pengalaman yang aku tak dapat lupakan sepanjang aku di kem...

Pitam dan Pengsan??!!
Sepanjang hampir 10 tahun aku berkecimpung dalam bidang kawad kaki memang aku tak pernah pengsan. Masa mula latihan dalam pukul 2 lebih, aku memang tak rasa apa pun. Tapi tiba-tiba, aku pitam dan semua pandangan aku jadi gelap. Sedar-sedar, cikgu-cikgu semua kalut angkat aku. Muka aku biru sama colour ngan baju loreng aku (dah macam avatar). Then, aku pun dihantar ke Hospital Balik Pulau. Doctor said that my body was less potassium! Baru aku teringat yang masa tu aku.... errr... paham-paham je la tiap-tiap bulan kan? hehehe... She gave me medicine (potassium) and aku rest dalam Medik selama 1 malam. Cikgu aku cakap masa aku tumbang aku dalam keadaan senang diri lagi! haha, memang setia pada ibu pertiwi! Steady arr!! Pesanan aku ialah nutrient dalam badan kita amat penting untuk kita melakukan aktiviti-aktiviti berat. Nak tahu mana nak dapatkan potassium? Makanlah banyak-banyak pisang dan bayam (my feveret!!!)

Makanan & Minuman
Hangpa jangan risau sebab makan dalam sehari 5-6 kali.. Lauk-lauk memang sedap, rasa macam makanan hostel sekolah aku. Cuma dalam banyak-banyak lauk tu, aku tak suka lauk ikan temenung masak macang (something like that). Kalau turn makan lauk tu, aku makan nasi ngan sayur saja.Kalau lapaq lagi, mini market ada dalam kem..! Semua makanan ringan ada. Kami dulu tiap-tiap malam buat kenduri megi... Dengan cikgu-cikgu pun sekali pernah makan megi skali ngan kami.. haha... Buah pun ada jugak. For vegeterian memang disediakan. Sebut pasal Vege, aku teringat sorang mamat nih. Dia selalu ambil makanan vege. Biasanya yang ambik makanan vege ni non-malay, aku pun agak confius dengan mamat ni, so aku tanya lah member aku apasal dia dok ambik makanan vege sedangkan dia Melayu. Member aku cakap family dia memang tak makan sangat makanan Melayu sebab most of them lebih kepada Western food. OoOooOoO.. baru aku paham.. hehe..

A friend in need, Is a friend indeed!!
Ok, memang aku ni jenis lambat nak beramah mesra dengan orang lain. Member yang aku kenal pun si Ida tu saja. Tapi dalam masa tak sampai 1 minggu, aku dah kenal kawan-kawan aku termasuk Indian and Chinese. Masa mula-mula kenal, semua orang macam pemalu. Ada jugak yang tak fasih cakap Melayu, tapi ada aku kesah? semua tu sekejap saja. Lama-lama, masing-masing dah tunjuk taring la..!! haha.. Macam-macam pe'el yang aku tengok. ada yang baik, ada yang buruk tapi bagi aku masing-masing ada kelebihan. Yang baik kita ikut, yang buruk kita jauhkan tapi jangan lah sampai bermusuh. Semua orang kita kena kawan walaupun dia banyak perangai buruk. Sebagai seorang kawan, sama-samalah bimbing dan bantu kawan kita untuk berubah. Inilah cara aku belajar berkawan dengan semua orang di kem tak kira lelaki, perempuan, agama, bangsa, dan sikap masing-masing.

Giler Duriann!!!
Kem aku memang strategik, dekat ngan dusun durian keliling kami. Haha.. apa lagi? Kebetulan masa  Kumpulan 2 macam kami ni memang musim durian berputik la... Time dah hampir ke penghujung latihan, banyak buah durian gugur di belakang dorm Wira. Geng Skuadron aku ni nakal sikit. Sebelum Maghrib, depa mesti panjat bukit belakang dorm depa kutip durian laa... Aku tak pasti macam mana depa qongkah durian, tapi ada member aku ni pandai bodek depa.. so, Wira pun bagi la sikit durian kat kami.. hehehe.. tapi Akhirnya kantoi suda dengan Cikgu and didenda.. Seminggu lepas tu, pihak kem buat Pesta buah-buahan! Memang aku makan durian tak ingat dunia la.. makan durian dengan pulut dan santan memang sengkak perut la.. hehehe..

Some views around my camp...





Hatta…
Memang penat jalani hidup di kem.. jadual sentiasa padat dengan aktiviti.. tapi kami tak rasa boring dengan aktiviti-aktiviti kem.. bukan setakat tak boring, tapi banyak mengajar kami untuk hadapi hidup pada masa hadapan.. tengoklah jadual kami kat bawah;

Weekdays:
0500-Bangun, mandi, solat Subuh
0630-Phisical Training (senam pagi)
0730-Sarapan pagi (breakfast)
0830-Kelas (CB, Kebudayaan, Kewaganegaraan)
1030-Makan Pagi (Brunch)
1100-Kelas (sambungan…)
1230-Makan Tengah hari
1300-aktiviti kendiri, Solat Zohor
1400-aktiviti fizikal
1630-rehat, minum petang, Solat Asar
1700- physical Traning (PT petang)
1830- Makan Malam
1900-aktiviti kendiri, Solat Maghrib, Solat Isyak, ceramah
2200- Roll Call, Supper
2300-Tidur

Kalau weekends depends on pihak kem nak buat apa.. biasanya pagi ada ceramah atau motivasi, gotong-royong, dan sebagainya.. bagi non-muslim, ada masa diorang akan ke church dan temples.. hari Ahad hari melawat.. so parents boleh melawat anak-anak di kem pada hari Ahad.

Syahadan…
Sepanjang aku di kem, aku memegang jawatan ketua Flait Alpha bagi skuadron Sukhoi.. Ketua Flait ni tugasnya membantu Ketua dan Penolong Skuadron dalam segala hal dari dorm hingga hal ehwal pelatih.. Banyak cabaran dan dugaan aku sebagai ketua yang memegang amanah yang besar dalam menyelesaikan masalah dan mengawal tingkah laku anak-anak buah aku... Tapi aku terima dengan redha dan komited dalam menjalankan tugas yang diberi...

Banyak aktiviti yang aku tak pernah buat sebelum ni, aku buat sepanjang aku di kem.. pengalaman ni aku ambik untuk kegunaan masa depan aku suatu hari nanti...

Kembara halangan. sampai sekarang aku masih tak lepas 'monkey rack' dan 'tarzan swing'.. hehe..

Aktiviti Navigasi. yang ni memang kena banyak guna math dan Geografi. nanti dalam hutan kalau sesat kena pandai buat bearing, ok?

Latihan menembak. part ni aku paling suka sebab tak pernah pegang M16 kot..!!

Pertandingan kawad kaki. Aku mesti join la kalau pasal kawad-kawad ni. memang aku suka berkawad.

Belajar mengenai Kraf hutan. cara untuk survive bila kita dalam hutan.

Khidmat komuniti. Aku tak ada dalam gambar ni sebab aku pergi ke rumah orang-orang tua. Melawat dan tolong kemas rumah.. hehehe


Hari kami dianugerahkan pangkat. Semart tak? hehe..

Malam penghayatan patriotisme.. haha.. yang ni skuadron aku dapat no.2 dalam persembahan malam ni.. tapi memang terbaeekk!! aku puji semua kawan2 aku dalam skuadron SUKHOI..

(Tepuk2 Sayang!!) Antara babak2 dalam kelas CB.. haha.. apek ni kami panggil dia Hopper.. tak tahu lah sebab apa, tapi dia memang happy go lucky punya orang.. aku tak pernah jumpa apek yg sporting cam dia ni.. hehehe..

Walaupun kami berbeza skuadron, tapi kami masih satu hati!! yeeaahh!!

PLKN pun ajar Juggling, taw?? haha.. aku sampai tahap 7 atau 8 kot.. hehe..

antara mamat2 yang 'hot' di pasaran.. (ooppss.. dalam kem sja..)


Cikgu2 yg sporting... siapa cakap jurulatih PLKN garang2.. haha.. nista semua itu!


suasana dalam kelas CB (character building)..Still belajar buat kolaj... huhu.. kolaj impian kami..
Majlis penghayatan sastera.. aku lupa dah tajuk apa entah.. hehe

Acara Tamat Latihan K2S72010..sedih saja bunyi.. tapi memang sedih pun!!!

Malam terakhir. Kami terpaksa menyerahkan pangkat. yang ni lagi feel!!! minah depan Komanden tu la ketua skuadron Sukhoi, Umie.. hehe..

inilah panji kami. Panji Sukhoi!!

Panji-panji Skuadron K2S72010

fuhhh!!! semart!!! barisan wira dan wirawati Sukhoi K2S72010



Another view at PLKN White Resort. amacam??



Rasa macam dok kat resort, kan? tapi ni kem laa...
Sebenarnya, banyak lagi aku nak letak gambar, tapi setakat ini saja yang aku mampu, almaklumlah, sepanjang ada kat dalam kem ni tak boleh bawak kamera. Tak banyak sangat lah gambar yang ada, kan. 

Di sini lah aku mengenal erti persahabatan, komited, disiplin, kerjasama, perpaduan dan sebagainya. Aku mula dapat mengawal diri aku dalam melakukan segala benda. Aku mula sedar bahawa aku sememangnya individu yang MERDEKA, tetapi tak bermakna aku BEBAS melakukan segala perbuatan sesuka hati aku. Aku bersyukur sebab aku layak menyertai latihan di sini. Macam-macam ragam dan pe'el kawan-kawan aku dari bangsa Melayu, Cina, India, Siam, Sikh. Dari Perak,Pulau Pinang, dan Kedah kami datang. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua cikgu-cikgu yang banyak membantu kami menjadi insan yang proaktif dan berakhlak. Di sini lah bermulanya kisah keyakinan diri aku semakin meningkat. Biasanya aku ni merendah diri dan pemalu yang teramat sangat! Tapi di kem ini, aku mampu berdikari!

Mula- mula, aku memang rasa berat hati nak join PLKN. Nak tinggalkan family aku. Tapi setelah 2 bulan setengah aku di kem, rasa berat hati pulak nak balik rumah! hahaha.. Semua kawan-kawan aku menangis dan yang paling wajib adalah tukar-tukar nombor phone. Kalau yang ada Facebook tu advance la sikit, kan. hehehe...

haha.. muka hitam abeh!! ni hari kami nak balik bertolak ke rumah... (dari kiri: Ida, Fatin, Aku!!)



Kebaikan kepada Pelatih PLKN

  1.  Dapat banyak Ilmu yang orang lain takkan dapat dengan mudah
  2.  Sijil PLKN memang amat penting dan berguna apabila anda di IPT nanti, just wait and see....
  3.  Dapat ramai kawan baru (Bopren and gepren baru pun ramai.. hehehe)
  4.  Dapat belajar budaya orang lain, memahami orang lain dan berkomunikasi dengan orang lain
  5.  Of course la dapat elaun RM450!! ok la kan?
  6.  Mengukuhkan jati diri dan semangat patriotik belia Malaysia
  7.  Banyak pengetahuan dan ilmu yang berguna kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke Tingkatan 6, IPT dan sebagainya.
  8. Dapat peluang untuk melakukan Khidmat Komuniti seperti gotong-royong, derma darah dan sebagainya.
  9. Belajar mengawal perbelanjaan dan kewangan keluarga
  10. Belajar mengawal perasaan GERAMJI
  11. Mengenal dan menilai potensi diri sendiri (dalam kelas CB)
  12. Dapat belajar TTS (tempur tanpa senjata)

Banyak lagi la yang pelatih boleh dapat. Ni aku bagi secara roughly. Bila hangpa dah pi sendiri hangpa akan nampak lagi banyak kebaikan. Alhamdulillah, setakat ni, aku tak cacat, tak kebulur, putih kembali, ada ramai kawan, dan semakin tahan lasak.. so, all fake reasons yang hangpa tak mau pi sangat tu hanyalah khayalan dan fiktif belaka! Trust me!!!!

Aku harap entri kali ni dapat menyuntik semangat bakal-bakal pelatih kem PLKN dari masa ke masa akan datang. Jangan dengar sangat khabar-khabar angin dari orang yang tak pernah join PLKN. Depa tu jealous sebab tak boleh join. Kalau nak tahu pasal PLKN ni, tanyalah dengan orang yang lebih pengalaman dalam PLKN, ok.? Aku pun mendoakan supaya adik aku, Muhammad Fakhrul Khalid senang menghadapi latihan di Kem Rimba Takwa di Sik, Kedah.. Amin..

Wallahualam..

9 Jul 2011

TuDuNg?? (part II)

ASSALAMUALAIKUM… ((d-_-b))

Ada pulak part II?? Hehehe… sebenaqnya sebelum tulis entry ni, aku asyik pikiaq 2-3 kali sebab takut2 kalau aku menyinggung perasaan orang lain… Yela, sebab kali ni aku nak fokuskan kepada fesyen tudung sekarang… Jadi kepada kengkawan yang baca benda ni, jangan ambik hati ye? =)

Memang la ni terlalu banyak fesyen tudung… dari satu segi memang baguih sebab wanita2 muslim ada banyak pilihan untuk membeli dan memperfesyenkan tudung… Contohnya Syria, Crumple, fesyen Yuna, Hanatajima dan banyak lagi la (aku pun bukan tau sangat… hehe). Terlalu banyak choice sampai kalau pi kat kedai jual tudung, rasa macam nak beli semua… Jarang la sekarang ni orang nak beli tudung bawal, mata lalat and so on… (kecuali aku ja dok pakai lagi)… Walau apa pun jenis tudung, tak kisah la… Asalkan boleh pakai dan mengikut syariat (walaupun tak banyak tudung sekarang yang ikut syariat).

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Pertama sekali, kita kena berbalik kepada nawaitu kita dalam pemakaian tudung ni. Walau apa pun fesyen sekarang ni yang melanda di persada hijab dunia kita, niat pun penting jugak. Ada sesetengah pihak berkata “orang zaman la ni pakai tudung sebab fesyen, bukan kerana Allah lagi dah”. Mungkin betul bagi sesetengah pihak sahaja. Tak semua yang macam tu, kan? Ada jugak yang aku tengok sesetengah orang ni tak pernah pakai tudung, tapi bila fesyen2 tudung ni melanda, melekat pulak tudung kat atas kepala dia. Syukurlah, sekurang-kurangnya depa dah mula pakai tudung. At least, this is as a first step dalam menutup aurat. Betul tak?? Tapi ingat, nawaitu tetap penting.

Masa aku sekolah rendah dulu, aku tak pakai tudung sangat. Kira tak ambik kisah sangat pun pasal tudung ni.Mak aku pun tak pernah suruh aku pakai tudung. Masa tu, aku dok kat Seberang Jaya lagi. Yela… nama pun budak2 lagi, kan? Mana la nak ambik kisah sangat. Sampailah masa aku pindah rumah baru aku kat Penaga. Aku perhatikan kawan2 sekelas aku, kalau depa keluaq rumah, mesti pakai tudung. Tak macam aku. Dengan rambut pendek, pakai cap saja, naik beskal BMX… huhu…Mulanya aku ingatkan trend orang Penaga pakai tudung (kalau kat bandaq, tak pakai tudung). Bila aku bandingkan diri aku dengan depa, aku malu jugak la sebab walaupun aku tau perempuan kena jaga aurat, tapi aku tak buat pun. Jadi, aku mula berjinak2 dengan tudung. Aku pinjam tudung mak aku. Aku pakai sebelum keluaq rumah. Dan akhirnya, aku bersyukur kerana ada Hidayah Allah yang tak pernah putus untuk aku berubah.

Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

Sesetengah pihak suka sangat nak memberi hukum sendiri kepada orang lain. Kalau nampak awek yang pakai tudung tak menutupi dada, mula la nak mengata belakang. Biasanya ni la dialog juri2 tak bertauliah:
Lelaki A: Mak bapak tak ajaq ka tu? Pakai tudung tak serupa pakai tudung.
Lelaki B: Baik tak payah pakai tudung kalau cam tu!
Wanita Z: Ada ka patut pakai tudung cam tu. Dah tau kena tutup ‘bukit’ tu, tak reti2 lagi ka?
Wanita X: Tu la pasai, awat budak2 la ni x jadi macam kita?? Tudung ni kalau boleh nak  labuh lagi ni.
Lelaki Y: Pompuan cam tu, suka sangat buat gangguan seksual kat lelaki. Depa saja nak  tunjuk! Bajet cantek!!!

Aku tulis cam ni tak bermakna aku menyokong awek2 ni pakai tudung yang sedemikian rupa. Tujuan aku, aku nak cabar kepada golongan pengkritik2 ni untuk cari jalan supaya bawak mereka kearah kebenaran. Jangan hanya menjadi juri yang paling top setaraf Adlin, Simon (American Idol) dan lain2, tapi bila nak tegur orang tu, kecut habeh semua yang ada. Nak tegur pun kena lah dengan cara yang berhemah. Jangan main seqebu tak pakai helmet. Kalau aku yang mendengar teguran cam tu, aku lagi buat. Cuba pikiaq balek, kalau orang lain kata cam tu jugak kat adik kita ka, mak kita ka, anak kita ka, sedara- mara kita ka… sakit hati tak?? Berbalaq jugak la perasaan ni kan??

Benarlah kata orang. Mulut orang ni susah nak tutup. Tapi ingat! Bimbingan daripada orang yang celik ilmu kepada orang yang kurang celik ilmu ni adalah jihad. Ajaq orang lain pakai tudung, ajak pi sembahyang kat masjid, ajak mengaji Quran adalah JIHAD. Yang ni baru jihad. Bukannya dok berperang mulut nak kata ‘aku yang betoi, sebab aku ada agama’. Ingat, Allah paling benci orang yang mempunyai ilmu, tetapi tidak disebarkan dengan cara yang sepatutnya.

Cukuplah sampai kat sini kot. Mudah-mudahan dengan apa yang disampaikan dijadikan teladan dan jangan ambik hati sangat kot noohhh??? Mana la tau kalau terasa di hati, aku mintak maaf sekali lagi. Setiap apa yang aku tulis kat blog ni sebenaqnya untuk peringatan kepada diri aku sendiri dan kepada kengkawan aku jugak. Tak dak maksud lain aku sampaikan. Semuanya hanyalah kerana Allah s.w.t.
Wallahualam.   

28 May 2011

BuDi BahaSa bUdaYa kiTa...

ASSALAMUALAIKUM...

'Budi bahasa budaya kita'. Acapkali kita mendengar pepatah ni kan? Kat mana2 saja mesti ada.Budaya ni bukan saja dah jadi budaya orang Melayu, malah bangsa2 lain dan negara2 timur memang sinonim la dengan budaya bertatasusila ni. Tapi, sejauh manakah kita mengamalkan budi bahasa ni dalam hidup kita? Adakah budi bahasa ni perkara yg perlu dipandang enteng, sebab benda ni simple je?

Kadang2 tanpa kita sedari, memang budaya ni dah makin pupus. Puncanya.... entahla nak cakap cam ne. Tapi kalau kita muhasabah diri kita balik la, puncanya dunia kehidupan seharian kita sentiasa dihujani dengan unsur2 Barat. Percaya atau tidak? Yela, Bangun pagi masuk toilet (memerut la) sambil baca newspaper ( x semua orang, tapi kebanyakan orang). Tak ke nampak buruk kalau cam tu? Kalau dalam newspaper tu ada ruangan ilmu, kan tak baik ilmu dalam toilet. Sedangkan sunnah Rasulullah mengajar kita supaya menutup kepala kita dengan kain ketika berada dalam toilet agar ilmu yang ada di dalam otak kita ni sentiasa terpelihara.Selain itu, mandi nak air panas (x tahan sejuk kononnya). Pas tu breakfast, konpem makan roti ngan jem, butter, jus oren. Tengok TV filem2 Barat. Pakaian, tak payah habaq la. Hampir semua orang pakai baju fesyen Barat. Dengar lagu semua lagu Barat (aku la tu).

Memang kita tak kan lari daripada elemen2 Barat ni. Susah la kita nak elak. Tapi semua tu bukan alasan untuk kita lari daripada berbudi bahasa. Walaupun kita kena survive mengikut peredaran zaman, tapi budaya kita yang masyhur tak kan kita nak tinggalkan?

Untuk pengetahuan semua, orang Barat yang datang melancong ke Malaysia ni, mereka lebih tertarik dengan budaya asli kita. Kalau diorang tengok budaya kita ni sama macam diorang jugak (orang barat), diorang dah jemu, der.. seolah-olah diorang tengok budaya diorang sendiri. Diorang cuma nak tengok kelainan yang ada dengan budaya kita. So, tak payah nak bangga sangat dengan budaya depa, ok?

Dalam berbudi bahasa pula, aku ada story sikit. hehe. Aku masih ingat lagi masa tu aku baru Form 5. Aku nak ke library Negeri dengan kawan2 aku. Kami naik bas then kami singgah jap kat rumah sewa aku. Mak aku suruh aku ambik duit sewa. Lepas tu, nak p library kena la naik bas lain. Tatkala bas sampai, kami pun naiklah. Aku tanya la kat driver bas tu tambang nak p library berapa. Dia cakap cam acuh tak acuh, aku dengar macam 3 kupang. Kami pun bayarlah 3 kupang. Pas tu ngan muka penuh sinis dia tengok kami, baru dia cakap betul2 "RM1.30 la..". Kami pun ushar pelik la. Tadi cakap cam orang nak mati, pas tu cakap lain pulak. "Hangpa ni tak reti naik bas ka?" ujarnya lagi sambil memberi jelingan tajam. Aku cakap la yang kami tak dok kat sini, tu pasal la kami tak tau tambang berapa. Kami pun terpaksa lah bayaq RM1.30 tu. Time tu aku jerit kat dalam bas "BUDI BAHASA BUDAYA KITA LA PAK CIK OIII!!!" (tapi jerit dalam hati la).

Kalau pun pak cik bas tu ada masalah, tak payah la nak bawak sampai ke tempat kerja. Bukankah bekerja tu 1 ibadah? Kalau kita anggap kerja kita sebagai bebanan hidup, macam mana kita nak kerja dengan hati yang penuh ikhlas? Bekerja dengan hati yang penuh ikhlas akan membuatkan kita tenang dan lupakan masalah kita tu. Jadi, inilah punca kita tak boleh nak berbudi bahasa dengan orang. Nak senyum kat orang lain pun susah, inikan pula nak ucap 'terima kasih', 'Assalamualaikum', 'datang lagi'. Cuba layan video nih:


Lagi 1 story... Dulu masa aku stay kat rumah flat kat Tenggiri, Seberang Jaya, ada la sorang nyonya tua ni dok kat tingkat bawah rumah aku. Dia ni masalah tekanan jiwa. Selalu ligan budak2 yang selalu buat bising kat flat. 1 hari, masa dia tengah sidai kain, pintu rumah dia tertutup sebab angin kuat dan terkunci. Dia pun gabra gak la sebab dok teringat nasi tengah masak kat dapuq. Dia takut nasi hangit. Punya la dok menjerit sambil dok ketuk2 pintu rumah dia. So, jiran tetangga yang ada kat situ pun tolong la bukakan pintu dengan cara mengopek pintu ala2 pemecah masuk rumah. Then, bila dah boleh bukak, dia cakap "Sat2... hangpa tuggu sat". Pi check nasi dia dulu. Pas tu dia keluaq balik cakap,"Wa... trima kasih bnyk woo... Tenkiu meh!! Tenkiu!! Tuhan saja boleh balas hangpa!! Terima kasih!!", punya seronok la dia masa tu. Cuba kita bayangkan, orang mental macam dia pun boleh ucap terima kasih kat orang dengan sepenuh jiwa. Kalau kita yang normal ni tak berterima kasih kat orang, agak2 kita ni normal ke tak.....???

so, kat sini aku tertarik sangat2 dengan lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ni. Nak taw pasai pa? Jom layan sat...


Kurik Kundi
Artist: Siti Nurhaliza
Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan
Nak berkisar kaya tutur bicara
Kalau tinggi untung jadi bintang
Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan


Teratak mahligai bak dipayung teduhnya

Bila budi melingkar anak asuhan

Adat yang lama berbudi berbahasa

Akar kehidupannya



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh... oh... oh...

Pantun lama tinggi kiasannya



Berpantun seloka sambil menari canggung

Serentak melangkah rentak timur diarak

Gurau senda

Sopannya dijaga
Sepakat makin kukuh terikat



Hang dok pi hang dok mai

Lagu tu lagu mana

Pi sini pi sana depa menghela sakan

Awatlah dok kalut megah condong ke barat
Mai kita...



Pakat tarik ramai-ramai

Biar ke timur condongnya (tu ka?)



( Perak )

Ada...O...ada E...

Bunyinya tidaklah serupa

Erti tidak berbeza



Betui yong betui sungguh

Betui ape di kate



Selembut tarian hoi...

Nak muda berlotah

Tutur bahasanya



Maghi yop maghilah yong

Maghi kita memikio

Parit dengan kuala

Cakap tidak serupe...(ateh)



Dihitung beratus beratus bilangan

Digali beratus-ratus terpendam

Dilubuk yang mana tak terjangkau ingatan
Makin dibongkar makin banyak yang terpendam
Disini ibunnya
Tersurat kurik itulah kundi
Tertulis merah itulah saga
Saga dalam lagu pada indah syairnya
Kundi dalam tarian
Indah lenggok tarinya
Aduhai indahnya...


( Negeri Sembilan )

Mana usang diperbarui

Mana lapuk hai dikajangi

Mana elok dipakai ondeh dipakai
Kalau singkat cantik manis
Disambungkan...
Kalau panjangan cantik manis...
Mintak dikerat...(yo lah!)



Yo sungguh yo bonar

Kato sungguh dikato



Muafakat ya tuan

Ibu adat di ondeh tidak dilupa



Tak boghodat

Minum tidak bergula

Tak bobudi

Pohon tidak berbuah
Tak boghodat
Minum tidak bergula
Tak bobudi
Bagai pohon tidak berbuah



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh...oh...oh...oh...

Pantun lama tinggi kiasannya


Halus manis hai bila berkata
Hai lapik berkias molek sungguh la wei..
Santun lakunya weh merendah suara
Bagai berpayung weh rasa teduhnya


( Kelantan )

Teghtek teghning oghe kito

Hok tu keno jago

Jange sapa berlete kale
Luar napok come jange dale
Habih kuca lembe
Luar napok come
Jange dale habih kuca lembe



( Sabah )

Membubutlah bayu

Lalu limpas siring semalu

Mengalai bagai tari sesuku
Tari sesuku



( Sarawak )

Selembut madah begitu taghi

Sek ada sakit ghasa di hati

Kame` nyambut madah tuan hulurkan
Kita` nyambut madah kame` hulurkan



Nak berkabar tingginya budi kita ya tuan

Nak berkisah kaya tutur bicara

Kalau tinggi untung jadi bintang

Oh... oh... oh...
Kalau rendah masih jadi intan



Yang kurik kundi yang merah saga

Baik budi indahlah bahasa

Oh... oh... oh...

Pantun lama tinggi kiasannya





Lagu ni memang banyak yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Rangkap ni memang jelas terpancar maksudnya bahawa budi bahasa kita ni memang agung dan kaya. "Kalau tinggi untung jadi bintang, Kalau rendah masih jadi intan" tafsiran aku ialah walaupun kita semua berbeza status dan kedudukan (ada yg tinggi, ada yang rendah) tapi masih ada hormat antara 1 sama lain. Contoh la kan, kalau yang berpangkat kita panggil Tan Sri, Dato', Tuan Haji dan sebagainya. Yang tak ada pangkat cam kita ni digelar oleh orang lain seperti encik, cik, anda, tuan hamba (zaman dulu la) dan sebagainya. Contoh lagi; Pernahkah kita baca dalam surat tawaran kita cmni; "Tahniah, hang telah layak untuk memasuki USM". Tak pernah kan? Yang kita selalu dapat "Tahniah, anda telah berjaya untuk ..." Kan molek gitu. huhu..

Kat sini, aku ingin menggulungkan hujah aku bahawa tak susah kita nak berbudi bahasa pun. Tolong orang lain angkat barang pun dah kira ok. (wahh...dah  macam dalam kelas Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan la.. hehe) Senyum pun dah cukup untuk meredakan tekanan orang lain. Mana la tau kalau2 orang yang kita senyum tu ada masalah, boleh tenangkan hati dia dengan melihat muka suci kita ni. Pahala tu der! huhu... Entri ni pun sebagai 1 peringatan kepada aku jugak. Mana lah tau kadang2 aku pun buat benda yang sama. Jadi tak salah kita saling ingat mengingati antara sesama saudara seISLAM...

Wallahualam...