24 Jun 2015

Dramasutra Kehidupan

Dah lama sangat aku tak update blog ni. Bukan bermakna aku nak lupuskan blog ni teruih. Tapi disebabkan runtunan masa, kelas, exam, assignment dan cuti yang membuatkan banyak post yang aku dah tulis simpan saja kat dalam draf. Bukannya tak ada masa langsung (tipulah) tapi kalau kata menulis ni memang aku memerlukan satu masa, mood dan ketenangan yang sesuai.

Berbalik kepada tajuk post kali ni, errmmmm... macam epik Hindu sangat. Haha. Actually post aku kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang aku belajaq kat USM ni. Mana nak tahu kalau-kalau ada sesiapa yang nak sambung study macam aku ni boleh baca post ini untuk dijadikan pedoman, giteeuuwww...

Firstly, aku intro dulu. Ada yang dah tau aku belajaq apa kat USM ni. Tapi yang tak tau lagi, aku sambung pengajian aku dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan & Pengarahan) di USM Induk, Penang selepas STPM di bawah Pusat Pengajian Seni. Aku bakal menamatkan pengajian tahun ini (Insya Allah). Aku belajaq dari tahun 2012 sampai tahun ini 2015 iaitu tempoh selama 3 tahun. Batch aku yang 2nd last belajaq 3 tahun. Starting from 14/15 punya batch dah belajar 4 tahun (padan muka. Hoho!)

"Course ni belajar pasal ape, erk?? (telor Johor)"

Adik yang bertelor Johor, course ni belajar pasal lakonan, pengarahan dan sinografi dalam teater. Bukan filem! It's performing art yang mana semua bentuk persembahan yang LIVE (except music sebab dah ada dept. music) akan diajar sepanjang kursus ni. Kalau gamak tergedik-gedik sangat nak berlakon skrin, explore dulu lakonan teater baru tau tahap Aaron Aziz takat mana. Bukan nak hina tapi hangpa boleh nampak beza pelakon yang bermula dengan teater sebelum masuk skrin. Ada lecturer yang legend di sini macam Prof Samat Salleh, Prof Emeratus Dato Ghouse Nasuruddin, Dr. Mumtaz Begum, Dr. A.S Hardy, dan lain-lain (masuk dulu baru kenal semua). Depa ni pakar dalam bidang performing art masing-masing.

"Kalau belajar bidang ni, boleh kerja apa, dik?"

Soalan ni kalau ada sesiapa tanya aku lagi memang aku bolayaaannn... Sebab soalan ini aku sendiri tak ada jawapan melainkan kalau hangpa bersungguh dan ikhlas dalam bidang ni. Masa aku tulis ni pun aku dok tengah cari kerja. Memang aku tau kebanyakan orang sekarang sambung belajar sebab nak kerja gaji mahal-mahal, nak pakai kereta mewah, rumah besar, pakai iPhone dan lain-lain. Tapi teruih terang aku cakap kalau hang nak gaji mahal sila jangan belajar kursus ini! Serious. Bukan tak ada kerja dalam bidang ni langsung. Nak kerja kerajaan, mintak kat Nazri. Kalau nak kerja swasta, banyak ja tempat yang tawarkan pekerjaan untuk bidang kebudayaan. Tapi selalunya full! Dan kebanyakan orang yang menyandang jawatan tu adalah bukan orang yang belajar seni dan budaya! So we have to compete with them. Memang tu lah nasib mahasiswa sekarang. Bukan dari bidang ni saja, hampir semua bidang kita terpaksa compete untuk rebut jawatan. So, rezeki ni kita kena usaha dan serah pada Allah taala selebihnya. Ok?

"Akak, saya ni bertudung. Macam mana?"

Aku pun bertudung jugak, dik. Pernah jugak aku berlakon tak pakai tudung, tapi pakai wigs. Ya, bercakap pasal syariat, aku pun tak pandai nak komen dalam bab agama ni tapi tak bermakna aku tak tau yang mana salah dan mana yang betul. Sebab minat aku dalam lakonan, aku cuba cari jalan penyelesaian dalam hal ini. Tapi kebanyakannya persembahan, aku pakai tudung. Tak ada masalah nak pakai tudung dalam berlakon ni. Kalau tak mampu, kawan-kawan yang tak bertudung atau bukan muslim lebih baik. Kalau hangpa rasa hangpa tak boleh langsung nak buat, jangan buat. Ini nasihat aku.

"Saya pun takut kalau ikhtilat tak terjaga nanti"

Better jangan masuk langsung kursus ni. Cari bidang lain. Simple. Masing-masing dah besaq dan boleh jaga diri sendiri. Islam sendiri dah menganjurkan elakkan perbuatan yang menjurus ke arah maksiat daripada terjerumus. Aku akui belajaq dalam bidang ni agak bebas pergaulan, tapi depends on sejauh mana kekuatan iman masing-masing. Itu yang akan membolehkan hangpa survive dalam bidang ni. Tapi yang paling penting JANGAN TINGGAI SOLAT! Sembahyang mesti buat jugak walau macam mana sibuk pun hangpa dalam kerja ni. Itu yang akan bantu hangpa jaga akhlak walaupun hangpa diselubungi dengan benda-benda maksiat.Dan yang penting juga kita sentiasa ada pilihan. Make the perfect choice for ourselves.

"Saya minat berlakon. Kalau saya jadi feymes nanti itu kira rezeki saya lah kan."

Bidang ni bukan semata-mata untuk nak jadi femes dan top. Seriously, hangpa tau tak kebanyakan nasib artis Malaysia macam mana? Macam sampah. Yang berharga, yang memang berbakat TAPI tak ada rupa akan diperlaku macam barang 2nd hand. Barang dah lapok harga boleh murah la padahal barang ori. Yang baru macam barang made in China. Nampak ori tapi sangkaribut bila berlakon. Ingat senang ka nak jadi orang seni ni? Kat Eropah kalau hangpa hebat dalam seni, hangpa boleh hidup. Kat Malaysia belum tentu lagi hangpa boleh bernafas dengan seni.

Ok, enough for the questions. Aku nak cerita life aku di sini. My first year as student kat sini memang best. Macam heaven! Yeahh, boleh berjimba sakan. Lagipun seronok explore kat Penang ni. Even aku orang Penang jugak (actually orang Seberang, a.k.a. Tanah Besaq), aku pun tak pernah lagi explore Pulau ni sampai la aku belajaq kat sini. Masa ni sangat eksaited bila dapat pi tempat yang kadang-kadang senior pun tak pernah pi. Hahahaha. Dalam bab belajaq, everything is like... "Damnn!! Aku pernah belajaq ni masa form 6!". Aku rasa macam ni bila aku belajaq subjek Teater Asia dengan Dr. Kipli (Sekarang Prof. Kipli di UPSI). Banyak benda yang baru aku belajaq dan masa ni pointer aku phewwwhh! (sambil gilap kuku). Paham-paham la noohh... first year... Hehehe... And of course, dah nama pun belajaq teater takkan la tak join pulak kan. Masa ni aku join production jadi performer dan backstagian. 1st experience aku berlakon adalah teater pendek di DBP, KL. Lepas tu aku pernah menari kontemporari untuk kelas Asas Tarian Tradisional & Kontem, Dr. Mumtaz dan pernah join jadi backup dancer untuk Orkestra Tradisional Istana Budaya di DTSP, USM. Lepas tu aku banyak jadi crew untuk produksi final year project oleh senior-senior. Aku jadi FOH dan yang paling menjadi feveret aku adalah Stage Manager. Aku jadi SM ni sebab nak memenuhi kriteria penilaian untuk subjek Asas Pengurusan Produksi (Dr. Kipli). Alhamdulillah, aku dapat pengarah yang baik iaitu Tan Kim, senior aku. Banyak aku belajaq sebab masa tu FYP dia, dia combine kan teater dengan New Media. Banyak kerja yang SM ni nak kena buat. Mulai saat itu, aku suka buat kerja backstage.

Bila maasuk Second Year rasa macam senior sikit. Masa ni kan mula terima student junior so macam ciwi sikit laa.. Hew hew hew... Aku masih lagi berlakon dan pernah masuk Festival Teater Malaysia. Bila join FTM aku baru nampak dunia sebenarq teater Malaysia. Banyak kumpulan yang kuat-kuat. Aku bermula dengan kategori Monodrama dan lepaih tu kategori Teater Moden dengan kawan-kawan kelas aku yang lain. Walaupun tak menang (cuma saguhati saja) tapi pengalaman tu memang aku tak boleh lupa. Banyak pelakon-pelakon hebat rupanya kat Pulau Pinang ni. Masa ni penyertaan USM kaw-kaw punya bolot. Hahaha. Lepas tu aku join jadi SM untuk pementasan semula Johan FTM negeri Pulau Pinang 2013, Teater Bisikan Cinta. Mula daripada situlah aku melangkah lagi dalam masuk dunia teater dan aku berjumpa dengan orang yang sangat berpengalaman dalam teater, Razali Ridzuan a.k.a Abang Lee. Ada jugak aku berlakon sekali saja kot tahun dua ni sebab aku suka buat kerja backstage. Aku jadi SM jugak sekali lagi di bawah senior aku, Intan. Dia bawak drama "Dalam Kehadiran Sofea" karya Abang Lee. Production ni aku have fun sebab pelakon-pelakon dia sangat gila babi. Haha. Dalam study pulak, aku dah jadi slow sikit. Bukan sebab aku malas, pointer aku drop sikit sebab minor aku. Haha. Gatal sangat ambik Kesusasteraan jadi minor, tapi nak buat macam mana. Minat punya pasal. Kononnya ada link la Sastera dengan Teater. Actually yes! Ada. Tapi entahlah. Student minor aku ni macam tak terdedah sangat dengan teater. Depa banyak belajaq teks dari visual. So, aku just invite saja diorang untuk tengok teater FYP senior-senior aku. Pengalaman belajaq aku masa ni yang paling best dan terasa adalah dengan Janet. She's one of the professor yang kami panggil dia dengan nama saja. She's very dictator. Bahasa yang dia guna kadang-kadang kasaq nak mampuih dan terlalu direct and outspoken. Tapi cara dia tu agak berkesan jugak sebab at the end baru kami betul-betul faham dengan apa yang dia ajaq. Siapa yang kenal dia, taulah dia macam mana. Huhu. Bagi aku 2nd year ni adalah persediaan yang student kena betul-betul bersedia untuk final year nanti. Tak kisah lah join dengan NGO ka, Production lecturer ka, yang penting join. Lagi banyak join, lagi banyak pengalaman yang dapat. Tak lah boring sangat dok dalam kelaih ja.. Lepaih tu dok kalut ligan pointer seolah-olah pointer la yang bagi hangpa nyawa untuk hidup. Get a life, dude! Masa ni kawan-kawan semua dah dapat 'tapak' masing-masing. Kami dah tau apa yang kami nak buat untuk FYP kami nanti.

Masa Internship pulak, aku pilih JKKN Penang sebagai aku punya tempat praktikal. Jadi Office Girl saja pun. Tolong-tolong semua pegawai dalam tu saja. Masa ni JKKNPP amik student praktikal 13 orang termasuk aku. Gila ramai. Kami dok kat bilik meeting teruih, sebab takdak meja untuk kami. Ya la, pejabat tu kecik ja. Tapi yang best kawan-kawan praktikal aku ni mai dari pelbagai bidang dan tempat belajaq. Ada dari UiTM Seberang Perai, UMS, UNIMAS, ASWARA dan USM sendiri. Dok dengan depa ni sembang memanjang. Haha. Sembang pasal bidang dan universiti masing-masing. Bertukaq-tukaq pendapat dan banyak jugak la aku belajaq dari depa walaupun depa dari bidang lain. Depa ni kenai mula-mula macam malu (sama la dengan aku pun). Lepaih lama sikit mula la nampak tanduk melengkoi-lengkoi keluaq dari kepala masing-masing. Hahahaha. Event yang paling best adalah Festival Boria. Belajaq buat kostium untuk Sailor-sailor kumpulan Boria dan handle protokol. Protokol ni aku lemah sikit sebab aku lagi suka handle backstage. Tapi depa dah bahagi kerja aku untuk protokol, aku tak boleh ubah dah. Hurrmm... Tapi apa-apa pun masa ni memang aku enjoy dan kenai banyak orang seni kat sini.

Masa final year adalah bukan masa hangpa nak rasa lega sebab dah nak habis. Teqa nak habis ni lah lagi banyak dugaan koi lama koi menimpa. Masa ni baru hangpa kenai sapa kawan-kawan hangpa yang sebenaq. Masa ni drama habeh! Dah nama pun belajaq drama dan teater so sangat drama yang akan berlaku dalam final year ni. Aku ambik skrip "Antara" sebagai aku punya FYP dengan kawan aku. Dia pelakon utama dalam cerita ni dan aku pengarah. Segala ilmu yang kita belajaq selama 3 tahun ni kita akan guna masa waktu ni lah; final year. Masa FYP ni bukan aku saja, kawan-kawan aku yang lain pun sama dok berendam ayaq mata. Masalah kewangan, kawan-kawan, lecturer, masalah dengan USM sendiri dan banyak lagi. Kena hentam saja dari luaq sampai dalam. Berkelahi ni toksah dok kata la, sedia memanjang dok berkelahi. Aku rasa batch aku yang paling banyak drama even though kami ni sangat rapat masa 1st year. Well, masa mengubah. Dan aku mula terima hakikat dunia memang macam ni. Untuk motivate diri aku, aku selalu cakap kat dalam hati WELCOME TO THE REAL WORLD! Sangat kejam dunia nyata. Ini baru sikit bhai, belum lagi hang keluaq kerja nanti. Banyak yang aku belajaq untuk menjadi dewasa dalam tempoh ni. Aku sedaq yang aku ada kelemahan dan aku cuba perbaiki untuk masa akan datang. Aku sedaq pun sebab ada sorang hamba Allah ni tegur aku pasai kelemahan aku dan seingat aku dia sajalah satu-satunya orang yang tegur aku dalam hal ni. Aku paham dan aku langsung tak ambik hati atas teguran dia sebab aku akan menghadapi lagi banyak cabaran lepaih ni. Aku sangat berterima kasih dekat dia sebab dia tolong habaq. Kalau dia tak habaq, mungkin aku pun tak sedaq. Huhu. Lepaih dah habeh semua FYP dengan exam, baru lah rasa lega sikit. Rupanya kepahitan yang aku lalui pada waktu tu adalah ubat aku untuk masa depan. Sekarang aku dah paham Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang di tepian yang dulu asyik dengaq saja dari sekolah rendah.

Ni secara ringkas saja aku cerita dalam ni. Nak tau lebih-lebih, baik aku buat diari atau aku tulih buku lepaih tu publish.. Naaa... takkan aku nak buat macam tu. Haha. Actually kena explore sendiri macam mana rasa belajaq ni. Tak kisah la apa jurusan yang hangpa nak belajaq sekalipun yang penting sandarkan kepada niat hangpa nak belajaq. Bila aku dalam kesusahan aku adakalanya aku rasa down, aku akan berbalik semula kepada nawaitu aku belajaq. Lepaih tu aku akan move on dan teruskan sampai habis. Aku harap post ni sedikit sebanyak boleh bantu hangpa yang ada niat nak sambung belajaq nanti. Semoga Allah rahmati hangpa.

P/S: Kepada yang membaca ni, doakan aku supaya dapat konvo dan dapat kerja nanti ye? Insya Allah. =>


2 comments:

  1. weii..... telor Johor tu sapa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. general la... jangan terasa pulak. aku tak mentionkan sapa2 pun. ni gaya penulisan aku. huhu

      Delete