Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Sorry sangat sebab dah lama tak hapdet blog. Memang sekarang ni aku sibuk jugak la. Biasalah bila dah masuk 'Dunia Baru' ni kan, esaimen, tasks, test, production lagi, kena hafal skrip itulah, inilah.. Penat siot.
Oh, nak kata hang la ni diva la? Artis la?
Eh, tak dak la. Hang kena paham bhai. Aku bukan nak tunjuk diva sampai lama tak hapdet blog. Dah aku belajar pasal teater, takkan aku nak buat eksperimen kimia pulak.
Ok, aku sudah melalut... Haha. Ni lah akibat kalau baru nak hapdet kan? Hehe.
Macam ni, satu hari tu, aku ke kelas LMT100 (preparatory English) dengan penuh semangat sebab sebelum ni aku sampai ke kelas 15 minit selepas kelas bermula (lambat la tu). Biasalah, kelas kan jauh dari Desa, jenuh gak nak jalan kaki. Sebelum ke kelas pergi library. Sebab tu sampai kelas awal hari ni.. Hoho..
Kelas hari tu kena baca short stories. Tajuk dia " Kevin". Cerita dia pasal seorang kanak-kanak yang bernama Kevin, sering didesak oleh ibunya untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam akademik. Mak dia warning dia kalau dia dapat less than 95% dalam setiap paper, dia akan dapat hukuman. Mak dia jugak halang dia untuk bermain dengan kawannya Boon Kee yang dianggap budak nakal dan akan bawa pengaruh buruk terhadap Kevin. Nak main bola dengan Boon Kee tu pun, mak dia tak kasi. Satu hari, dia dapat result test agak menurun iaitu 82%. Jadi dia takut nak baik rumah, takut kena hukum dengan mak dia. Tapi bila dia sampai kat rumah, orang gaji dia bagitau yang mak dia kena masuk hospital selama seminggu sebab mak dia kena penyakit ulser. Bila dia dengar saja keadaan mak dia, dia bukannya sedih, tapi happy and enjoy gila sebab dia tak kena punish lagi. Dia tahu dia akan kena punish jugak bila mak dia dah discharge, tapi dia nak enjoy dalam 1 minggu sepanjang mak dia tak ada.. Woohoo!!!
Nampak tak permainan dia? Haha.
Kalau di alam nyata sekalipun, memang berlaku situasi macam ni. Maklumlah, sekarang zaman bersaing. Semua orang nak maju ke hadapan. Ibu bapa menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak. Kawan-kawan aku pun ada di antaranya kisah dia macam kes si Kevin ni. Depa sendiri menangis-nangis kat dalam kelas kalau tak dapat result yang elok. Mungkin sesetengah masyarakat kita akan komen yang budak yang macam Kevin ni malas belajar, suka main-main, sebab tu dia kena treat macam tu. Mungkin jugak.
Tapi pada pandangan aku lah, budak-budak bukanlah mesin atau robot yang nak diarah-arahkan, dipicit-picit, ditengking-hamun. Tak perlulah sampai setiap masa study, homework, ada kelas private, tuisyen, itulah, inilah. Pergghhh!! tak dak life kot!
Sedarlah! Budak-budak masih lagi budak. They are not the adults. Semua kanak-kanak nak bermain, nak rasa keseronokan sebelum mereka melangkah ke alam yang lebih merumitkan. Kalau dah dari kecik zaman keseronokan mereka dirampas oleh ibu bapa sendiri, bila masa lagi mereka nak rasai nikmat seronok tu? Kalau bermain tak semestinya budak tu malas! Maksudnya, dia nak cari life dia sendiri, imaginasi, kreatif. Benda tak elok kah tu?
Kisah aku masa zaman kanak-kanak ada pahit manisnya. Tapi parents aku tak pernah halang aku untuk bermain apa sahaja dengan sesiapa sahaja. Memang ada waktu untuk nak main, nak study, makan, tidur semua-semua tu. Tapi tak dak lah stress sangat.
Style mak aku bila mak aku suruh kami adik beradik study memang style! Sambil buat latihan atau homework sambil menonton TV atau mendengar radio. Rumah mesti dalam keadaan cerah dan kuantiti cahaya yang mencukupi. Biasanya waktu pagi kami study (sebab dulu sekolah rendah sesi petang).
Jiran aku yang kat depan, anak dia hampir sebaya dengan adik aku. Kisah childhood dia sama macam si Kevin tu, Time study, mak dia tutup pintu, tutup tingkap ( tak nak diganggu oleh suara-suara sumbang kalau anak dia tengah study) tak boleh tengok TV selagi kerja tak siap. Anak dia nak main dengan kami pun agak susah. Bila dapat result yang kurang atau menurun, aku mula dengar dia menangis sebab kena pukul dengan mak dia. Kesian. Tapi nak buat macam mana. Time tu tak dak Talian Nur lagi, kalau ada, konpem mak dia dah kena.. Hoho..
Siapa pernah tengok cerita Hidustan yang Amir Khan berlakon tu? Taare Zameen Par, kisah kanak-kanak yang mengalami disleksia. Cerita tu berjaya mengalirkan air mata ku yang dah banyak kali mengalir acapkali menonton filem Bollywood. Yes! anak bukanlah bahan uji kaji untuk ibu bapa supaya cita-cita mereka tercapai. Ibu bapa hanya mencorak anak-anak, tetapi bukan mengatur ke semua hal anak-anak termasuk hal berak dan kencing! Akhirnya perkara macam tu akan memberi kesan terhadap psikologi anak-anak macam si Kevin tu, yang suka bila mak dia masuk hospital. Tak pasal-pasal satu keturunan ada masalah psikologi. Nauzubillah min zalik.
Setiap kanak-kanak, ada keistimewaan dia sendiri. Tak semestinya dia pandai sains, akan jadi saintis. Tak semestinya dia tak suka matematik tak boleh jadi usahawan. Semua tu bergantung kepada usaha dan hasil usaha itu, kita akan dapat rezeki. Allah s.w.t. dah rancang cantik elok dah dalam hidup kita, kenapa harus mempertikaikan usaha? Ingat, usaha saja pun tak cukup kalau tak tawakkal dan berdoa, kan?
Lagi satu movie Bollywood yang Amir Khan berlakon jugak. 3 Idiots. Haaa.. Sapa tak tau cerita tu, kan? Well, mesejnya diberi 100% straight forward tanpa tapisan. Kita terlalu meletakkan gred atau pencapaian kita dalam akademik adalah sebagai kayu pengukur kepintaran kita.
Tapi kalau dari sudut sahsiah, jati diri nak ukur dengan apa? Pembaris? Penimbang berat badan? Acid-Base indicator?
Of course NO!
Ia diukur dengan bagaimana kita menerima dan menggunakan ilmu itu dengan sebaik mungkin. Yaaa... Tak ada saintis yang dapat mencipta alat ukur sahsiah diri kita melainkan kita yang menciptanya sendiri! (tangan menggenggam ke atas).
Bukan nak kata parents tak payah nak ambil tau pasal pendidikan anak-anak, cuma caranya tak kena. Kita tak boleh menjadikan diri orang lain sempurna kalau dah tau kita sendiri pun tak sempurna, kan? Meletakkan anak-anak pada tahap yang terlalu dewasa untuk mereka dan membuatkan dia mencapai cita-cita anda. So shameful... (fuuhhh!!)
Ok lah, lagi banyak aku menaip, lagi banyak akan aku cangkirkan madah berperisa spicy. Semoga kita masing-masing mendapat keberkatan dari Allah SWT... ;)

usm ka?? hehehehe
ReplyDeleteyupz.. tnya lagi? hehehe
Delete