25 Jun 2012

Kita dan Maya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sekarang ni memang mudah sangat nak berhubung dengan orang yang jauh dari kita. Selain itu, nak dapatkan kenalan baru, menyiap dan menghantar hasil kerja dan menjemput rakan-rakan ke majlis bersejarah kita pun senang.  Erti kata lain, banyak sangat metod yang kita boleh ambil untuk berhubung dengan orang lain.

"Aku ada Friendster."

"Aku ada YM."

"Ana biasa guna Twitter."

"Apa-apa hal, ko mesej aku kat Facebook."

"Erm... dia biasa guna handphone cikai je, tak ada emel."

"Hang kan ada Tagged."

"Nanti I follow blog you, ok?"


Woww! Banyak gila cara kita nak contact dengan orang sekarang ni. Benarlah kata pepatah Melayu Moden. 'Dunia di hujung jari', bhai...!

Tetapi ada beberapa perkara yang kita perlu titikberatkan (ambik port) dalam cara kita menggunakan metod komunikasi, terutamanya melalui gelombang internet.

1. Pendedahan maklumat diri

Biasanya, apabila kita mula membuat atau menyertai sesebuah laman sosial, perkara pertama yang diperlukan adalah maklumat diri. Bagi aku, kita tak perlulah menyertakan details yang terlalu detailed seolah-olah kita nak satu dunia kenal kita, tahu kita ni wujud, tahu yang kita ni baik, tahu yang kita ni ada Facebook!(ok, agak keterlaluan)

"Takkan semua benda tak boleh tulis. Habis tu, macam mana member-member lama nak kenal kita?"

Tak salah nak dedahkan maklumat diri kita. Maksud aku sebahagian saja. Setakat nama dan gender pun dah ok. Tak payah lah sampai kubur arwah tokwan pun nak bagi tahu kat mana. Tak pasal-pasal orang lain buat ritual kat situ pulak. (Maaf, contoh yang melampau. Tapi ada!)

2. Gambar

Ok, aku tahu hangpa memang cantik, memang handsome, body semua cun-cun. Tapi tak bermakna semua tu hangpa kena tonjolkan kat dalam laman sosial masing-masing. Kalau boleh, DP pun jangan letak gambar sebenar kita.

"Lagi lah orang tak dapat cam kita.Hhhmmmmm...."

Bukan tak boleh, tapi ni prinsip aku lah. Aku tak suka letak gambar sebenar aku sebab orang lain senang saja nak download gambar kita, pastu simpan kat depa senyap-senyap. Aku cukup pantang orang buat macam tu. Bagi aku, perbuatan macam tu seolah-olah mencabuli hak asasi manusia. Aku letak juga gambar aku, tapi aku private kan. Hanya beberapa orang kenalan aku saja yang aku tak private.

Lagi pun aku takut jugak KALAU ada orang nak buat tahana dengan benda-benda syirik.

Tok Bomoh: Hah, mano dio gamba orang yang ekau nak santaukan, tu?
Musyrik      : Jap ye, tok. Saya nak bukak Facebook. Tok ada FB, kan? Haaa.. Tok add la dia, confirm dia approve. Nanti senang lah kerja tok.
Tok Bomoh: Err... Tok tak do FB-FB semua ni haa.. Tok ado Skype yoo..
Musyrik      : ...............?

Kalau anda rasa anda nak letak jugak, letak lah. Aku bukan nak ambik port pun. Cuma tolong jangan upload gambar-gambar yang mendedahkan aurat, kegedikan dan keeditan gambar yang melampau seolah-olah anda tidak bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t.. Kalau dah sampai gambar baru bangun tidur dan kat dalam jamban pun nak upload memang sah! Anda photogedik (bukan photogenic).

Dah banyak kes aku jumpa orang yang lahanat ni suka ambil gambar-gambar perempuan teutamanya. Kemudian buat fake account atau jual kat dalam blog-blog dengan menyebarkan fitnah serta melucahkan gambar (macam superimpose). Walaupun kita sekarang pandai nak detect yang mana fake atau ori, tapi bayangkan kalau kita yang terlibat (nauzubillah min zalik) memang malu tahap tembok German.

Jadi, aku tak mahu si pelaku tahana tu tambah dosa, aku ambik inisiatif untuk memprivatekan gambar. Ingat, penjenayah takkan buat jenayah selagi kita tak bagi peluang kepada mereka untuk buat jenayah.

3. Chatting

Apabila kita memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali, biasalah. Memperkenalkan diri  masing-masing lah yang selalu kita buat. Tapi ooopppss! Jangan lupa! Jangan bagi detail tentang diri kita terlalu banyak seperti tinggal kat mana, kerja kat mana, emel dan nombor telefon serta yang sama waktu dengannya. Tipu sikit-sikit tu boleh lah. Sekadar nak hilangkan rasa boring kita saja ke.  Atau ingin mencari acquaintances. Banyak kes penipuan berlaku disebabkan pengguna tak pandai menyimpan rahsia yang paling peribadi dan mendedahkan segala maklumat yang ada. Lastly, masuk surat khabar, televisyen dan radio umum kat semua kata yang kita dah kena tipu.

Jangan juga mudah terpedaya dengan segala janji manis orang yang baru dikenali dalam internet. Waima gambar muka dia punyalah suci, mulus dan bersih, jangan disangka tak ada bulu di hati legamnya. Kita mana tahu kan. Nama pun kenalan maya. Belum tentu juga gambar yang dia letak adalah gambar sebenar dia.

Aku bukan suruh jadi paranoid, tapi hati-hati. Kalau boleh orang yang kita tak kenal langsung, tak ada mutual friend dan bukan schoolmate/colleague jangan approve. Risau juga jika beliau adalah seorang hackers, perogol bersiri atau pembunuh upahan. (uiks... macam cerita komik)



4. Post

Berkenaan post, status, Tweet dan seumpamanya biarlah perkara yang baik. Perkara yang baik ni banyak kalau nak post. Jangan sebarkan fitnah, menyentuh perkara-perkara yang mencabul sensitiviti perkauman dan agama serta lain-lain.

Nak post menu makan tengah hari hangpa ka, ikut suka lah. (tapi kesian kat orang yang tengah puasa sunat. Hehe.) Post perkara-perkara yang mengingatkan orang lain untuk melakukan kebaikan, menyampaikan fakta yang sahih, atau terjemahan Al-Quran dan Hadith sahih. Bukankah molek gitu.

Jangan update status yang akan menyebabkan orang memandang serong terhadap anda.

"Kurang hasam ko pompuan! Ko tu dah la $%*&*^, pastu ada hati nak rampas boypren orang! Dasar *@!*(&%$!!!... Blablablabla....."

Status berkenaan akan menyebabkan orang yang membacanya menganggap penulis status adalah seorang yang kaki maki, tiada budi bahasa serta.... Err... capoi? Gedik..? Mungkin...

"Titew menchix nan owg yg clalue tipoo titew. dye ckp yunk dye nk stia cmpy ble2. tapi cdeyh cngt yg die upe2nyew dh adew owg len... :-'("

Well.... yang second tu kalau aku ternampak kat news feed aku, memang aku log off automatically, lipat laptop dan keluar rumah, pergi duduk di tepi sungai sambil kaki sebelah kiri aku masuk dalam air sungai dengan harapan biawak-biawak kat situ nampak kemenyampahan aku sehingga membuatkan hati biawak-biawak tu tersentuh lalu tak jadi nak gigit kaki aku. (Fuuhhh.. melampau!)

gambar hiasan saja.. Troll!!!

5. Online Business.

Banyak juga perniagaan yang dijalankan dalam internet. Apa sahaja jenis perniagaan seperti pakaian, kasut, spare part motor, suppliment, kosmetik, ubat-ubatan dan sebagainya. Laman sosial di internet amat membantu mereka yang tidak bekerja mendapat pendapatan dari perniagaan yang hanya dijalankan di rumah sahaja.

Sebagai pengguna atau pelanggan, pertama sekali kita harus siasat latar belakang individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut untuk memastikan barang yang dijual adalah wujud, berkualiti serta diiktiraf perniagaannya. Jangan mudah tertipu dengan harga dan jenama barang yang dijual.


Kedua, elakkan dari membeli atau menempah barang yang harganya di luar kemampuan kita. Kalau perniagaannya sah, agak berbaloilah kalau kita sentiasa mengikat perut untuk mengumpul duit sebab susah bagi kita untuk mendapatkannya. Jika perniagaannya adalah tidak sah dan peniaga adalah maha pembohong, sia-sia sahaja duit yang kita simpan untuk beli barang tu, kan? 


Ketiga, dalam urusan jual beli, kita perlu titikberatkan rukun jual beli mengikut anjuran Islam;
a) Kena ada penjual dan pembeli (mengikut syarat)
b) Kena ada barang yang dijual (mengikut syarat)
c) Perlu ada harga barang tersebut (mengikut syarat)
d) Lafaz ijab dan qabul oleh penjual dan pembeli (mengikut syarat)


Tak susah pun kalau kita ikut cara Islam sebab Islam adalah cara hidup kita. Hehe.



6. Log Out!


Ramai juga yang kurang ambil port tentang melog out akaun masing-masing. Kadang-kadang kita terlupa, dan kadang-kadang memang sengaja kita tak nak log out sebab malas nak masukkan password bila nak online balik.


Tapi harus diingat bahawa BAHAYA akan menerjah anda apabila akaun tak di log out! Pertama, senang bagi roomate kita nak hack akaun dengan mengepost benda-benda yang tak sepatutnya atau bukan menunjukkan diri kita yang sebenar. Jangan percaya sangat dengan kawan-kawan yang macam ni. Walaupun sekadar gurauan tapi kalau dah sentuh isu sensitif boleh menyebabkan follower atau friend yang kurang rapat dengan kita dah salah anggap. Tak pasal-pasal, kita yang kena remove. 


Kedua, bukan roomate, bukan classmate, bukan family tapi orang asing yang pakar hack-mengehack ni. Macam mana nak hack? Wallahua'lam. Aku pun tak tahu. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan online menggunakan komputer yang digunakan oleh orang awam yakni contoh macam kat Cyber Cafe, makmal komputer sekolah dan seumpamanya. Tahu dah, hangpa jenis malas nak log out, baik jangan online guna komputer yang orang  lain pun guna jugak. Kalau dapat kat orang yang pemurah yang tolong hangpa log outkan, tak apa lah. Kalau yang jenis bukan pemurah, maunye dia tukar password asal, lagi sengal. 

Rasanya sampai sini sajalah aku nak berleter. Semua ni pendapat aku semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Boleh lah dijadikan sedikit-sebanyak panduan kepada semua orang. Insya Allah.

P/S: Sayangilah akaun laman sosial masing-masing. Sayangi diri anda lebih lagi!

14 Jun 2012

Ievan's Polka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Seperti yang dikata bagai oleh aku, kata nak buat satu ruangan video terpilih,naaaahhhhhh. Inidiaaa! Tengok dulu tau? Kalau tak suka, bior le... ate, ada teman kesah? Hoho.

Tajuk lagu ni ialah Ievan's Polkka yang dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi Folks iaitu Loituma. Lagu ini adalah lagu daerah di negara Finland. Depa pun ada lagu daerah. Macam kita ada lagu Ulik Mayang, Ikan Kekek, Jong-jong Inai dan lain-lain.

Asalnya lagu ini ditulis sekitar tahun 1930-an oleh Eino Kettunen kepada irama polka tradisional. Sekitar pertengahan tahun 1990-an, Loituma menyanyikan kembali lagu ni dalam versi A capella dan diubahsuai sebahagian lirik dalam lagu ini.

"Apa bendalah yang kau sedang merapu ni? A capella? Loituma? Polka? Apa dia semua tu?

Aik? Kata peminat AF, The Voice, Mentor, Vokal: Bukan Sekadar Rupa, blablablabla.. Takkan tak tahu A capella? Hehehehe.


"Bila masa pulak hang pandai dok search lagu-lagu menda alah semua ni?"

Haha. Aku sebenarnya peminat lagu-lagu Electro dan Techno. Bila aku dengar lagu Ieva's Polkka versi Basshunter (DJ Techno), so automatically aku cari originality lagu ni. Akhirnya ketemu juga aku sama ini lagu. Dan yang paling best pasal lagu ni adalah susunan tempo A Capella. Tanpa muzik pun kita boleh enjoy dengan lagu ni.

             


Lagu apa ni? Tak faham lahh...

Ok, memanglah tak faham, sebab aku pun tak faham. Kalau nak tahu, jom kita tengok liriknya.

Nuapurista kuulu se polokan tahti

jalakani pohjii kutkutti.

Ievan äiti se tyttöösä vahti

vaan kyllähän Ieva sen jutkutti,

sillä ei meitä silloin kiellot haittaa

kun myö tanssimme laiasta laitaan.

Salivili hipput tupput täppyt

äppyt tipput hilijalleen.



Ievan suu oli vehnäsellä
ko immeiset onnee toevotti.
Peä oli märkänä jokaisella
ja viulu se vinku ja voevotti.
Ei tätä poikoo märkyys haittaa
sillon ko laskoo laiasta laitaan.
Salivili hipput.

Ievan äiti se kammarissa
virsiä veisata huijjuutti,
kun tämä poika naapurissa
ämmän tyttöä nuijjuutti.
Eikä tätä poikoo ämmät haittaa
sillon ko laskoo laiasta laitaan.
Salivili.

Siellä oli lystiä soiton jäläkeen
sain minä kerran sytkyyttee.
Kottiin ko mäntii ni ämmä se riitelj
ja Ieva jo alako nyyhkyytteek.
Minä sanon Ievalle mitäpä se haittaa
laskemma vielähi laiasta laitaa.
Salivili.

Muorille sanon jotta tukkee suusi
en ruppee sun terveyttäs takkoomaa.
Terveenä peäset ku korjoot luusi
ja määt siitä murjuus makkoomaa.
Ei tätä poikoo hellyys haittaa
ko akkoja huhkii laiasta laitaan.
Salivili.
Sen minä sanon jotta purra pittää
ei mua niin voan nielasta.
Suat männä ite vaikka lännestä ittään
vaan minä en luovu Ievasta,
sillä ei tätä poikoo kainous haittaa
sillon ko tanssii laiasta laitaan.





Haha. Hambek kau. Bahasa Finnish aku bagi. Tapi rileks, kita ada English translation. Tapi English la. Err... semua, paham kan English?

"Boleh laaaa..."

Ok, kalau English pun tak berapa nak paham, senang cerita Google Translate lah. (Habaq siap-siap, Google Translate kadang-kadang dok muhong lagu tu la. Bing pun sama) Hehe.


The sound of a polka drifted from my neighbor's

and set my feet a-tapping oh!

Ieva's mother had her eye on her daughter but

Ieva she managed to fool her, you know.

'Cause who's going to listen to mother saying no

when we're all busy dancing to and fro!



Ieva was smiling, the fiddle it was wailing

as people crowded round to wish her luck.

Everyone was hot but it didn't seem to bother
the handsome young man, the dashing buck.
'Cause who's going to mind a drop of sweat
when he's all busy dancing to and fro!

Ieva's mother she shut herself away
in her own quiet room to hum a hymn.
Leaving our hero to have a spot of fun
in a neighbor's house when the lights are dim.
'Cause what does it matter what the old folks say
when you're all busy dancing to and fro!

When the music stopped then the real fun began
and that's when the laddie fooled around.
When he took her home, when the dancing was over
her mother angrily waiting they found.
But I said to her, Ieva, now don't you weep
and we'll soon be dancing to and fro!

I said to her mother now stop that noise
or I won't be responsible for what I do.
If you go quietly and stay in your room
you won't get hurt while your daughter I woo.
'Cause this fine laddie is a wild sort of guy
when he's all busy dancing to and fro!

One thing I tell you is you won't trap me,
no, you won't find me an easy catch.
Travel to the east and travel to the west but
Ieva and I are going to make a match.
'Cause this fine laddie ain't the bashful sort
when he's all busy dancing to and fro



Ok lah. Rasanya lirik dia tak over dan menjejaskan Aqidah. (Dengar lagu bahasa asing, yang tu kena ambil port dulu). 


Lagu ini menggambarkan suasana atau budaya masyarakat di sebahagian tempat di Finland yang mana ketika itu tarian Polka diperkenalkan di sekitar Eropah pada akhir abad ke-19. 


Dan dalam lagu ni ada diselitkan kisah seorang gadis yang terpaksa sneak out untuk enjoy tarian Polka (tapi sebagai anak yang baik, kita takkan buat macam ni, kan?)

Setakat sini sajalah dulu. Nak cakap panjang-panjang pun dah tak tahu nak cakap apa. Cakap Finnish nanti tak berkefahaman pulak kepada stalkers. Haha. Macam kemaih sangat (orang Penang kata). Nanti kita cakap pasal lain pulak, ye?

Wasalam.


10 Jun 2012

Demam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berita tergempar!

Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 2/3 penduduk di sini sedang menghidap penyakit misteri. Pakar-pakar kesihatan di Malaysia kini sedang sibuk mendiagnosis simptom-simptom yang dihidapi pesakit bagi mengesan punca dan cara mengubati serta pencegahan dari penyakit misteri ini. Antara simptom yang dihidapi pesakit ialah insomnia, diarrhea, kerap membuang air, selera makan bertambah, faitgue di waktu siang, serta batuk yang berterusan.

Setelah menjalankan beberapa kajian klinikal, akhirnya para saintis menemui jawapan bagi penyakit misteri ini. Pesakit mengalami insomnia kerana sering berjaga di waktu malam. Selain itu pesakit juga tidak menjaga amalan pemakanan sehingga menyebabkan cirit-birit (diarrhea) dan kerap membuang air. Pesakit juga sering mengalami batuk yang berterusan akibat daripada getaran di kotak suara yang terlalu kuat yang dihasilkan dengan cara menjerit sekuat hati. Penyakit misteri ini dikenali sebagai 'Demam Bola'. Simptom-simptom ini mula tersebar di kalangan penduduk Malaysia terutamanya kepada lelaki sejak Liga UEFA EURO 2012 muncul baru-baru ini.

Haha. Failed lah aku kalau aku buat artikel surat khabar kalau macam ni. Memang tak ada bakat langsung! Hoho.

Tak ada kaitan pun semua ni dengan entri aku kali ni. Saja aku kasi warm up sikit. Jadi kepada sesiapa yang baca opening entry ni yang dah mula mengangkat laptop untuk dibaling, dipijak dan bagi balik broadband member sebab sakit hati dengan entri ni diharap anda jangan bertindak sedemikian. Hoho. Rileks, bhai.

Kali ni bila dah tiba musim Bola EURO, biasalah. Ramai yang tergedik-gedik nak pi kedai mamak, berebut TV dengan Mak yang nak tengok Hindustan, order piza 3 kotak large, dan sama waktu dengannya semata-mata nak tengok dan sokong team kegemaran masing-masing. Macam nak tengok World Cup pulak.

Tapi diakuilah, (omputih la cakap), Liga EURO ni adalah perlawanan bolasepak kedua terbaik selepas World Cup. Jadi memang tak salah la kalau nak cakap yang kadang-kadang orang yang jarang minat bola ni tak boleh bezakan yang mana EURO, yang mana World Cup. Hoho.

Liga UEFA EURO adalah liga perlawanan bolasepak di antara negara-negara Eropah di bawah UEFA (Union of Europe Football Assiociation). Sebenarnya aku jarang nak bangun tengah malam nak tengok bola. Bukan sebab aku ni perempuan sebab tu aku tak minat bola. Tapi aku ni jenis suka tengok penghujung-penghujung. Bila Final saja baru aku tengok. Hahaha. Senang kerja aku. Tak payah nak bangun tiap-tiap malam semata-mata nak tengok bola.

Bila sebut tentang negara-negara Eropah, aku sebenarnya excited nak tahu tentang negara-negara Eropah. Yelah, nak tahu sejarah, budaya dan sebagainya. Tapi tak bermakna aku adore dan obsess dengan Eropah. No No No No No No... Bukan...

Dalam banyak-banyak benda aku suka pasal Eropah adalah music folk atau country dari negara Eropah. Selain itu, aku pun suka dan berminat nak belajar (jika ada peluang) untuk mempelajari bahasa mereka. Tapi sebelum tu, aku pun nak jugak belajar bahasa Al-Quran kita, kan? Yang tu wajib bagi aku untuk belajar. Tapi tak salah, kan kalau aku nak belajar sikit-sikit bahasa Eropah. Tak fasih sangat pun aku tak kisah asalkan aku tahu sikit-sikit maksudnya.

Maka terbitlah 1 idea untuk aku buat 1 Labels di mana contentnya adalah video-video atau lagu-lagu yang aku minat. So, tak payah lah nanti aku nak susah-susah nak search kat YouTube bila aku nak dengar atau tengok video favorite aku. Ada jugaklah lagu-lagu folks from Europe macam Russia, Italy, Germany, Finland, Spain dan sama waktu dengannya. Hehe.

Citarasa aku ni pelik. Mungkin label ni tak ramai stalkers yang nak hadap nak baca sebab bukan taste depa. Tapi, ada aku kisah? Ini blog Suka Hati Larh...! so, suka hati aku larh! Haha. (sorry, termelodramatik sikit) Huhuhu.

Walaupun terdapat beberapa negara Eropah kini mengalami kemelut dan krisis seperti Greece, sejarah hitam yang dicipta di Russia (penguasaan Soviet), Nazi di Jerman, dan sebagainya aku anggap perkara ini bukanlah halangan kepada kita untuk meneroka dan menjelajah ke seluruh dunia Eropah. Kejadian buruk yang terjadi bukanlah alasan kita untuk tidak terus menjelajah, meneroka dan belajar, kan?

"Jika aku kuat dan pintar seperti Ibn Battuta dan aku hidup di zaman beliau, alangkah bagus kalau aku turut berpeluang menjelajah sepertinya". Inilah kata hati aku setiap kali aku melihat peta dunia. (Aku selalu tenung peta dunia sebab itu adalah antara hobi aku).


Yang ini sajalah kot aku nak berleter. Sat gi aku berletiaq lagi panjang, satu kerja apa pun aku tak buat. Hehe. Ok lah, kepada yang berminat nak ushar Labels akan datang ni, dipersilakan dengan tangan yang terbuka luas umpama nak peluk Gunung Jerai. Kepada yang tak nak, silakan baca leteran aku yang akan aku tulis di masa akan datang, Insya Allah.

1 Jun 2012

Hedonisme VS. Moraliti

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Jam menunjukkan pukul 1.00 petang. Aku bersendirian di office. Kebanyakan officemates aku adalah kaum Adam. Mereka sudah pergi meninggalkan office untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara menunggu big boss aku datang, aku hanya membuka netbookku. Sunyi. Sepi. Seperti biasa, aku secara automatiknya membuka Facebook tatkala isyarat connection WiFi diterima netbook. Tiada apa-apa yang menarik di News Feed. Sangat boring. Tiada mood juga untuk aku membuka YouTube untuk mendengar lagu. Sangat bosan. Menghadap blog pulak. Lagi hampeh! Aku tak ada benda nak tulis! (kembali ke tab Facebook)

Tiba-tiba, mataku tertancap pada post dari sebuah page. Biasalah, page di Facebook selalu promote blog. (tak perlulah aku mention tajuk blog tu). Errmmm... Hedonisme... semakin ramai manusia menyanjungi ideologi sedemikian. Dasar kemanusiaan dan bina sahsiah dipergunakan untuk melariskan hedonisme. Mengajak manusia terus lalai dan leka. Sehingga ke satu tahap setiap acara atau majlis yang bermanfaat mesti diselitkan dengan hiburan yang 'lagha'.

"Alaa... takkan nak berhibur pun tak boleh? Kita ada life, dude.. Just have fun while we're still alive!"

"Serr... aku minat gila kot dengan Max 24:78910! Bukan senang nak tengok depa mai Malaysia!"

"Pergghhh!! kredit aku punggai habeh! punya dok tolong vote dia tu. Rugi tak vote. Soqa pun sedap. Aku tak mau dia tak menang nanti."

Semakin risau aku dibuatnya. Memikirkan apa lagi yang akan dijunjung oleh anak bangsa terutamanya Melayu Islam di masa hadapan. Quran? Sunnah? Makalah Ilmiah? Fatamorgana duniawi? Setiap hari, saban waktu tiada apa yang membuatkan kita 'kenyang' melainkan dengan hiburan. Lama-kelamaan, kita akan jadi 'obesiti' dengan keseronokan.

Ya, manusia memerlukan hiburan. Manusia perlukan senyum tawa. Manusia yang anti hiburan adalah manusia yang paling gila! Tekanan jiwa tahap infiniti! Keseronokan, memang perkara yang dicari. Buat pengubat duka lara. Tetapi kalau terlalu gembira sampai tak ingat, memang alamat nak berdaftar di Hospital Bahagia Sangat.

"Halamak, hang dok buat seropa macam hang good-good, warak, tak suka hiburan. pooodaaahh!"

Ya, aku memang bukan good-good, aku tak warak, aku suka hiburan. Aku tak perfect. Aku pun sukakan hiburan, drama-drama Melayu, Filem Hollywood, Bollywood, Metal, Hip Hop, Electro, House, Melayu Klasik, Mak Yong, Apsara dan banyak lagi (cukuplah sampai di sini. Nak senaraikan pun memang banyak).  Aku tahu itu semua. Bahkan aku lebih teruk daripada kalian sebab kalian pun tidak akan layan hiburan macam yang aku layan. Aku juga pernah taksub dengan hiburan! Sampai sekarang jiwa rock!!!



"Kalau dah tau teruk, kenapa nak post entri ni?"

Pernah kita terfikir untuk menilai semula sejauh mana tahap hiburan yang kita perlu? Rendah? Sederhana? Tinggi? Overload? Apa mesej yang kita dapat dari hiburan kegemaran kita? Hal ini yang kembali bermain dalam fikiran aku sehingga aku memilih untuk bersederhana. Tak ke mana pun kalau aku taksub terlebih. Aku takkan ditabalkan menjadi kipas-susah-mati Linkin Park, aku takkan menjadi manusia yang boleh hafal semua lirik lagu rap, aku tak mungkin menjadi 'super star' di atas sana.

Aku suka dengar Klasik Nasional FM (Waa... oldies lah sangat!). Memang aku jiwa rock, tapi old school jugak. Lagu-lagu dulu lebih bermesej. Tak payah nak tunggu lagu Nasyid kalau nak nasihat. Ada satu hari di waktu pagi yang hampir nak tengah hari, aku dengar berderet-deret lagu yang diputarkan adalah lagu-lagu 50-60an (of course) yang menyindir nyonya-nyonya (anak gadis) zaman sekarang yang berpakaian ketat, seluar Yankee(pada zaman tu lah), skirt pendek, bersanggul tinggi ala-ala orang putih. Bukan satu lagu, tapi ada hampir 5-6 lagu.Aku pernah cuba Google lirik lagu-lagu tu, tapi search results, hampehhh! Kalau zaman sekarang buat lagu macam tu, confirm kena ban sebab ramai orang terasa. Hoho!!

 Yang kita makin banyak disogokkan melalui hiburan ialah mengenai CINTA. Daripada celik biji mata sampai nak pejam semula hanya nilai itu sahaja kita disuap. Cinta memang membawa banyak erti. Bagus cinta ni. Cintakan Allah, Rasul, Quran, Ibu Bapa, adik-beradik, suami/isteri, anak, haiwan, alam sekitar, etc........... Tapi kalau dah cinta Boyfie / Girlfie berapa peratus input moral value yang kita dapat? Lepas tu, kita pun hanyut dibuai cerita fairy tales yang belum tentu lagi jadi reliti. Macam cerita Cinderella tu. Hanya mengharapkan keajaiban untuk berlaku setelah kita meratapi nasib kita yang kurang bernasib baik dalam hidup  supaya dapat mencapai matlamat hidup. (Masa kecik-kecik pun, aku memang suka berfantasi begitu).

"Kita kan hidup kat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tak salah kalau kita ada hiburan banyak-banyak pun sebab takkan diorang nak ikut kuliah dan tarbiyah sekali dengan kita sepanjang masa."

Selama ni, hiburan yang terlampau banyak yang kita sering anjurkan akan membawa anak-anak muda mengenali nilai moral, ke? Tidak ada alasan yang macam tu untuk menghalalkan kita berfoya-foya. Semua alasan macam tu seolah-olah nak ambil kesempatan saja. Semakin banyak pulak tempat-tempat macam tu  dibina lagi ada lah. Mungkin tempat-tempat macam tu adalah untuk orang-orang yang tidak mahu mencari ketenangan melainkan keseronokan. Beza wooo dua benda tu. Tak percaya? Buka kamus Dewan Bahasa.

Satu saja yang aku risau. Akibat terlalu lalai dan leka melaloq, akhirnya masyarakat kita akan bertuhankan Hedonisme.

Siapa kata Islam kolot? Sampai tak boleh nak berhibur lansung?


Pada satu hari, ketika Rasulullah sedang berehat di rumahnya, ada seorang arab Badwi yang membuat persembahan dengan tarian di dalam masjid sambil dikelilingi orang ramai. Lalu Rasulullah memanggil Aisyah sambil berkata “Humairah, mahukah engkau melihat persembahan tersebut?” Aisyah gembira dan bersetuju. Lalu baginda bersama Aisyah bersama menonton persembahan arab Badwi tersebut.

Diriwayatkan, Aisyah meletakkan dagunya dibahu Rasulullah dari belakang sambil menonton persembahan tersebut. Hingga pipinya bersentuhan dengan pipi Rasulullah. Setelah beberapa ketika Rasulullah bertanya “Adakah kamu telah selesai?” Aisyah menggelengkan kepalanya. Kemudian selepas beberapa ketika Rasulullah bertanya lagi “Adakah kamu telah puas melihat persembahan itu?” Aisyah masih lagi mahu melihat persembahan tersebut.

Kemudian masuk Umar Al-Khattab ke dalam masjid. Apabila beliau melihat orang Arab Badwi tersebut menari-nari dalam masjid beliau mengambil seketul batu dan mahu balingkan kepada orang tersebut. Lalu Rasulullah menegahnya sambil berkara “Biarkan mereka (orang badwi) Umar. Aku tidak mahu masjid menjadi seperti rumah Yahudi..”


Rasulullah s.a.w. tidak mahu menjadikan peranan masjid sebagai pusat ibadah sahaja seperti mana 'Masjid' orang Yahudi. Sebelum kedatangan Islam lagi sudah ada hiburan. Tokoh-tokoh Islam yang 'superb' seperti Ibn Sina, Ibn Khaldun, Al-Khindi, Al-Farabi, dan seterusnya, mereka adalah antara tokoh musik. Mereka mengkaji dan menyelamatkan segala ilmu pengetahuan yang ketika itu ditinggalkan oleh bangsa Eropah di saat  Zaman Kegelapan muncul.

Islam adalah kolot? 'Shame on you' to Muslims who said Islam is kolot. Sebab orang yang berkata begini adalah manusia yang kolot. Hoho..!

Berhiburlah jika itu yang kita inginkan, tetapi jangan sampai hilang akhlak dan aqidah. Wallahualam.

*P/S: Kadang-kadang kita lebih AMAREKA dari orang America sendiri. Huhuhu.*