24 Aug 2012

Merempuh Denai Berliku.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Haaiiihhh... Tajuk entri umpama tajuk novel. Hoho.

Ok, macam lama sangat aku tak berblogging, tak berjalan-jalan blog, tak mengintai blog-blog pengikut-pengikut ku. Maaf lah, ye kepada semua. Aku tak dak mood sangat-sangat nak berblogging ni dah. Sebab kebelakangan ni mood aku dah bertukar ke arah yang lain.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Aku telah ditawarkan ke Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk untuk menyambung pelajaran aku.



Waaa... sesuatu yang ditunggu-tunggu aku selama ini... Impian untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat masih menjadi kenyataan. Syukur sangat-sangat.

Tidak sia-sialah segala usaha aku, jerih perih aku, basah-kuyup aku tiap kali ke sekolah dalam hujan yang lebat, duit minyak motor aku, pengorbanan dalam waktu tidur ku, kehadiranku ke sekolah yang penuh dalam setahun, naik turun tangga tiap-tiap hari, aktiviti berkumpulan yang penuh komitmen, dan menepis segala keperlian dan keejekan orang lain yang akhirnya membuahkan hasil. (lap peluh di dahi)

Aku akui bahawa aku bukanlah sepintar pelajar-pelajar bidang perubatan, sains, akaunstansi, kejuruteraan dan yang sama waktu dengannya. Ye lah.. Result STPM aku pun bukanlah cemerlang sangat. Semua subjek aku dapat B. Pointer aku pun 2.92. Tapi aku tak pernah menyesal menduduki peperiksaan STPM. TAKKAN!!! (muka dengan penuh kesungguhan)

Aku masih ingat lagi tatkala aku ke rumah sanak saudaraku dan masing-masing bertanya khabar. Aku pun tak terlepas dari pertanyaan mereka.

"Faezah, dah habis SPM kan? Dapat belajaq mana la ni?"

"Err... Alhamdulillah, dapat Form 6... La ni belajaq kat Sekolah Dato Onn."

"Owh.... (dengan muka yang ceria tadi tiba-tiba berubah menjadi tawar mak cik tu). Tak dapat mana-mana ka?"

"Err... dapat. Tapi dah tolak sebab dah suka dengan Form 6"

"Laa... Tu ka?? Rugi la tolak U... Lagi pun STPM susah nak pass. Setahun setengah kena kumpui semua silibus, lepas tu baru nak muntah balik dalam exam. Dah tu, kena pakai baju sekolah lagi, dok dalam sekolah lagi."

"Eh, yaka? Tak tau lah sebab bagi saya exam dia tak lah susah sangat. Biasa saja. SPM susah lagi rasanya. (cheyhh..!! jawapan budak pandai, kononnye.. hehe), pakai baju sekolah lagi la senang. Tak payah nak menyalin tiap-tiap hari. Cikgu-cikgu pun layan budak-budak form 6 macam budak-budak U jugak."

"owh... tak pa lah kalau Faezah boleh bawak..." (Ayat cover... hehehe)

Apabila berhadapan dengan kawan-kawan aku yang rata-ratanya telah memasuki universiti dan matrikulasi, aku hanya tercengang tatkala mereka berbual tentang IPT masing-masing sebab aku tiada pengalaman seperti mereka. Aku hanya ditanya mengenai sekolah aku (Yela, depa pun asal dari sekolah yang sama). Apabila aku mula bercerita mengenai sekolah aku, mereka seperti tidak berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut. Mungkin bagi mereka "Kami dah tak sekolah, so, tak perlu nak ambil tahu sangat".

Mula-mula memang aku terasa asing sebab aku tak dapat nak berbual rancak seperti mereka. Rasa rendah diri sebab aku tak ambil Diploma.. Tapi.... Oooppss... Kejap... Apa tujuan aku belajar sebenarnya?

Haaa... persoalan inilah yang telah menyedarkan aku. Aku tak belajar untuk berbangga-bangga, aku tak belajar untuk mendapatkan gaji bulanan, aku tak belajar demi keluarga aku dan aku tak belajar untuk lulus peperiksaan semata-mata. Semua ini BUKAN!

Bagi aku, kita sambung belajar di mana pun sama sahaja. Apa jua tahap pengajian kita dan kedudukan kita bukan ukurannya. Tapi bagaimana kita dengan IKHLASnya menuntut ilmu.

Aku mengambil contoh yang ditonjolkan oleh ilmuwan-ilmuwan Islam dahulu. Kebanyakan mereka bukan sahaja menguasai satu cabang ilmu, tetapi banyak. Contohnya Ibn Sina yang terkenal sebagai ilmuwan perubatan. Namun pada masa yang sama, beliau juga menguasai ilmu falak, geografi, matematik, sastera dan sebagainya.

Al-Khindi juga mahir dalam bidang perubatan dan beliau telah menggunakan muzik sebagai salah satu kaedah rawatannya terhadap pesakit lumpuh yang kini dimanfaatkan oleh pakar-pakar perubatan Barat.

Mereka berjasa kerana dalamnya cinta mereka terhadap ilmu Allah s.w.t.. Mereka sentiasa mencari ilmu kerana sifat curious yang tinggi. Tapi aku....? (geleng kepala). Aku tak mungkin akan menjadi sehebat mereka namun aku akan sentiasa menjadikan mereka tokoh yang terbaik dalam hidupku,

Mentaliti masyarakat kini dah lain. Pelik benor la jugak. Bagi masyarakat madani kini, tiada Diploma, Ijazah, makan pasirlah komer semue. Kalau dapat masuk U, bangga sampai mendabik dada sendiri. Hantaran dan belanja kahwin pun naik ikut tahap pendidikan kita. Kalau failed dalam exam, 'you are loser'. Kalau dapat masuk U, tapi dapat kursus seni grafik, Muzik, Masscom, Kulinari dan seumpamanya dipandang enteng oleh orang lain. Kita diukur melalui berapa "A" atau pointer yang kita dapat. (peluh kecil di dahi).

Ini lah dikatakan politik atau pendiskriminasian dalam akademik. Yang pandai semakin menjadi perhatian, yang kurang sikit kepintarannya diasingkan dari orang lain. Kalau ikut konsep universiti memang inilah jadinya. Tapi kalau kita ikut sistem Madrasah, Insya Allah tiada tekanan perasaan oleh penuntut, kan?

Tapi tak kesah lah kita ikut sistem mana pun, asalkan kita kena tahu dan menguasai apa sahaja jenis ilmu yang kita pelajari dan yang paling penting gunakan ilmu yang kita ada untuk membantu, berdakwah a.k.a. tarbiyah kepada masyarakat dan untuk membina semula tamadun kita iaitu bangsa Melayu dan Muslimin.

Kita juga kena ingat bahawa tiada ilmu yang rendah tarafnya kerana semua ilmu datangnya dari Allah s.w.t.. Allah yang menurunkan semua jenis ilmu termasuklah ilmu sihir, namun ilmu sihir adalah ilmu yang tiada manfaat untuk diamalkan. Malah mereka yang mengamalkannya adalah musyrikin yang boleh memesongkan aqidah seseorang. Nauzubillah min zalik.

Semakin banyak kita tahu, makin besar tanggungjawab kita untuk sampaikan kepada orang lain. Maknanya kita wajib sampaikan kepada orang lain sekiranya kita mengetahui sesuatu kebenaran. Tak baik kedekut ilmu. Sebelum kita menyampaikan pula, kenalah siasat, kaji, fahami tentang sesuatu informasi atau pengetahuan. Janganlah main semberono nak sebar walhal kesahihannya belum lagi dapat dipastikan. Tak pasal-pasal boleh jadi fitnah. Jadi, berhati-hatilah semasa menyebarkan tentang sesuatu.

Persediaan sekarang ini so far so good. Semua dokumen dah buat pengesahan dan dah hantar. Cuma yang tinggal nak packing-packing baju dengan barang yang nak dibawa. Maklumlah, kalut sangat dengan nak raya hari tu. Mana nak sempat lagi nak prepare semua tu.

Antara perkara yang aku kurang berkeyakinan adalah boleh kah aku berkawan? Maksud aku boleh kah nanti aku sesuaikan diri aku dengan suasana baru, dan orang sekeliling aku selesa kah bila berkawan dengan aku. Macam-macam perasaan aku sekarang. Eksaited, getaq, gumbira, sedih, celaru, blurr... Semua ada. Adoiii....

Ada juga beberapa orang sahabat aku yang tidak dapat tawaran ke universiti. Mungkin belum rezeki mereka lagi, namun sepanjang alam Pra-U, aku dapat melihat kesungguhan mereka. Sungguh! Kepada sahabat-sahabatku yang kurang berjaya, Insya Allah. Rezeki Allah sentiasa ada buat kalian. Man jadda wa jada, wa man zaro'a hasoda. Laa Tahzan.

Waaa.... berletiaq panjang pulak aku kali ni. Sampai lupa nak habaq course apa yang aku dapat. Haa.. nak tau course apa, aku dapat course yang aku interview hari tu. Harapan aku kali ini adalah supaya aku terus beristiqamah dan berusaha untuk menjadi seorang insan yang bertakwa dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa, negara dan dunia. Insya Allah....




12 Aug 2012

Raiaaa...!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Haih... Lama bebenor teman tak update blog. Maklumlah, tak ada idea dan tak ada mood nak tulis. Tambah-tambah bulan puasa macam ni. Kerja pun semakin banyak. Sekarang ni tengah sibuk. Sibuk apa? Nantilah, next entri aku update benda apa yang aku busy sangat ni. Hehe.

Sebelum aku merapu dengan ikan kerapu yang panjang, aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada hari-hari yang terakhir pada tahun ini (macam lambat kan nak wish?) serta Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua stalkers blog aku.

Sekejap saja kan? Dah nak berhari raya.

By the way, aku cuma nak update sikit (bagi nampak blog ni macam aktif) dengan video terbaru.

Video ni mungkin dah banyak view, tapi aku tetap nak letak jugak. Hehe.

Video ni memang sesuai dengan tema kita sebab still lagi dalam bulan Ramadhan dan bakal menyambut bulan Syawal. Macam biasa, iklan Petronas sentiasa memberi impak yang mendalam (aku menangis kot sebab terharu.) Hehe.

Malas nak ulas dengan lebih panjang, silakan menonton, ye? Hoho. Wasalam...