Assalamualaikum kepada semua yang membaca. Topik yang aku nak share cket dengan semua orang adalah mengenai "tudung".
Kenapa tudung?? Adakah sebab aku bertudung?? Adakah sebab aku anti dengan orang yang tak pakai tudung?? Atau sebab2 lain..?? Ok.. di sini, persoalan tu semua salah2 belaka... Aku hanya ingin berkongsi sesuatu yang mungkin bermakna pada sesetengah orang...
30.”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.
Cuma kadang2 aku rasa terkilan dengan sesetangah orang yang celik ilmu agama memandang serong terhadap wanita yang tidak bertudung ni.. Bukan semua wanita yang x bertudung tu jahat... Ramai kawan2 aku yang "free hair" tapi kebanyakan daripada depa tu, ok ja... tak dak la yang teruk sangat... Kadang-kadang orang yang bertudung pun lagi jahat drpd orang yang free hair... so, nk salah siapa kalau cam tu???? Tapi sendiri mau ingat; orang yang tidak menutup aurat tetap menanggung dosa walaupun hati budinya baik...
Ada seorang hamba Allah pernah cakap "Sapa cakap orang yang tak bertudung tu tak semua jahat? Depa tu semua ahli neraka." Astaghfirullah al azim...Mungkin betul cakap dia, tapi siapa lah kita nak menentukan hukum kepada orang lain... baik buruk, Allah sahaja yang Maha Mengetahui.... Masya Allah... Sepatutnya orang yang celik agama ni membimbing mereka yang dah terlajak perahu ni... tapi tu la kan... orang alim yang tak warak cam ni la yang ramai pada akhir zaman sekarang...
Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jadi, kepada yang masih belum bertudung, aku doakan semoga Allah membuka pintu taubat dan pintu hati buat semua wanita muslimah... ampun maaf dipinta sekiranya aku telah mengguris hati sapa2 ja yang baca entri ini...Niat aku hanyalah untuk mengingatkan diri sendiri dan berpesan-pesan kepada orang lain... Wallahualam.. ((d-_-b))